CHAP. 65

6.9K 282 28
                                    

"JADI awak dah tahu siapa Ian yang sebenarnya sebelum korang berdua merancang untuk batalkan perkahwinan lagi?" Soal Fea setelah Alisha menceritakan bagaimana mereka merancang untuk membatalkan perkahwinan mereka.

Alisha mengangguk, "Ya. Saya tahu pun selepas kami bertunang. Waktu tu dia memang nekad sangat nak batalkan perkahwinan kami yang berbaki 3 bulan lagi. But, perancangan Allah kan, kita tak pernah tahu. Lepas beberapa bulan tinggalkan keluarga, tinggalkan Malaysia, dia balik semula ke sini. Itu pun lepas 6 bulan dia balik ke Malaysia, baru kita orang bertemu. On my wedding day." Jelas Alisha.

"Awak dah berkahwin?" Soal Fea, agak terkejut apabila mengetahui gadis di hadapannya itu sudah pun bergelar 'Puan'. Alisha mengangguk senyum.

"Awak tahu kenapa Ian balik semula ke Malaysia?" Soal Fea. Semakin banyak yang dia dengar dari Alisha, semakin dia pasti, Alisha ada jawapan kepada semua persoalannya tentang Ian.

"Dia nak berubah. For the sake for his family." Jawab Alisha.

"Habis tu macam mana dengan Martin? Bukan Ian nekad nak ke London sebab nak hidup dengan dia ke? Kenapa tiba-tiba Ian berubah fikiran pulak?" Soal Fea lagi.Ya, Martin. Lelaki yang telah menjadi punca Ian terjebak dengan homoseksual.

"Martin dah mati." Jawab Alisha pendek.

"Mati?" Fea jelas terkejut dengan jawapan Alisha itu.

"Ya. Dan mungkin itu antara salah satu sebab kenapa Ian balik semula ke sini. Mungkin kematian Martin buat Ian sedar tentang kesilapannya." Jawab Alisha jujur. Melihatkan Fea yang seakan bingung, Alisha bangun dan duduk disebelahnya. Tangan Fea digenggam lembut.

"Fea. Awak kena percayakan Ian. Dia nak berubah, dan saya pasti dia dah berubah. Sebesar mana pun dosa dia, kita bukan tuhan untuk menghukum. Ya, dia buat silap.. semua orang pun buat silap. Tapi dia berhak untuk dapat peluang kedua, kan. Peluang untuk dia berubah." Ucap Alisha sambil tersenyum.

"Macam mana awak yakin yang dia dah berubah?" Soal Fea cuba mendapatkan kepastian.Wajah Alisha ditenung meminta jawapan ikhlas. Jawapan yang akan menentukan tindakan Fea selepas ini. Sama ada Ian layak atau tidak untuk peluang kedua itu.

"Saya yakin dia dah berubah selepas dia buat keputusan untuk berkahwin dengan awak, Fea." Jawapan Alisha itu membuatkan Fea terdiam.

"Sofea.. Kalau Ian masih seorang homoseksual, dia tak akan ambil keputusan untuk berkahwin dengan awak. Dia takkan balik ke Malaysia. Awak tahu tu." Balas Alisha cuba menyakinkan Fea.

Ternyata apa yang dikatakan Alisha itu ada benarnya. Jika Ian masih seorang gay, untuk apa dia kembali ke Malaysia? Dia boleh saja untuk terus menetap di London dan hidup bebas sebagai seorang lelaki homoseksual. Tak perlu dia bersusah-payah balik ke Malaysia dan memperbetulkan kesalahan yang telah dia buat.

"Awak tahu tak apa yang membuatkan saya lagi pasti? Cik Mar ada cerita dengan ibu saya yang Ian dah banyak berubah selepas kematian papanya. Dia dah mula solat dan rajin ke masjid untuk belajar agama. Itulah perubahan terbesar yang saya dapat lihat pada diri Ian." Ucap Alisha lagi. Airmata Fea sudah mula bertakung. Kebaikan Alisha menyentuh perasaannya. Bersungguh betul gadis itu mempertahankan Ian meskipun mereka pernah punya sejarah silam. Dari awal hingga akhir tak sedikitpun gadis itu bercerita buruk tentang Ian.

"Saya.. Saya tak tahulah. Perasaan saya berkecamuk sekarang ni. Saya keliru." Fea memicit kepalanya yang terasa berat.

"Fea, saya tak nak paksa awak. Keputusan terletak di tangan awak. Cuma satu je nasihat saya. Awak adalah cahaya kepada kehidupan baru Ian. Dia perlukan awak. Saya tahu susah untuk awak terima selepas awak tahu kisah silam Ian, tapi fikirlah sedalam-dalamnya. Atas sebab apa awak cintakan Ian dan layak atau tidak Ian mencintai awak."

"Fea.. terima kasih sebab sudi terima saya dalam hidup awak untuk kali kedua. Saya janji, saya takkan sia-siakan awak. Saya sayang awak sangat-sangat."

"Dan saya mintak pada awak, kalau satu hari nanti awak nampak kekurangan saya, keburukan saya, awak jangan tinggalkan saya. Boleh?"

"Inshaa Allah. Selagi tuhan izinkan saya untuk terus berada di sisi awak, saya takkan tinggalkan awak."

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now