"Entahlah. Malas nak cerita. Lain kali lah, okay?" Firas cuma mengangguk. Baru sahaja dia ingin menghidupkan enjin kereta, Asyfa disebelahnya menjerit perlahan.

"Eh, kejap Firas. Telefon saya ada dengan Danish."

"Danish? Siapa? Mamat tu ke?" Asyfa mengangguk.

"Nama pun dah red flag." Sempat lagi Firas mengutuk.

"Biar je lah. Nanti aku belikan kau telefon baru. Bukannya aku tak mampu." Asyfa hanya diam. Dia pun boleh je beli sendiri. Tapi apa yang difikirkannya ialah contact phone dalam tu. Hilanglah nombor telefon kawan-kawan dia nanti.

Tapi..memang tak lah dia nak ambil balik!

"Eh, Firas!" Firas mengeluh lagi. Pandangannya tertumpu semula kepada Asyfa. Keningnya dijongketkan.

"Apa lagi Sya. Apa lagi tertinggal? Hati kau ke? Kalau tak, sekali dengan kau aku tinggal." Jelingan tajam dihadiahkan Asyfa pada Firas. Amboi, dia ni sekejap je boleh tukar watak. Tadi punyalah gentle, sekarang dah annoying. Apa, Firas ingat dia minat lagi ke Danish tu? Eei, tolonglah. Mengarut!

"Eei! Tak lah! Makan tadi tu saya tak bayar lagi." Firas hanya buat tak endah. Kereta terus meluncur laju meninggalkan kafe tanpa peduli akan reaksi Asyfa yang sudah risau itu. Fokusnya kini hanya terarah kepada pemanduannya.

"Firas, awak dengar tak ni?"

"Hmm.."

"Habistu macam mana? Pusing lah balik. Nanti berdosa tau. Tak takut ke?"

"Aku dah bayar tadi. Aku tak pergi toilet pun," jawab Firas bersahaja. Dan jawaban Firas itu hanya membuatkan Asyfa terdiam sejenak sebelum mula tersenyum meleret.

"Ala, sweetnya Firas." Usikan Asyfa langsung tidak memberikan apa-apa reaksi pada Firas.

Baru dia nak tengok reaksi Firas. Tapi Firas macam biasalah, tak bereaksi!

Asyfa mencebik. Tak termakan pujian ke apa dia ni? Bosannya hidup!

"Malam ni je. Lain kali kau pulak belanja aku."

"Ya la. Terima kasih." Firas mengerling sekilas Asyfa di seat sebelah lalu dia turut sama tersenyum.

"Bu yong xie."

"Hah?"

"It means..no need to thank me or no worries. Something like that." Asyfa tidak menyoal lebih-lebih namun wajah Firas ditenungnya lama. Terfikir jugak lah pasal Firas. Dia ni belajar Mandarin ke? Tapi sesuailah..mata pun tajam ala-ala Chinese gitu.

"Ya Sya, nak apa?" Firas yang sedar dirinya ditilik sengaja menyoal. Laju pandangan Asyfa dihala ke hadapan semula. Cuba berpura-pura biasa.

"Nak balik." Firas tersenyum seraya menggeleng. Jawapan selamat betul lah dia ni.

•••

"MAKIN berseri-seri ya pengantin baru," usik Affan sejurus sahaja masuk ke ruang pejabat Firas, rakan baiknya itu. Punggungnya terus dihenyakkan di kerusi empuk yang tersedia.

"Kau ni tak ada kerja ke?"

"Ala, ni kan waktu rehat. Kau je yang tak rehat waktu ni." Firas berhenti sejenak dari kerjanya yang tak henti dari tadi. Jam di dinding dikerling.

"Ya Allah, patutlah aku rasa macam tak boleh hadam sangat semua ni." Pelipisnya diurut. Aduh, pening betul. Tiap hari kena hadap benda macam ni, memang segar otaknya. Nak rehat kejap pun tak ada masa.

"Tu sebab lain. Pengantin baru memang macam ni, teringatkan isteri kat rumah." Firas hanya tergelak. Kalau tak mengarut tak sah si Affan ni. Ada je modal dia nak mengata.

"Memandai lah kau ni."

Tubuh terus disandarkan pada kerusi empuknya. Mata dipejamkan seketika. Cuba untuk menenangkan fikiran dari kerja yang memenatkan ini.

"Macam tak percaya je kau dah kahwin. Dulu sanggup reject perempuan merata sebab setia pada yang satu tu."

"Terpaksalah. Ibu aku suruh. Bukan aku yang nak," jujur Firas. Kalau dengan Affan ni memang tak ada rahsia langsung di antara mereka. Dari kecil lagi mereka sama-sama membesar.

"Kau rela?"

"At first memang aku tak suka tapi as day passes by..."

"Apa?"

"I think it's not bad either," tawa Affan pecah. Jarang dia boleh tengok kawannya macam ni! Ni mungkin tak lama lagi boleh dikategorikan sebagai angau!

Tunggu masa sahaja.

"Eleh, cakap je lah kau dah mula suka dia kan?" Firas menjongketkan bahunya. Affan hanya tergelak. Yakin bahawa tekaannya itu mengena.

"Habistu harini kau balik awal lah ni?"

"Maybe."

"Eei, jelesnya aku dengan kau ni. Aku nak kahwin jugak lah kalau macam ni. Balik awal boleh hadap isteri. Kalau aku, balik awal pun nak hadap apa? Cermin? Tapi at least bolehlah puji diri sendiri kan depan cermin. Memartabatkan slogan love yourself!" tawa Firas pecah. Tak pernah tak sengal si Affan ni!

"Amboi, kau ingat hidup aku simple macam tu je ke lepas kahwin?"

"Seems to be so." Affan tergelak. Dia tahu berat tanggungjawab yang perlu dipikul oleh rakan baiknya itu sebagai seorang yang bergelar suami. Tapi tak salah juga sambil memikul tanggungjawab, sambil menyelusuri jalan berbunga. Dua dalam satu orang cakap.

Hah, gitu!

"Jadi..." jeda Affan seketika sebelum kembali meneruskan bicaranya.

"Kau dah betul-betul move on lah ni?" Firas hanya tersenyum. Tak menafikan atau mengiakan.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now