WCC | 11

850 76 51
                                    


Demi menutup satu kebenaran, satu nyawa perlu digadaikan.

◾◾◾◾◾

ESOKNYA, Armand nekad mahu menyerang seseorang. Rasa marahnya semakin membuak-buak. Tangan dikepal-kepal.

Bangunan itu terus dimasuki sebelum dia naik ke atas menggunakan lift yang disediakan. Apabila sampai, dia melangkah keluar.

Dicari bilik orang itu. Terus diterjah kasar pintu bilik itu apabila dia berjaya menjumpai.

Tanpa membuang masa, lelaki yang sedang duduk di atas kerusi dihampiri dan kolar baju milik lelaki itu dicengkam kasar sebelum satu penumbuk dihadiahkan kepada lelaki itu.

Habis kecoh bilik itu apabila makin ramai yang mula masuk ke dalam dan cuba menghalang Armand daripada bertindak makin gila.

"Kau memang lelaki tak guna."

"Kau siapa nak kata aku ni lelaki tak guna? Aku kenal kau ke?"

Cengkaman semakin dikuatkan.

"Tak kisah sama ada kau kenal aku atau tidak. Tapi kau perlu tahu, apa yang kau buat pada Rania memang tak adil!"

Lelaki yang diberi nama Nick Michael itu ketawa sinis. Keningnya terangkat sebelah.

"Kau kenal isteri aku dekat mana? Apa Rania buat pada kau sampai kau berani serang aku? Paling gila, aku tak kenal kau siapa."

"Isteri kau datang rumah aku malam tu!"

* * *

"AWAK siapa?" soal Armand. Berkerut dahinya memandang gadis yang dia langsung tidak kenal.

"Awak tolong saya! Ada orang mahu bunuh anak saya!"

Lalu satu kotak kecil diserahkan kepada Armand tanpa sempat Armand menolak. Apabila kotak itu dibuka, membulat mata Armand.

Ada bayi berada di dalam kotak tersebut. Terus kepala berpaling ke depan. Wajah gadis yang kesejukan itu dipandang berkali-kali.

Bayi?

Ada orang mahu bunuh anak?

Armand semakin tidak keruan apabila tangisan gadis itu semakin kuat. Dia buntu. Apa perlu dia lakukan?

Terus ditarik gadis itu masuk ke dalam sebelum pintu ditutup.

"Awak tunggu sini," arahnya sebelum masuk ke dalam bilik. Kotak kecil itu diletakkan di atas meja kopi yang berada di ruang tamu rumahnya.

Satu tuala dibawa keluar dan ditutup tubuh gadis itu. Dibiarkan gadis itu bertenang seketika sebelum dia mahu bertanya lebih lagi tentang bayi itu.

Selepas dia yakin gadis itu sudah kembali tenang. Dia bersuara.

"Saya Armand, awak siapa?"

"Rania."

Armand terdiam sejenak sebelum dia kembali bertanya.

"Macam mana awak boleh sampai sini? Maksud saya, rumah saya?"

Gadis itu mengangkat wajahnya.

"Awak cakap, kalau saya perlukan awak. Awak selalu ada untuk saya."

Armand tersentak hebat. Habis terundur dia ke belakang. Jantung berdengup laju, serentak dengan dentuman kilat yang semakin kuat di luar sana.

"Saya Indah, Armand."

"Tak, awak bukan Indah. Awak Rania."

Rania bangun dari duduknya. Tubuh Armand didekati sebelum lengan Armand disentuh.

White Collar Crime [C]Where stories live. Discover now