Hers 25

233 5 0
                                    


Aku berlari di sepanjang koridor itu. Jantung aku berdegup laju bagai hendak terkeluar. Panggilan dari mama tadi buat aku berlari sekuat hati dari kafeteria menuju ke bilik wad.

Daniel, dia dah sedar.

"Mama, papa,.."

Aku membuka pintu bilik wad dengan keadaan tercungap-cungap. Apabila mata aku memandang wad itu, aku melihat insan yang aku sayang sedang bersandar sambil memandang ke arah aku.

"Daniel, itu Aira datang."

Papa menunjukkan telunjuknya ke arah aku. Kaki aku berjalan ke arahnya dan berhenti di tepi. Aku tersenyum lebar lalu mengusap air mata gembira yang jatuh.

"Alhamdulillah, you came back for us."

Aku memeluk Daniel erat dalam dakapanku. Hanya tuhan sahaja tahu betapa bersyukurnya aku melihat dia sedar dari koma selepas hampir 11 hari. Berkat doa kami semua, Daniel masih bersama kami.

"Ma,.. siapa perempuan ini?"

Apa?

"Daniel, ini Aira. Isteri kamu. Daniel kenal Aira kan?" Mama cuba mengingatkan dia.

"What the hell? Ma, I don't freaking have a wife. Cut out your nonsense," Daniel menolak aku lalu merengus nafas kasar.

"D..daniel... ini saya, Hana Aira. Awak tak ingat saya?" aku mengetap bibir.

"Kau siapa? Aku tak kenal la. Hish, annoying." Daniel menyilangkan tangan.

Waktu itu, aku lihat ekspresi muka Daniel yang serabut dan acuh tidak acuh. Dia nampak bengis serta tidak selesa. Sebelum ini, Daniel tidak pernah meninggikan suara. Daniel tak pernah cakap kasar kepada orang tuanya.

Just who is this man in front of me?

_______________________________

"Doktor, macam mana dengan anak saya?" Papa bertanya kepada doktor itu.

"Setelah beberapa pemeriksaan dan soalan diajukan, kami dapat membuat satu kesimpulan. Akibat hentakan terlalu kuat di kepala daripada kemalangan itu, Daniel tidak dapat mengingati apa-apa tentang memorinya selepas umurnya 20 tahun. Kami membuat kesimpulan, Daniel menghadapi amnesia."

Kata-kata doktor bagai menusuk dalam jantung aku. Daniel...hilang ingatan? Mata aku kemudian berpaling kepada arah mama dan papa. Mereka berdua kelihatan terkejut dan tidak tenang duduk.

"Abang, macam mana ni. Saya tak nak Daniel jadi macam dulu," mama meluahkan rasa risau.

"Sabar sayang. Mesti ada cara untuk ingatkan dia kembali. Doktor, ada apa-apa ikhtiar yang boleh kami usahakan?"

" Daniel akan ambil masa untuk mengingati memorinya. Ia bergantung terhadap setiap individu yang mengalami amnesia. Nasihat saya, tolong bantu Daniel mencari ingatannya kembali. Dari aspek tempat, bau, masakan mahupun aktiviti. It can triggers his memories, but my advice, jangan paksa dia. Let him reach for himself. Apa yang terbaik kita boleh lakukan sekarang ialah berdoa."

Mama dan papa mengangguk perlahan dan kelihatan resah. Aku cuba menahan tangis dan menenangkan diri sebaik mungkin. Senyum Aira, kau mesti kuat di hadapan mereka!

"Mama, papa. Jangan risau. Aira akan cuba sehabis baik untuk pulihkan ingatan Daniel. Kita terus percaya kepada dia, ok?" aku cuba memujuk mereka berdua. Papa mengangkat muka dan memandang mata aku. Dia menghela nafas berat lalu mengusap muka.

"Aira, there's something you need to know about 20 years old Daniel,..."

HersWhere stories live. Discover now