Hers 18

312 10 0
                                    


Mulut aku terlopong melihat tempat di hadapan kami. Selepas seharian kami berjalan di Bigben, kemudian London Bridge, destinasi terakhir ini yang buat aku terjekut sekali. Waktu malam begini, masih buka tempat seperti ini? Aku pandang Daniel tak percaya dan masih tertanya.

"Da..daniel.. ini kan.. theme park?" aku menekup mulut.

"Heee yes it is." Daniel tersenyum menampakkan gigi.

"Kita nak masuk sini??"

"Jom,"

Tanpa berlengah masa, Daniel menarik tangan aku dan masuk ke dalam pusat taman tema. Satu fakta tentang diri aku, taman tema ialah euphoria dalam hidupku. Satu-satunya tempat yang sentiasa buat aku teruja. Aku lihat kesemua permainan yang masih bercahaya, menandakan ia masih dibuka untuk bermain. Mata aku menjadi rambang untuk mencuba semuanya.

"Awak nak cuba yang mana dahulu?" Daniel bertanya kepadaku.

"Merry Go Round," laju aku membalas.

Kami berdua berjalan menuju ke permainan merry go round itu. Aku berjalan menuju ke arah kuda putih di hadapan. Daniel turut mengikuti langkah aku dan mengambil kuda hitam di sebelah. Tak lama selepas itu, merry go round itu mula bergerak.

Aku tersenyum suka sambil melihat lampu-lampu bersinar dan cermin di atas. Ia buat aku ingat semula zaman kanak-kanak ketika aku pergi bersama umi dan ayah. Dan itu ialah terakhir kali kami pergi ke taman tema.

Aku mengalihkan pandangan ke arah Daniel pula. Dia sedang menyandar kepala di tempat pemegang sambil melihat aku. Dari tadi dia perhati ke?

" Sorry, saya ter-exited" aku cepat-cepat menunduk kepala. Hana, kau itu isteri orang. Behave like one.

"Apa awak cakap ini? Saya lagi suka tengok muka awak gembira. You look so beautiful," Daniel tersenyum manis.

" Hehe. Saya dah lama tak pergi theme park, hampir lupa rasanya macam mana," jelas aku.

"Kita boleh datang selalu kalau awak nak,"

"Takpelah, saya ni dah besar. Malu je main dengan kanak-kanak."

Kata aku sambil memandang sekeliling. Eh..? Mata aku kemudian melihat ke arah luar, kiri, kanan dan belakang. Sah, memang tiada. Yang hanya di sini aku dan Daniel. Mana orang ramai?

" I rented this whole park," kata Daniel.

"Aw-awak tempah!?" aku menekup mulut.

"Haah. Selalunya taman tema ini buka waktu pagi, dan tutup malam. Jadi saya tempahlah malam," Daniel tersengih.

Aku masih tidak percaya dengan kata-katanya. Tempah taman tema besar ini, hanya untuk kami berdua?

"Daniell, membazir laaa." ucap aku.

" Takpe Aira. Jangan risau. Your husband is well-paid. Lagipun saya suka tengok isteri saya bermain tanpa gangguan."

Daniel tersenyum lalu mengusap kepala aku. How easy for him to say that? Aku mencebik bibir dan menggeleng beberapa kali. Jauh sudut hatiku, tipulah jika aku kata tidak gembira.

I am overwhelmed with happiness, dan semestinya, aku suka.

HersKde žijí příběhy. Začni objevovat