WCC | 25

777 63 12
                                    


Demi menutup satu kebenaran, satu nyawa perlu digadaikan.

◾◾◾◾◾


ARMAND pamir senyum senget mendengar soalan yang dilontarkan oleh Yut. Serentak itu juga beberapa keping gambar dihulurkan kepada Yut. Yut hanya ambil tanpa bersuara. Lalu matanya jatuh pada kepingan gambar tersebut. Kemudian, kerutan jelas terlihat di dahinya.

"Gambar apa ni?" soal lelaki Thailand itu.

"Ponzi Scheme adalah satu 'money game' atau skim penipuan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah kepada para pelabur. Mereka menjana pulangan kepada pelabur daripada duit yang dilaburkan oleh pelabur baru."

Soalan Yut dibiarkan tergantung oleh Armand. Fokusnya kini adalah Ponzi Scheme.

"Ponzi Scheme juga berfungsi seperti sistem piramid. Kedua-dua jenis sistem ini menggunakan dana daripada pelabur baru untuk membayar pelabur terdahulu. Pada pengakhirannya skim ini akan musnah apabila tidak ada lagi kemasukkan pelabur baharu."

"Bagaimana Ponzi Scheme ini berfungsi?" soal Yut. Berkerut-kerut dahinya mendengar penjelasan dari Armand tentang Ponzi Scheme.

"Dia ada banyak lapisan, Yut."

"Lapisan?"

Armand sekadar mengangguk. Lalu jari telunjuknya dihalakan ke arah kepingan gambar yang berada dalam genggaman Yut.

"Kau boleh tengok gambar yang pertama, Yut."

Yut menunduk, memandang gambar pertama yang dimaksudkan oleh Armand.

Lalu gambar pertama tersebut diangkat dan direnung sejenak.

"Untuk lapisan pertama, Damien akan terangkan. Silakan, bro."

Damien mula membuka kata.

"Sebagai contoh, seorang scammer yang menggunakan modus operandi Ponzi Scheme pada Skim Pelaburan XYZ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sebagai contoh, seorang scammer yang menggunakan modus operandi Ponzi Scheme pada Skim Pelaburan XYZ. Skim ini menjanjikan pulangan yang lumayan kepada dua orang pelabur dengan modal pelaburan sebanyak RM1000. Mereka akan mendapat pulangan sebanyak RM500 sebulan bersamaan 50% daripada nilai pelaburan. Syarat yang ditetapkan mereka perlu merekrut dua orang pelabur di bawah mereka."

Ternganga mulut Yut kerana begitu teruja mendengarnya. Yut yang sudah biasa menggunakan mata wang Malaysia, sudah sedia maklum dengan contoh yang diberikan oleh Damien.

"Armand, kau pula. Dan kau, Yut. Sila tengok gambar yang kedua pula. Itu untuk lapisan kedua."

Yut segera melihat gambar yang kedua.

Yut segera melihat gambar yang kedua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
White Collar Crime [C]Where stories live. Discover now