DMA 11

62 8 0

"Assalammualaikum dan salam satu malaysia. Kepada semua kawan-kawan ku sekelian. Dengan ini saya mahu mengistikharkan bahawa pada hari sabtu ini saya mahu membawa anda semua ke sunway lagoon." Kata Syed dengan kuat.

"Ish kau ni tak payah nak acah sangat lah bro. Cakap elok-elok kan senang"kata Amar

"Entah dia ni"celah Mira

"Elok lah ni aku cakap. Bukannya aku cakap menengking korang pun. Contoh macam ni. 'Eh bahenol nanti sabtu ni aku nak ajak kau pergi sunway lagoon. Kau kalau tak datang siap kau aku kerjakan."

Serentak itu Rayyan meluku kepala si anak Bahenol itu.

"Aduh! apa kau ni" marah Syed

"Kau tu lah tak faham bahasa. Kitorang suruh kau cakap macam biasa bukannya menengking atau cakap macam nak raya besok" marah Arifah pada Syed.

Hana yang melihat gelagat mereka hanya menggelengkan kepala sahaja. Ya mereka sekarang berada di tasik yang berdekatan dengan rumah mereka.

Rumah mereka tidak lah jauh mana pun. Mereka semua satu lorong kecuali si Rayyan yang berada di lorong sebelah. Best kan taman ni ada tasik siap boleh joging lagi huhu.

"Alah we aku memang nak pergi tapi aku mana ada duit" kata Amar

"Betul tu, betul tu" Mira juga menyokong kata-kata Amar.

"Korang jangan risau, semua sekali biar aku yang uruskan korang just bawak duit makan dan ic je, haha"

"Mana kau dapat duit?" soal Rayyan pula. Mereka memandang ke arah Syed sekali lagi.

"Alah kau ni, mana aku dapat itu tak penting. Yang penting kita enjoy hilang kan segala stress kita semasa belajar. Amacam."

"Kau curi duit mak bapak kau eh?" kata Hana secara derek.

"Ish apa kau ni, aku ni baik lah. Aku ikhlas nak ajak korang boleh pulak kau tuduh cakap aku macam tu. Kalau macam tu aku cancel je lah pergi sana"

Semua yang disitu menjeling Hana.

"Apa?" Hana membuat muka blur.

"Eh kau ni tak payah lah nak terasa sangat dengan si Hana tu. Abaikan je apa yang Hana cakap tu. Janganlah we kau cancel. Please" pujuk Amar.

"Heh!" Syed memeluk tubuhnya dan pandang ke tempat lain.

"Ish! mengada-ngada betul lah budak ni. Sepak kang berterabur gigi kau" marah Hana cuba menyepak Syed tapi di tahan oleh Mira.

"Woi-woi lek sudah ah. Tak payah nak emo sangat" kata Mira cuba menyabarkan kawannya itu.

Syed yang terkejut melihat Hana cuba menyepaknya tertelan air liur.

'Wuish minah ni seram pula aku tengok' desis Syed dalam senyap.

"Okey ah, aku dah tak merajuk dah. So agree?"

"Agree" jawap mereka dengan serentak.

****

Hari yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Mereka semua berkumpul di rumah Syed.

"Aduh mana semua girls ni, tak sampai-sampai. Penat aku tunggu ni"
kata Amar melihat jam yang sudah pukul 10.20 pagi. Janji sebenarnya nak kumpul pukul 10.00 pagi. Ni lah perempuan tak pernah nak cepat.

"Sabar lah bro , bukannya kau bawa kereta pun," kata Rayyan sambil memeluk tubuh dan menyandar di kereta.

"Ha! Diorang dah sampai ke belum?" sergah Syed yang entah dari mana dia datang pun tidak tahu, maybe dari bawah kereta kut.

DIA MILIK AKU Read this story for FREE!