Hers 30

243 6 0
                                    


Aku duduk termenung di tepi kolam renang. Minda aku masih memikirkan tentang hal pagi tadi. Itu pertama kali aku meninggikan suara kepadanya. Rasa serba salah masih menyelubungi diri ini.

Urh... patut ke aku pergi minta maaf?

" Hoi,"

Suara Harriz menerjah dari belakang. Ish, terhincut badan aku kerana terkejut. Aku mengangkat kepala dan memerhati dia berdiri di sebelah. Hmm, tak boleh ke panggil elok sikit? Aku ada nama tau. Tak jadi nak minta maaf.

" Apa awak nak?" aku hanya memandang ke arah air kolam renang.

"Kau tak masak ke?"

"Kalau saya masak, awak bukan makan pun."

"So kebuluran aku hari ini?"

"Hmm. Yelah. Awak nak makan apa, saya masak."

"Takyah lah. Aku dah makan kfc kat luar tadi, lagi sedap."

"Awak makan kfc tak belikan untuk saya pun??" aku pandang dia sambil mengerutkan dahi.

"Eh sorry sikit. Nak bungkus, bayar lah. Ingat free?"

Harriz mengangkat kening sebelah. Aku mencebikkan mulut dan memandang kembali air kolam. Ceh, kedekut jugak dia ni. Harriz kemudian mengambil tempat duduk di sebelah aku. Dia menongkat dagu lalu merenung aku.

" Kenapa awak pandang saya macam itu?" kata aku tak selesa.

"Entah. Ada mata, pandanglah." balasnya bersahaja.

Aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan dia berbuat demikian. Kami berdua hanya kekal sepi sepanjang beberapa minit.

"Boleh kau cerita, macam mana kita jumpa?"

"Kenapa awak tanya tiba-tiba?"

"Yelah. Aku pelik, kenapa kau jadi isteri aku. Padahal kau jauh betul dari ideal type aku," kata-katanya buat aku hati aku sedikit membara. Eh dia ni.

"Awak nak cakap saya tak cantik la? Lepastu saya gemuk, tak tinggi, tak pandai jaga penampilan. Macam itu?" aku mengetap bibir geram.

"Ermm tak juga. Ideal type aku ialah model. Tapi kau cantik sangat, perfect body shape, ada sense dalam styling and just a nice height measure. Too good to be true."

Kata Harriz dengan wajahnya yang selamba. Dia ni.. tengah puji aku ke? Whatever it is, muka aku pula naik bahang kerana segan.

"So macam mana kita jumpa?" tanyanya lagi.

" To be honest Harriz, saya tak rasa kita pernah berjumpa. Saya tak kenal awak siapa, dan tahu-tahu saja, awak merisik saya."

"And then, kita kahwin?"

"Yup."

" Ceh, boleh tahan gila gak aku ni," Harriz tersengih.

"Kau kata kau tak kenal aku, dan kau terimalah pinangan itu?" tanya Harriz lagi.

"Haah."

"Pfft. You are crazier,"

Kami berdua tergelak bersama. Bila difikirkan, betul juga katanya. Aku terima pinangan lelaki yang aku sendiri tak kenal. Memang gila.

"Harriz. Saya minta maaf tentang pagi tadi. Saya tertinggi suara," ucap aku perlahan.

" Oh, pagi tadi. Relax ah. Kau tak salah pun,"

"Sorryyy,"

" Tapi tadi aku dengar kau cakap, kau rindu Daniel. So I guess,, Harriz ni lah yang buat kau nangis?" Dia mengangkat kening kepada aku.

"Ermm, bukan. Eh, sekarang dah pukul 5 petang? Allah, saya tak solat asar lagi. Bye,"

Aku cepat-cepat bangun dari duduk dan meninggalkan Harriz di tepi kolam. Kuat sangat ke aku cakap tadi? Aku tak sangka dia sudah terjaga waktu itu.

Harriz tersengih lalu bermain dengan rambutnya. Hembusan nafas berat dilepaskan, mukanya mendongak ke langit melihat langit petang itu.

So betullah Hana. Aku yang buat kau menangis pagi tadi.

HersTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang