DMA 10

59 7 0

"Hana cikgu Wati panggil kau dekat bilik guru" kata azril pada Hana.

"kenapa?"

Azril menjongketkan bahunya sedikit tanda seperti dia tidak mengetahuinya. Hana bagun dan menuju ke bilik guru.

Sesampai dia di bilik guru dia pergi ke tempat dimana Cikgu Wati duduk.

" ya cikgu . Kenapa panggil saya?" Soal Hana panda cikgunya.

"Kenapa saya panggil kamu? Kenapa awak tak hantar buku latihan." Hana membuat muka blurnya.

'Kejap bukan aku dah hantar ke' desis hati Hana.

" tapi cikgu saya dah hantar buku tu"

"Kalau dah hantar saya tak adanya panggil kamu ke sini?"

"Betul saya hantar Saya tak tipu. Kalau cikgu tak percaya cikgu cuba tanya faiz , dia nampak saya hantar"

"Dah cikgu tak nak kamu beri alasan apa-apa lagi. Sebelum balik cikgu nak kamu bagi buku latihan kamu. Kalau tak jumpa cari!! , Faham"

"Faham" Hana berkata perlahan.

"Dah balik kelas"

Hana terus meminta diri dan pulang ke kelasnya.

' Peliknya aku rasa aku dah hantar. siapa pulak nak sabotaj aku ni. Ni kalau aku tahu siapa punya kerja aku siat-siat muka dia'

Hana masuk ke kelasnya dengan muka ketat. Dia terpandang Rayyan yang tersenyum melihatnya.

"Best kena marah " kata Rayyan. Hana terhenti dari melangkah dan memandang ke arah Rayyan.

"Macam mana kau tahu aku kena marah dengan cikgu"

"Ye lah kau kan tak hantar buku latihan?" Rayyan soal sinis pada Hana.

"Macam mana kau tahu?. Ke kau yang ambil buku aku tu?"

"Mana ada aku ambil"

Hana mengecilkan matanya memandang Rayyan. Rayyan membuat muka toya. Hana berlalu pergi ke mejanya. Rayyan cuba menahan gelaknya daripada meletus.

' pftt siot lawak gila muka dia bila masuk kelas tadi '

Rayyan tergelak kecil dengan sendiri. Amar di sebelah memandang Rayyan pelik. Amar meletakkan tangannya ke atas dahi Rayyan. Rayyan menepisnya.

" kau dah kenapa?" soal Rayyan

"Kau lah dah kenapa. Buang tebiat ke gelak sorang-sorang"

" tak ada apa lah"

" betul ni"

"Betul"

"Kalau ada apa-apa cakap dengan aku. Risau pulak aku tengok ko gelak sorang-sorang ni takut kena sampuk je"

"Oh you caring about me ha!"

"Aku memang caring. Kau je mana nak perasan."

Rayyan tergelak dan memukul lengan Amar.

" woi sakit lah bahenol"

"Hahahaha. Adui sakit perut aku" Rayyan memegang perutnya. Hana di belakang memandang Rayyan tajam.

'Mesti ada sesuatu yang dia sorokkan ni 'desis hati Hana.

Hana bangun dan pergi ke meja dua budak lelaki yang sedang bergelak ketawa. Rayyan berhenti ketawa dan memandang ke arah Hana.

" kau nak apa!?"

"Aku nak spot check dekat kau"

"Asal pulak!? aku bukannya bawak rokok dadah bagai"

DIA MILIK AKU Read this story for FREE!