Hers 4

596 14 0
                                    


Aku meletakkan tudung dan scarf di dalam almari. Aku merenung diriku dalam cermin. Rasa gementar, sambil memintal rambut sendiri.

Malam pertama aku dan Daniel, buat aku rasa janggal.

Baru sahaja aku ingin mengeluarkan diari peribadiku, Daniel keluar dari bilik mandi dengan bersinglet hitam dan berseluar panjang. Susuk tubuhnya agak sasa, dan kulitnya agak cerah. Mukanya bersih tanpa sebarang jerawat, hidungnya mancung persis Nam Joo Hyuk pujaanku. Arh, Daniel memang kacak!

Daniel yang tadi mengelap rambut basah terus berhenti melihat diriku. Pandangannya tidak berkelip dan dia terus berdiri di situ. Ehm, aku berasa sedikit segan lalu berdehem perlahan.

"Awak nak tidur dah ke?" tanya aku.

"Huh? Oh,..haah." Daniel menjawab perlahan.

Aku menarik selimut katil bersaiz queen itu dan menyediakan tempat tidurnya. Daniel sudah mengambil tempat pembaringan bersama bantal goleknya yang panjang. Bantal itu diletakkan di tengah-tengah antara perbaringan kami.

"Awak jangan salah faham. Saya letak bantal ini sebab saya rasa maybe awak tak selesa. Awak okay?" Daniel mengangkat kening kepadaku.

Tanpa sedar aku sudah mengukir senyuman di bibir. Sifat prihatin Daniel yang masih menghormati privasi aku walaupun aku isterinya buat aku tersentuh. Aku tertawa kecil lalu baring di atas katil.

"Saya okay. Thank you sebab ambil berat," kata aku.

Daniel tersengih lalu turut baring di atas katil. Lampu tidur di sebelah aku tutup dan menarik selimut ke paras bahuku. Buat kali kedua, aku berasa sukar melelapkan mata. Pertama kalinya apabila malam sebelum pernikahan. Hati aku berbolak balik ketika itu. Aku tak tahu jika aku melakukan pilihan betul dengan menerima lamarannya, tapi yang aku tahu jawapannya ya. Walaupun aku tidak kenal dirinya, latar belakang keluarganya, mahupun perwatakannya, aku masih akan jawab 'ya'.

Gila,bukan?

"Aira,.." Daniel tiba-tiba bersuara. Aku dah agak dia juga tidak boleh melelapkan mata.

"Ya?"

"Saya nak cakap sesuatu boleh?" Tanya Daniel. Alahai, kenapa perlu izin aku?

"Cakaplah," kata aku.

"You look beautiful, especially tonight."

Kata-kata Daniel mati di situ. Jantung aku sudah mengepam laju, menahan nafas kerana aku rasa sangat berdebar.

"S-saya rasa awak handsome juga. Lagi-lagi waktu hari kita nikah hehe." wth Aira kenapa aku rasa awkward sangat sekarang ni huaaaaa. Malunya aku.

"Oh haha, awak suka tengok saya pakai baju melayu la ni?" tawa Daniel dengan muka tersengih.

"Yeah kinda, you look smart in baju melayu."

Aku menekup muka aku dan terus mengetap bibir. Huaaaa aku masih rasa segan dan cuba menenangkan diri. Daniel di sebelah tersengih lalu menutup mata.

"Goodnight, Ai."

HersWhere stories live. Discover now