Mata menatap air sungai yang mengalir deras melalui jendela kereta hisan ini, pasti kami melalui kawasan bercerun di kaki bukit gunung.

"Berhenti!" arahan daku berikan menyebabkan kereta hisan ini perlahan-lahan berhenti bergerak.

Kaki mula menuruni kereta hisan. Saat telapak kaki mencium tanah, kedua-dua belah tangan kugenggam erat, mata sejenak daku pejamkan.

"Tuan Puteri Mahkota, ada apa-apa yang tuan puteri mahukan? Mengapa tuan puteri tiba-tiba menitahkan untuk berhenti di sini?"

Mata memandang sosok Laksamana Tebung yang sudah lama mengabdikan diri buat keluarga diraja Nanduan, dan sudah hampir sedekad juga gerangannya sentiasa mengiringi setiap perjalanan daku saat keluar dari kota. Daku mengalihkan wajah. Mata merenung jauh air yang mengalir deras di bahagian hutan di sisi jalan ini.

"Beta mahu bersendirian sejenak, usah mengekori beta. Kalian semua tunggu sahaja di sini."

"Tuanku, jangan mendekati sungai, di situ merbahaya."

"Beta tahu."

"Tuanku, patik mohon tuanku tidak membahayakan diri tuanku."

Pesanan Laksamana Tebung daku biarkan menyepi lalu kaki terus mengatur langkah ke arah hutan di sisi kanan di mana terletaknya sungai yang berarus deras itu.

Saat kaki sudah menghampiri sungai, daku merenung sejenak airnya yang mengalir deras. Terasa tenaga dan kuasaku seperti diserap-serap ke dalam. Imbasan ingatan terlayar di minda, ingatan tentang mereka berdua, wajah laki-laki yang daku cintai muncul memenuhi benakku dengan senyuman gembiranya, kemudian diganti dengan wajah gadis manusia itu, Bella Amanda....

Daku menggenggam tanganku.

Aku.Benci.Kamu.

"Aku benci kamu!!" Daku menjerit lantang ke arah permukaan sungai yang bising dengan suara aliran arusnya.

"Aku benci kamu!! Aku benci kamu!! Aku benci kamu!!"

Tanpa berfikir panjang, tubuhku pantas menjunam ke dalam sungai. Terasa tubuh ini dibawa arus laju. Daku mula berasa lemas tatkala air mula memasuki hidung dan memenuhi kerongkong, tanganku tergapai-gapai ke atas, daku tahu tidak berapa lama lagi, jasad ini akan tenggelam, kuasaku sudah dikunci bersama tenaga di sungai ini, ya, daku benci sungai ini kerana di sinilah titik kelemahan yang mengunci kesaktian diriku, seperti mana daku benci tempat seperti ini seperti itu juga daku benci gadis manusia itu. Kerana mereka sama sahaja, pembunuh senyap!

Tenaga uguwanku makin mencapai titik kemuncaknya, daku sudah tidak bisa berempas pulas mencari sumber udara di permukaan air lagi, saat tenaga ini hilang, tubuhku segera tenggelam ke dalam air dengan dibawa arus sampai satu ketika daku mula merasa arus seakan diam begitu saja, apa daku sedang berada di lembah air?

Daku mula merasa penamat hayatku sudah menjelma, seakan-akan terdengar seruan alam yang memanggil, saat sepasang mata ini hampir tertutup rapat di tengah-tengah kesunyian lembah air yang dalam, bayang-bayang sesuatu seakan-akan muncul ke arahku.

Apa itu sang penjemput kematian?

Gelap. Daku tidak bisa memandang lagi.


↪↪↩↩

Bella POV

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now