DMA 8

572 33 3
                                    

"Ash Eri mai sini"

Seorang budak perempuan keluar dari kereta dan menuju ke arah kami.

"ni lah kawan umi" Rania memberi senyuman pada mereka.

" nama saya Nur Rania Nerissa. Boleh panggil saya Eri je"

" Nur Hana Naura ,boleh panggil kak Hana"

Rania menyalam tangan puan maimunah dan aku .Yelah dia kan muda dari aku . Manakala Dayyan hanya diberikan senyuman sahaja.

"Eri mana abang kamu"soal puan faridah pada anaknya.

"Dia tolong papa. Ha! tu dia . Abang sini" Rania memanggil abangnya. Hana melihat figura lelaki itu menuju ke arah mereka.

Wait!... mata aku ni ada masalah ke sampai semua benda ada muka dia.

Hana terkejut melihat Rayyan dengan berpakaian baju hitam dan seluar sukan sama seperti dia. Rambutnya pula agak serabai.

'Dia ni tak mandi ke apa, rambut macam baru bangun tidur.'

'Asal kat mana-mana mesti ada minah ni aduyai' omel Rayyan.

Rayyan memandang Hana yang terkejut melihatnya. " ni lah anak sulung i, rayyan ni kawan mama dua orang tu pulak anak puan maimunah"

Rayyan memandang ke arah dua beradik itu. Rayyan menyalam tangan Dayyan. Haih asal lah nama diorang lebih kurang harap korang tak tersalah orang lah ye.

Rania menyiku tangan Rayyan. Rayyan memandang adiknya sambil mengangkat kening sebelah nya.

" Cantikkan kak Hana tu sepadan dengan abang" kata Rania berbisik.

" kau ni buta ke muka dah lah macam orang tua"

"Abang ni tak baik tau kata macam tu. Budak tu satu sekolah dengan kita kan sebab Eri macam pernah nampak lah"soal Rania sambil mencuri-curi tengok Hana.

"Haah dia satu sekolah dengan kita. Budak kelas abang" terbeliak Rania memandang abangnya. "Kau dah kenapa" Rayyan membuat muka pelik.

" abang, Eri rasa abang dengan kak Hana tu ada jodoh lah"

"Kau siapa nak jodoh kan aku"

"Emmm ye lah . Eri usik je tak payah lah nak emo sangat. Tapi kan apa salah nya dapat kakak ipar macam kak hana." Rania tergelak dan terus lari dan meninggalkan abangnya disitu. Rayyan mencebik. Dia memandang tepat ke arah Hana. Hana tidak memandang dia.

Apa kesah aku dia nak pandang ke tak.

Rayyan terus mengambil barang dan pergi ke papanya yang sedang mendirikan khemah bersama uncle azmi. "Rayyan tolong pergi bakar arang lepastu masak ayam dengan sosej sekali ye. Jangan sampai hangit" arah encik hakim pada anak nya.

" Okey papa"

Rayyan membakar arang sambil mata melilau sekeliling. Tiba-tiba matanya tertacap pada seseorang yang sedang duduk di tepi sungai sambil bermain air.

Bapak senang hidup dia.

"Woi kau tak ada kerja ke nak buat. Sedap je kau goyang kaki kat situ ye" marah Rayyan pada dia.

Hana terdengar seperti orang sedang marah tetapi dia endahkan.

'Orang lain kut'. Hana terus bermain dengan air.

'Kurang asam punya perempuan. Pekak ke apa dia ni'

"Woi kau pekak ke apa ha" Hana masih memulaukannya. Rayyan sudah pun geram.

"NUR HANA NAURA" Rayyan sudah naik oktaf menjerit nama dia sampaikan semua yang membuat kerja di situ memandang rayyan.
Hana terdengar seperti seseorang memanggil dia dengan nama penuh.

DIA MILIK AKU Where stories live. Discover now