WCC | 21

731 64 4
                                    


Demi menutup satu kebenaran, satu nyawa perlu digadaikan.

◾◾◾◾◾


"DAMIEN."

Damien memberikan senyuman sebelum pintu biliknya ditutup rapat. Adam yang sedang berdiri itu dihampiri lalu mereka berjabat tangan.

"How are you, Adam?"

"I'm fine. How about you?"

"I'm fine to. Thank you for asking."

"Where's Armand?" soal Adam sambil matanya melihat ke arah pintu bilik.

Damien turut sama memandang ke belakang. Kemudian dia berpaling ke depan semula, memandang Adam.

"He's with Nachjaree, I guess."

"Oh. Great," ujar Adam teruja.

"What's bring you here, Adam?"

Adam yang masih berdiri itu direnung sekilas. Pelik. Adam bukan jenis suka melepak di bilik orang lain. Pasti ada sebab lelaki itu datang berjumpa dengannya.

"Oh. I almost forgot." Adam menepuk dahinya sebelum ketawanya meletus.

"About Channarong," sambung Adam.

Damien mengerutkan dahi.

"What's wrong with him?"

* * *

ARMAND dengan rasa terkejutnya masih belum hilang. Nachjaree di depan mata masih belum puas direnung. Seketika matanya jatuh pada helaian kertas di dalam fail. Khusyuk sekali matanya membaca maklumat mengenai Nachjaree.

Apa yang membuatkan Armand semakin tertarik, Nachjaree tidak pernah bekerja dengan ayahnya. Bagaimana dia sebegitu yakin yang ayahnya tidak bersalah atas tuduhan yang melibatkan wang sebanyak 45 billion dollar itu?

"Apa nama awak?"

Lamunan Armand terhenti dek kerana soalan yang dilontarkan oleh Nachjaree buatnya. Armand kemudian berdehem kecil.

"Armand," sepatah saja dijawab.

"Muka awak macam saya pernah nampak."

"Maksud awak?" Armand tidak faham.

Nachjaree mendiamkan diri buat seketika. Jarinya naik menyentuh dagu. Matanya fokus menilik wajah Armand. Itu sedikit sebanyak membuatkan Armand semakin kurang selesa.

"Awak lelaki yang pernah selamatkan saya tempoh hari, kan?" tebak Nachjaree.

Armand mengukir senyum kecil di hujung bibirnya. Fikirnya gadis itu sudah lupa tentang kes itu.

Raut wajah Armand serta merta berubah. Kejap, kes hari itu? Bukankah dia menerima mesej berbaur ugutan daripada Range Rover itu? Armand terus menyeluk tangan ke dalam kocek seluar. Telefon dikeluarkan lalu dia mencari nombor plat kereta tersebut.

Armand berdecit. Bagaimana dia boleh lupa pula tentang hal itu?

"Terima kasih kerana dah selamatkan saya tempoh hari," sambung Nachjaree setelah agak lama berdiam. Armand sekadar mengangguk kecil. Lalu dia mengambil pen. Dia perlu mulakan siasatan.

"Boleh kita mulakan?"

"Teruskan." Nachjaree mengangguk tanda setuju.

"Boleh saya tahu, kenapa awak memilih dunia modelling daripada jadi ahli perniagaan seperti Nickhun dan Channarong?"

White Collar Crime [C]Where stories live. Discover now