WCC | 29

765 58 20
                                    


Demi menutup satu kebenaran, satu nyawa perlu digadaikan.

◾◾◾◾◾

PINTU unit rawatan rapi, di mana terletaknya sekujur tubuh yang sedang berjuang di atas katil ditolak perlahan. Matanya jatuh pada mesin bantuan pernafasan yang terletak elok di sisi Armand. Agak lama dia berdiri di situ.

Bibir dikemam. Dalam terketar-ketar, dia mengukir senyum. Tidak sangka dia masih diberi peluang untuk melihat Armand buat kali terakhir.

Perlahan-lahan dia mengambil langkah ke depan. Armand yang sedang 'tidur' itu didekati. Matanya jatuh pula pada wayar yang berselirat di sekeliling Armand. Jiwa Damien sungguh kacau melihat keadaan Armand ketika ini.

Adakah benar ini adalah Armand?

Benarkah Armand tak akan bangun lagi?

Benarkah dia akan kehilangan Armand?

Adakah semua ini mimpi?

Lalu diraih jemari kanan Armand sebelum dia menunduk lemah. Kemudian dirapatkan jemari itu ke dahinya. Serentak itu juga, air matanya gugur.

"Maafkan aku, Armand..."

"Jangan tinggalkan aku, Armand..."

Esakannya semakin kuat. Jemari Armand digenggam erat. Jika diberi peluang, dia tak mahu melepaskan jemari itu pergi dari genggaman tangannya.

Buat selama-lamanya.

"Sepatutnya aku yang kena tembakan tu, Armand. Bukan kau..."

"Kenapa kau selalu fikirkan orang lain, Armand?"

"Kenapa kau terlalu baik, Armand?"

Damien memejamkan matanya. Dibiarkan air matanya mengalir deras. Teresak-esak dia menangis. Dadanya semakin ketat. Jantungnya semakin kuat berdegup. Jiwanya semakin kacau.

"Maafkan aku sebab dah tuduh kau macam-macam, Armand..."

"Maafkan aku, Armand..."

"Aku memang kawan tak guna..."

"Aku pun sayangkan kau, Armand..."

Damien baru tahu apa yang terbuku di dalam hati Armand selama ini. Semuanya dia tahu ketika Doktor Catherine keluar dari bilik bedah bersama sekeping kertas yang dijumpai di dalam kocek seluar Armand.

Apabila diamati isi kertas tersebut, alangkah terkejutnya dia. Kerana ianya adalah gambar dia bersama Armand ketika hari pertama mereka diterima bekerja di CCID. Damien semakin tak mampu memaafkan dirinya apabila dia membaca kata-kata yang terletak cantik di belakang gambar tersebut.

 Damien semakin tak mampu memaafkan dirinya apabila dia membaca kata-kata yang terletak cantik di belakang gambar tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sahabatku, maafkan kekuranganku. - Armand

Dan, gambar Natasha.

White Collar Crime [C]Where stories live. Discover now