CHAP. 48

5.6K 337 9
                                    

"AIRINA SOFEA.." Panggil satu suara yang tidak asing lagi di telinga Fea. Fea segera menoleh walaupun dia tahu suara itu adalah suara Reza dan bukannya Ian.

Di satu sudut, Reza sedang berdiri dan memegang belon berbentuk hati dengan sejambak bunga ros merah sambil tersenyum ke arah Fea. Dan senyuman itu adalah ikhlas buat Fea, insan yang telah sekian lama mengisi hati Reza. Fea tergamam tatkala Reza berjalan mendekatinya.

Reza menarik nafas dalam-dalam. Dia memandang wajah Fea kejap sebelum memulakan bicara, cuba mengumpul kekuatan untuk meluahkan perasaannya. Jelas kelihatan riak terkejut di wajah gadis itu.

"Abang nak pergi mana dengan belon semua ni?" Soal Fea. Reza tersenyum. Tanpa menjawab soalan Fea itu, dia menghulurkan jambangan bunga ros yang dipegangnya kepada Fea.

"Err. Untuk Fea ke?" Soal Fea teragak-agak untuk menerima bunga ros tersebut. Sungguh, dia langsung tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku saat ini. Reza mengangguk.

"Take it." Pinta Reza. Fea menerima juga bunga tersebut walaupun dia tidak mengerti dengan situasi yang berlaku.

"Fea.. sebenarnya dah lama abang nak bagitahu Fea sesuatu tapi abang simpan dulu sebab nak tunggu masa yang sesuai. Dan abang rasa hari nilah masanya." Ucap Reza, memulakan kata. Hatinya berdebar hebat. Gemuruh.

"Maksud abang?" Soal Fea. Dia jadi makin keliru dengan kata-kata Reza itu.

"Ermm. Fea.. abang suka Fea. I love you and I really mean it." Ucap Reza sambil matanya memandang tepat ke anak mata Fea.

"Abang dah suka Fea sejak zaman sekolah lagi, walaupun waktu tu abang tahu Fea suka orang lain. Abang tetap simpan Fea dalam hati abang, walaupun masa sambung belajar dulu Fea jauh di negara orang. Dan sampai saat ni abang masih sukakan Fea. I want you to be part of my life, Airina Sofea." Sambung Reza lagi.

Fea hanya berdiri kaku tanpa sebarang reaksi mahupun berkata-kata. Sungguh saat ini dia berasa terkejut dengan pengakuan dari Reza yang tidak disangka-sangka itu. Dia tak tahu apa yang patut diungkapkan ketika ini.

"Fea.." Panggil Reza apabila gadis itu tidak memberikan sebarang reaksi.

"Ya.." Jawab Fea sepatah. Reza tersenyum. Dia pasti Fea terkejut dengan tindakannya yang mengejut itu.

"Abang tahu Fea terkejut. Abang tak paksa Fea bagi jawapannya sekarang. Nanti bila Fea dah bersedia nak bagi jawapan, Fea jumpa je abang. Abang akan tunggu." Ucap Reza, masih tersenyum. Sememangnya dia tidak mahu memaksa Fea. Biarlah gadis itu berfikir dahulu. Mungkin itu lebih baik dari mendengar jawapannya sekarang.

'Seriously? Ayat abang Reza ni sebijik dengan ayat Ian tempoh hari. Suruh aku bagi jawapan bila aku dah bersedia nanti. Dia akan tunggu. Apakah semua ini??' Fea mengumam dalam hati.

"Fea.. Err.. Fea memang tak tahu nak cakap apa. Clueless." Balas Fea. Jambangan bunga ros yang diberikan oleh Reza, digenggam erat. Dia sendiri pun tak tahu apa dia perlu gembira atau tak. Bukannya dia mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri dengan memberi harapan kepada dua orang lelaki dalam satu masa. Cuma dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Seorang, lelaki yang pernah dia suka dan seorang lagi lelaki yang terlalu baik dan ikhlas menyukainya.

"It's okay. Abang faham. Take your time." Balas Reza, ikhlas.

Setelah suasana yang agak kekok itu reda, Reza menghantar Fea ke keretanya.

"Fea, ambil ni. Hadiah untuk Fea. Dan ini sekali," Hulur Reza kepada Fea.

"Apa ni abang?" Soal Fea.

"Cincin." Jawab Reza, malu-malu. "Pakai kalau jawapan Fea nanti adalah ya." Ucap Reza lagi. Dan jauh di sudut hatinya dia berharap cincin itu akan tersarung di jari manis Fea bila gadis itu sudah bersedia untuk memberikan jawapannya.

SEPANJANG perjalanan pulang, Fea masih berasa tergamam dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Reza.. teman baik abangnya yang sudah dikenali sejak zaman persekolahan lagi tiba-tiba sahaja melamarnya. Sepanjang hampir 10 tahun mengenali lelaki itu, tidak pernah pula dia perasan akan perasaan Reza terhadap dirinya. Layanan Reza terhadap dirinya dianggap seperti abang dan adik.

"Abang dah suka Fea sejak zaman sekolah lagi, walaupun waktu tu abang tahu Fea suka orang lain. Abang tetap simpan Fea dalam hati abang, walaupun masa sambung belajar dulu Fea jauh di negara orang. Dan sampai saat ni abang masih sukakan Fea. I want you to be part of my life, Airina Sofea."

Ternyata Reza sudah menyukainya sejak dulu lagi. Dan perasaannya itu disimpan hampir 10 tahun lamanya. Gadis mana aje yang tak terharu dengan pengakuan sebegitu. Namun jawapan apa yang patut Fea berikan pada Reza? Pengakuan jujur Reza tadi benar-benar buat Fea serba salah untuk menolak. Lelaki itu terlalu baik padanya. Tetapi untuk menerima, itu juga sesuatu yang diluar jangkaan Fea. Reza sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

"Ya Allah, apa patut aku buat ni?" Soal Fea. Sungguh dirinya dalam dilema saat ini. Terus fikirannya singgah pada seorang lagi lelaki yang turut menantikan jawapan darinya. Ian Hanafi..

"Haishh si Mia ni. Sejak bila entah jadi rabun. Reza dengan Ian pun tak boleh nak bezakan. Mati-mati tadi aku ingatkan Ian yang ada kat tempat parking." Omel Fea geram bila teringatkan mulut kecoh Mia tadi. Beriya mengatakan Ian ada di tempat letak kereta dan kononnya lelaki itu ingin melamarnya sekali lagi dengan belon dan bunga bagai. Ternyata yang berada di situ adalah Reza dan bukannya Ian.

Eh. Hampa ke Cik Airina Sofea? Siapalah sebenarnya yang berada di hati awak ye?

********************************

Nah! Upah untuk pembaca-pembaca kesayangan sis. Senyum kasi lebar satu kali!

IAN HANAFI ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora