DMA 4

72 7 1



"KAU"

   Jawap mereka serentak."kau ni buta ke apa mak cik. Tak nampak aku yang besar kat sini." kata Rayyan selamba.

"apa kau panggil aku ,mak cik!. eh hello, kau tu yang buta. aku ni muda lagi lah"

"Ye ke muda? Asal aku tengok muka ko berkedut-kedut je"

'Eh2 mamat ni memang sah lah dia buta'

"Ahhhhh tak kesah lah. Sekarang ni aku nak kau ganti balik ice cream fav aku tu"

"Kalau aku tak nak, apa kau nak buat"

"Aku sepak kau"

"Hahahaha berani ke, tak ada pun perempuan dalam dunia ni berani sepak orang macam aku ni. Entah2 kau pun sama macam diorang tergila-gila kan aku" Rayyan menyelak rambutnya kebelakang dengan gaya belagak handsome.

'Eeeee acah siut, tahu lah handsome"

Hana mencebik. Rayyan sudah pun memandang sinis pada dia. 'Oh ko cabar aku ye'. Hana terus mengambil ice cream nya yang tersisa di lantai dan meletakkan di muka Rayyan.

"kau jangan nak samakan aku dengan perempuan lain dan aku bukannya perempuan yang kau sangkakan. Aku boleh je humban kau dalam longkang tu bila-bila masa je" Hana menujuk longkang yang berada di luar kedai itu. Terus Hana meninggalkan Rayyan yang berada di situ.

'Tak guna minah tu tonyoh muka aku dengan ice cream. Siap minah tu kalau aku jumpa dia.' Rayyan membersihkan mukanya dengan menggunakan baju.



*****



"Puas hati aku. Tulah siapa suruh langgar orang kan dah kena makannya. Lepastu bukannya nya nak minta maaf. Apalah nak jadi lelaki zaman sekarang ni. Dahh aku tak dapat makan ice cream fav aku"

Semasa Hana membebel seorang diri entah dimana silapnya dia terjatuh di depan pintu pagar rumahnya semua barang yang dibeli tadi jatuh bertaburan. Nasib dah sampai rumah, kalau jatuh kat jalan buat malu je. Hana mengadu kesakitan dia cuba untuk bangun tapi hampa.

Dia terdengar suara seperti mentertawakan dia. Dia menjeling ke arah Dayyan dan hykal yang masih berada di tembok batu ketawakan dia.

"Hahaha tu lah kau, kan abang kau dah pesan. Jalan tu jangan berangan kan dah jatuh Kitorang jugak susah"Hykal dan Dayyan sudah ketawa terbahak-bahak.

"Kau gelak lagi sekali memang pecah muka ko weii" ugut Hana dengan pandangan membunuh Mereka terus senyap.

Hana cuba untuk bangun sekali lagi tetapi hampa juga. Dayyan yang melihat adiknya yang jatuh itu terus berasa simpati. Dia terus mendekati adiknya dan memapah masuk ke dalam rumah.

Barang yang dibeli oleh Hana di kutip oleh hykal. Dan mereka terus menemani Hana masuk kedalam.




*****



"Aduhh! Sakit mak som sakit" Hana menjerit kecil apabila menahan kesakitan di kaki. "Haih macam mana lah kamu boleh terjatuh ni Naura. Kamu berangan apa ha sampai terseliuh kaki" umi ku berasa risau apabila aku menjerit kesakitan. Gila tak sakit Mak som ni kalau mengurut macam nak main WWE Sakit weii.

"Mak som , perlahan sikit mak som sakit ni" merayu Hana.

"Mana boleh, mana ada orang mengurut perlahan lahan. Style mak som selalu mengurut dengan kuat baru sedap"

"Amboi mak som speaking nampak" kata Dayyan yang baru turun dari tingkat atas.

"Apa salahnya berspeaking orang puteh baru nampak mak som ni macam orang muda zaman sekarang"

Gelak kami yang berada di ruang tamu.




*****



"Aku balik dulu ye maimun"kata mak som meminta diri untuk pulang.

"Terima kasih ye mak som sebab tolong mengurut kaki anak saya" puan maimunah bersalaman dengan mak som sebagai hormat pada yang tua.

"Dah memang tugas aku mengurut orang maimun"

Semasa mereka sibuk bersalam-salaman sebuah kereta pacuan empat roda masuk ke dalam pekarangan rumah mereka. Baba keluar daripada kereta izora dan terus pergi ke arah mereka.

"Eh mak som, kenapa datang sini"soal baba pada mak som.

"Ni ha mengurut anak kamu ni terseliuh"

"Ouh, kamu ni Naura cuai betul"

Hana hanya menunjukkan gigi putihnya pada baba. Encik Azmi menggelengkan kepala melihat anaknya.

"Aku minta diri dulu ye ,assalamualaikum"

"Waalaikumusalam"

"Mak som jalan hati-hati ye. Jangan berangan masa jalan macam si Naura ni " Dayyan mengusik mak som. Umi terus mencubit lengan Dayyan.

"Aku tau lah, balik dulu ye"

  hilang kelibat mak som dari pandangan, mereka masuk ke dalam rumah. Hana berjalan dan melompat di ruang tamu.

'Dah tak sakit lah, terbaik lah mak som' Hana tersenyum riang apabila kakinya sudah tidak berasa sakit lagi.

Dayyan yang melihat adiknya terompat-lompat terus menegur adik nya yang tidak berapa nak waras sangat." Woi kau dah kenapa. Apa mak som dah jampi ko sampai macam ni ha"

" eeii mana ada lah. Hana gembira sebab kaki Hana dah elok" Hana melompat lompat di atas sofa. Dayyan hanya menggelengkan kepala sahaja. Dayyan terus naik ke atas dan tidak melayan adiknya yang tidak berapa nak okey petang itu.




*****


Cuti sekolah sudah pun habis. sesi persekolahan bermula seperti biasa.(lupa nak bagi tahu yang mereka cuti raya cina) Hana menguap selepas melepasi pagar sekolah. Dia mengorak langkah terus ke dataran pintar di sekolah itu.

"HANA!" Sergah dua orang budak perempuan dari belakangnya. "Oh rosli aku datang".

"Wuuuuuuu"bising mira dan arifah disitu. Beberapa murid di situ sudah pun memandang mereka. Tau lah aku cantik tak payah lah nak pandang sampai nak tembus aku.

"Siapakah rosli itu?"soal mira ala ala seperti wartawan

"Yup siapa kah rosli itu?" Arifah pun tidak kurangnya menyoal aku.

"Adakah dia boyfriend anda?"

"Yup betul tu adakah dia boyfriend anda?"

"Ishh, apa korang mengarut ni" Hana meluku kepala Mira dan Arifah. Mereka mengadu kesakitan. Hana terus meninggalkan mereka disitu yang masih mengosok kepala masing2 kerana masih sakit. Mira dan Arifah terus mengejar Hana yang sudah berada di depan.
















TBC

_________________________________________


Sorry kalau story ni boring bagi korang  And sorry lagi sekali  sebab cerita ni pendek. Author akan cuba buat yang terbaik. Ni buku first author buat, so author masih mempelajari lagi bab2 ni. Hope korang enjoy. Do not forget to comment, vote & share my story.

see you to next chapter 'DIA MILIK AKU'

DIA MILIK AKU Read this story for FREE!