DMA 12

53 7 2


Perhimpunan pada hari isnin itu tersangatlah boring sama seperti hari-hari isnin yang sebelum ni.

Tetapi tidak bagi tiga sekawan yang bergelak ketawa dengan riangnya itu. walaupun ramai mata-mata sudah memandang kami untuk senyap.

Tetapi kami hiraukannya.

"Hahahaha aku masih tak boleh lupalah masa kau tersepak muka Rayyan tu. First masa aku perasan tu aku terkejut juga. Anak siapalah kau sepak rupanya musuh kau sendiri. Hahahaha padan muka dia." Gelak Arifah.

"Aku tak sangka kau balas dendam dengan cara ni ya Hana. Kesian anak orang tu" Kata Mira pula.

"Tapi elok juga dia kena tendangan maut aku tu. Biar dia rasa betapa sakitnya hati aku dekat dia" Hana sudah tergelak jahat.

"Ehemm ehemm"

Mereka tersentak. Dengan perlahan mereka bertiga menoleh kebelakang untuk melihat siapakah gerangan yang ber'ehemm ehemm' dengan mereka.

Senyuman mereka mati apabila melihat cikgu disiplin di sekolah itu berada betul-betul di belakang mereka.

"Syed Ahmad! Tulis nama mereka bertiga kerana kesalahan bising di dataran."

' mampus' desis Hana.

Syed menuju ke arah mereka dan memberikan kertas dan pen kepada mereka untuk menulis nama.

"Alah syed lepaskan lah kitorang, please." Rayu Arifah dalam bisik.

"Jangan rayu dekat aku lah, rayu lah dekat mak tiri kau orang tu"jawap Syed.

Arifah mencebik.

"Alah kita tulis je lah, jangan banyak cakap. Kita juga salah siapa suruh gelak kuat sangat" kata Hana.

"Kau tak payah lah nak backup dia sangat" Arifah membuat muka.

Mereka senyap seketika kerana sibuk menulis nama masing-masing.

"Korang tadi cerita pasal Rayyan eh?" Syed memecahkan suasana sunyi di antara mereka.

"Macam mana kau tahu?" Soal Mira.

"Mana taknya dah korang cerita bukan main kuat lagi kau tahu tak. aku rasa headmaster kat depan tu pun boleh dengar apa yang korang ceritakan."

"Sorry lah terkuat sangat. kitorang tak boleh lupa masa kejadian kat sunway lagoon tu. Itu yang kitorang bergelak sakan ni ketawakan si Rayyan tu" kata Hana jujur.

"Amboi kau bab mengumpat laju je ye" kata syed melihat Hana yang membuat peace kepadanya.

"Mmm dah kita mengumpat ni kan. Tadi cikgu ada bagi tahu ada budak baru masuk sekolah kita." Kata syed berbisik kepada mereka.

"We serius lah? Lelaki ke perempuan?" Kata Arifah.

"Aku tak tahu lah. Nanti dia masuk kelas kita"kata syed lagi.

"Aku harap budak tu handsome lah." Kata Arifah.

"eii kau ni! gatal lah" kata Hana.

"Kau semua nak lelaki. Nanti yang new student tu perempuan macam mana. Nak juga kata handsome. Aku tak nak kawan aku ni jadi lisbian."kata Syed

"Kau ni pun agak-agak lah aku nak suka kaum sejenis. Aku ni straight lagi lah bahlol" marah Arifah. Hana dan Mira tergelak.

"Ha! sudah ke Syed kamu mengambil nama mereka. Ke kamu ni dah ikut sekali geng makcik- makcik bawang tu"perli cikgu disiplin itu.

Syed tersenyum. Selesai menulis dia memberi nama itu ke cikgu disiplin.

"Syed ni bukan nya nak bagi chance lansung dekat kita." Marah Arifah.

DIA MILIK AKU Read this story for FREE!