CHAP. 40

6.9K 344 4
                                    

IAN melepaskan nafas lega. Selesai sudah perjumpaannya dengan Mr. Danny, pelanggan dari Singapore. Cerewet boleh tahan. Sudah beberapa bulan pekerja kepercayaan Ian cuba 'memancing' Mr. Danny, tapi tak dapat. Akhirnya terpaksalah Ian bertindak sendiri. Dan sebagai seorang ahli perniagaan yang professional, Ian berjaya meraih kepercayaan Mr. Danny untuk melabur dalam syarikatnya.

Ian memasukkan fail-fail di atas meja makan ke dalam beg. Kerjanya sudah selesai. Dia mahu singgah di SunShine Cafe dan selepas itu terus pulang ke rumah. Sedang Ian berkira-kira mahu beredar dari restoran, muncul seseorang.

"Hello. Kalau tak silap, you ni majikan Sofea kan?" Sapa Ray. Di tangannnya terdapat segelas air. Coffee maybe.

Ian meneliti wajah di hadapannya sebelum mengangguk. " Yes."

"Do you still remember me? Kita pernah terserempak beberapa kali kat kafe masa I datang jumpa Fea." Tanya Ray lagi.

"Ofcourse, I remember you." Jawab Ian. Ray menghulur tangan kanannya untuk bersalam dan Ian menyambut huluran tersebut tanpa sebarang prejudis.

"You nak balik pejabat ke?" Tanya Ray lagi, memandangkan Ian masih dalam pakaian pejabat dan di tangannya terjinjit beg berisi fail.

"No. I dah nak balik dah." Jawab Ian.

"Oh. Can we talk for a while?" Pinta Ray.

'Dah kenapa mamat ni? Ajak berborak pulak. Curious!' Omel Ian. Dengan teragak-agak, Ian mengangguk dan duduk kembali di meja yang digunakannya sebentar tadi.

"Coffee?" Pelawa Ray memandangkan mereka akan berbual. Ian menggeleng.

"No, thanks. I had enough with my lunch tadi." Jawab Ian. Ray tersenyum dan menggangguk.

"I guess you don't know my name. I Adam Rayyan. You can call me Ray." Ucap Ray memperkenalkan dirinya pada Ian.

"Oh, okay. I.." Belum sempat Ian memperkenalkan dirinya, Ray sudah memotong percakapannya.

"It's okay. I know you. Ian.. Ian Hanafi right?" Ucap Ray. Ian agak terkejut bagaimana lelaki di hadapannya itu mengetahui namanya, namun dia menggangguk, mengiyakan pertanyaan lelaki itu.

"Actually, I know you but bukan sebagai bos Fea." Ucap Ray dengan tiba-tiba. Dahi Ian berkerut.

"You know me?" Tanya Ian.

"Yep. I know you since you kat London lagi. Tapi tak pernah bertegurlah." Jawab Ray.

"Maksudnya, you belajar satu University dengan I lah ye?" Tanya Ian lagi.

"Eh tak tak. I pernah stay London for 6 month. Err, macam mana nak cakap ye." Balas Ray sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia teragak-agak untuk bercerita.

"Then, how you know me?" Tanya Ian, ingin tahu.

"Martin. I know you from Martin." Jawab Ray. Mendengarkan jawapan Ray itu, riak wajah Ian terus berubah. Dia terdiam.

"Am I wrong?" Tanya Ray apabila Ian hanya diam bila nama Martin disebut.

"No, you are right. But now I dah tak ada kaitan dengan Martin. He is my past." Jawab Ian dengan wajah yang serius. Ikutkan hati, mahu saja dia beredar sekarang. Bercakap pasal Martin, sama saja seperti membuka semula kisah silamnya.

"What do you mean? You guys dah break up ke?" Tanya Ray tanpa mengetahui perkara sebenar.

'Sah mamat ni tahu pasal aku dengan Martin. Who is he actually?'

"Could you please don't bringing up about him? About the past? Who are you actually?" Tanya Ian pula dengan nada yang tegang.

Melihatkan perubahan riak wajah dan nada Ian, Ray tahu dia tidak patut bertanyakan hal itu. Perkara sensitif begini siapa saja yang mahu bercerita.

"Sorry.. I'm really sorry. Ermm. I kenal Martin masa parti kat rumah salah seorang dari kawan I masa kat London dulu. And then, kami kerap terserempak kat kelab yang Martin selalu lepak. Kita orang tak rapat, just a friend. Actually, dulu I macam you guys jugak. That's why I boleh kenal Martin." Jelas Ray, berterus terang. Mungkin dengan cara itu, Ian tidak berasa kekok untuk berbual dengannya.

"Are you??" Tanya Ian. Patutlah waktu pertemuan pertama mereka semasa Fea bertemu dengan Ray di hadapan kafe dahulu, pandangan mata Ray terhadap Ian seakan sesuatu yang Ian pernah lihat. Well, only a gay know another gay.

"Yes. Tapi tu dulu. Now, I have changed." Jawab Ray jujur dengan senyuman.

"Same goes like me. I pun dah berubah. I just want to be the new Ian. What past is past." Ucap Ian.

"It's must be hard for you." Ucap Ray sambil menghirup minumannya.

"Untuk buang perasaan tu, yes, I mengaku memang susah. But I must to. I tak nak dah hidup dalam dunia tu." Jawab Ian. Entah mengapa, Ian tidak lagi teragak-agak untuk berbual tentang perkara dengan Ray. Mungkin kerana mereka berada dalam situasi yang sama.

"I feel you bro." Ucap Ray dalam nada bergurau, namun dia memaksudkan kata-katanya itu. Dia tahu dan faham sangat apa yang Ian rasa, kerana dia sudah melaluinya. Ian hanya ketawa kecil.

"What make you change?" Tanya Ian. Iyalah, setiap perubahan mesti bersebab. Mana ada orang berubah suka-suka.

"My family." Jawab Ray. "What about you?" Tanya Ray pula.

"Yeahh. Kita sama.Sebab keluarga. Sampai bila kan kita nak tipu dorang. Sampai bila kita nak hidup dalam kepuraan. Ianya bukan perkara yang baik pun" Balas Ian. Ray sekadar mengangguk.

"Have you met someone special?" Tanya Ian cuba berseloroh. Ray ketawa kecil.

"Not yet. But luckily I had someone who know my past but still can accept me as a friend. Dia yang banyak bagi I nasihat." Jawab Ray.

"And you know, dia selalu cakap, 'our heart is belongs to Allah. So ikhlaskanlah hati dalam apa pun, Dia pasti akan bantu kita. Dia yang paling utama. Mintaklah apa saja pada Dia, Dia sentiasa mendengar.' Dan sekarang I faham kata-kata dia." Ucap Ray sambil matanya tertunduk memandang lantai.

"Apa maksud dia?" Tanya Ian.

"Kita ni pendosa. Kita dah terpesong jauh, jadi kalau nak kembali ke pangkal jalan, kembalilah kepada Allah. Hanya Dia yang tahu apa yang kita tak tahu. So nak berubah, carilah Dia dulu. Yang penting, hati kena ikhlas." Jawab Ray lancar. Di bibirnya terukir senyuman. Senyuman ikhlas.

**************************

Yep. Kita adalah pendosa.

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now