WCC | 8

885 81 12
                                    


Demi menutup satu kebenaran, satu nyawa perlu digadaikan.

◾◾◾◾◾

"ARMAND baru saja meletak jawatan. Dia mahu berhenti kerja."

"Apa?" Damien seperti diserang sakit jantung. Wajah Darwisy dipandang sekilas. Damien meraup kasar wajahnya. Sudah gilakah Armand?

"Damien?"

Darwisy masih menunggu balasan daripada Damien yang sedari tadi masih mendiamkan diri. Kelakuan Damien yang gelisah itu menjadi perhatian.

Sedang asyik memandang sama sendiri, Damien tiba-tiba saja kembali duduk. Fail di atas meja dibelek kembali sambil jarinya ligat menulis sesuatu. Lagaknya pula seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ia makin menimbulkan rasa pelik pada Darwisy. Perlahan-lahan Damien dihampiri.

"Kau okey, Damien?"

"Kenapa?"

"Macam mana dengan kes Armand?"

"Biarkan saja dia, aku tak mahu ambil tahu."

Darwisy terpempan. Benarkah apa yang dia dengar sebentar tadi?

"Kau tak risaukan Armand?"

Serentak itu juga Damien menutup kasar failnya, ia semakin menimbulkan rasa tidak enak buat Darwisy. Dia tersalah cakapkah?

"Untuk apa aku nak risaukan orang macam dia, Darwisy?"

"Dia kawan baik kau."

"Bukan lagi sekarang." Damien mula bangun sebaik sahaja melontarkan ayat yang sudah cukup membuatkan Darwisy tersentak.

"Aku keluar dulu," pamit Damien sambil menuju ke arah pintu.

"Nanti dulu, Damien." Darwisy memaut lengan Damien, memintanya berhenti. Damien turutkan sahaja.

"Ada apa lagi?"

"Aku bukan nak membebel, apa lagi nak jadi penyibuk dalam hal kau dengan Armand. Tapi Damien... "

Ayat Darwisy tergantung agak lama.

"Jangan disebabkan satu alasan, kau berdua berpecah belah macam ni."

"Kau tahu, Darwisy."

Darwisy masih menunggu.

"Dia yang memilih untuk mengalah terlalu awal. Jadi, tak salah jika aku juga memilih untuk membenci segala tindakan dia, termasuk dia."

* * *

DAMIEN terus memandu ke lokasi yang diberikan kepadanya sebentar tadi oleh salah seorang ahli forensik. Dia kini ke lokasi kedua kes pembunuhan Joshua tempoh hari. Damien terus membelok ke kiri sebaik saja sampai. Dia memarkir keretanya tidak jauh dari lokasi. Enjin ditutup. Beg diambil dan pintu kereta dibuka sebelum dia melangkah perlahan ke lokasi.

Dari jauh kelihatan Aliff yang sedang berbual bersama beberapa anggota forensik yang turut serta hari ini. Akibat terlalu leka berbual, Damien di sebelah tidak perasan.

White Collar Crime [C]Where stories live. Discover now