DMA 6

57 10 0

"JEMBALANG"

Hana terlopong apabila melihat Rayyan di hadapan kelas.

'Aku silap tengok atau aku mimpi. Baju dia, lencana dia semua sama dengan sekolah ni. Takkan lah..' Hana terlopong melihat Rayyan yang beriak selamba melihat dia.

'Seriously! Minah tu sekolah kat sini' Rayyan memandang dia dengan tajam.

"Kamu ni dah kenapa Hana? kamu dah kena sampuk dengan jembalang ke ." Seisi kelas mentertawakan Hana. Hana hanya memberi senyuman seperti kerang busuk.

Hana melihat Rayyan yang menahan gelak di hadapan sambil melihat aku. Hana hanya menghadiahkan jelingan sahaja."okey semua senyap. Rayyan please introduce yourself"

"Nama aku Rayyan Rashid. Korang semua boleh panggil aku Rayyan." Rayyan mula memperkenalkan diri.

"Any question?"soal cikgu suhaila pada anak muridnya di dalam kelas itu. Seorang budak perempuan mengangkat tangan.

" awak ada girlfriend"

" tak ada"

"Wuuuuuuuu, boleh try tak" Hana membuat muka menyampah apabila rakan sekelasnya sudah tersipu malu bila berkata begitu. 'Gedik' omel Hana. Rayyan sudah memberi senyuman kepada pelajar perempuan itu. " tak" .

Okey satu patah perkataan je dah buat satu kelas ketawakan pelajar itu. Aku pun ikut gelak sama apabila melihat pelajar itu sudah membuat muka cemberut.

" okey dah senyap semua. Sampai sini je soalan. Rayyan awak boleh duduk di sebelah Amar. Amar sila angkat tangan"tutur cikgu pada Rayyan. Tak payah angkat tangan pun tak apa sebab Amar kan member dia.


" bro" Rayyan menyalam cara lelaki pada rakannya itu. " okey semua sila keluar kan buku BI dan salin yang saya tulis ini" cikgu suhaila mula mengambil marker pen dan menulis di papan putih.

Rayyan pusing ke belakang untuk mengambil bukunya di dalam beg. Semasa dia mengambil buku tersebut dia ternampak seorang gadis yang memandangnya tajam.

Siapa lagi kalau bukan si minah tu. Okey Rayyan sebenarnya duduk depan Hana. "Kau nak apa" Rayyan memukul lengan Hana dengan buku . Hana tersentak apabila lengan nya di pukul, dia kembali ke alam nyata.

" kau asal pukul aku"

" kau tu yang pandang aku macam nak tembus apasal"

"Bila masa aku pandang kau, perasan. Aku pandang budak dekat luar tu."Hana cuba berdalih.

"Eh aku ni tak buta lagi tau. Aku tahu lah aku ni handsome. Cakap je lah kau minat kat aku kan" Rayyan tersenyum sinis

"Eii siapa nak minat kau. Malang betul siapa yang dapat kau ni. Sebab BF dia mulut puaka. Siapa tahan" Hana saja menekan kan perkatan 'BF' itu

"Mulut kau jaga-jaga eh aku cili nanti tak pasal-pasal kau tak cukup air nanti"

"Ish korang ni senyap boleh tak, cikgu kat depan tu" kata Tasya di sebelah Hana.

" TAK"

jawap mereka serentak dengan kuat. Amar sudah menepuk dahinya. Kuat gila kut. " apa bising-bising kat belakang tu. Nak saya tambah kerja lagi ke"

Cikgu menegur dua pelajar itu.
Mereka mula senyap. Pandai pun senyap tadi bukan main bising lagi dah kena sound dengan cikgu baru nak senyap. Mereka menyambung kerja yang cikgu bagi.







****





Kringggggg!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat tiba. Hana cepat mengemaskan barangnya di atas meja dan pecut ke kantin. Selesai membeli makanan, Hana mencari meja kosong untuk didudukinya. Dia duduk dan mula menjamu makanan yang dibelinya.

Tapp

Seseorang telah menepuk meja yang telah duduki olehnya. Hana tersentak dan terbantut daripada makan. Nasib tak terbang makanan aku. Hana memandang empunya badan yang duduk disebelahnya.

"We Hana bukan main laju kau keluar kelas macam lipas kudung"soal Mira yang baru sampai di meja itu.

"Haah selalu nya kau lah orang yang paling lembab nak keluar kelas. Kena seret baru nak keluar" kata Arifah duduk di sebelah Hana.

"Alah aku sakit perut tadi" Hana memberi alasan.

"Ye ke" Arifah sudah terseyum sinis pada Hana.

"Ke kau lari dari budak Rayyan tu, yelah dalam kelas kan korang dah bersemut gaduh-gaduh manja" Mira mentertawakan Hana. Hana mengambil sandwich Mira dan masuk ke dalam mulutnya. Terus dia berhenti daripada gelak.

"Hi korang! nak duduk sini boleh" kata Amar yang sudah duduk di situ.

"Dah duduk baru nak minta izin baik tak payah" sindir Mira

"Hi Rayyan" tegur Arifah. Rayyan hanya memberikan senyuman dan melambaikan tangan sahaja. "Kau pindah sini sebab apa" soal Arifah.

"Oh aku pindah sini sebab papa aku kerja dekat sini"

"Dekat sekolah lama kau tu mesti banyak peminat kan" soal Mira pula

"Mesti lah banyak. Ko tengok lah paras rupa nya mengoda kut. Cuma masa tu ramai perempuan tak boleh rapat dengan dia." Amar tolong menjawapkan soalan Mira itu.

"Kenapa?"

"Sebab ad...." tidak sempat Amar habiskan ayatnya Syed sudah menekup mulutnya. Syed membuat riak seperti suruh dia senyap. Amar menganggukkan kepala tanda faham. Rayyan sudah melepaskan nafas lega dia tidak mahu mengingati kembali nasib malangnya di sekolah lama. Nasib baik tak lepas cakap kalau tak nak je aku sumbat kasut aku dalam mulut dia.

Ketiga-tiga gadis itu membuat muka pelik." Korang ni dah kenapa" soal Mira sambil menunjukkan riak pelik pada jejaka-jejaka yang berada di hadapan mereka.

" tak ada apa-apa" balas mereka serentak. Gadis itu hanya membuat riak biasa sahaja. Dan mereka mula sambung makan.









TBC






_________________________________________

Sorry jika cerita ni agak pendek

Jgn lupa VOTE, COMMENT & SHARE👇👇

DIA MILIK AKU Read this story for FREE!