CHAP. 29

8.9K 403 9
                                    

"Maaa!! Dah siap belum?" Jerit Ian dari ruang tamu, memanggil mamanya yang sedang bersiap untuk keluar shopping bersama.

"Dah sayang. I'm done." Sahut Puan Marlia yang sedang berjalan menuruni tangga.

"Cantik tak mama?" Tanya Puan Marlia tersenyum.

"Ofcourse cantik. You're always beatiful ma." Jawab Ian, mengusik mamanya. Puan Marlia tersenyum manis mendengar ayat dari anak terunanya itu.

"Thanks.. Jom." Ucap Puan Marlia seraya menarik tangan Ian. Mereka beriringan keluar menuju ke kereta milik Ian.

Oleh kerana Ian sudah terlebih dahulu menghidupkan enjin kereta, sebaik saja mereka berdua masuk ke dalam kereta, Ian terus memandu keluar.

"Ian. Mana seatbelt?" Tegur Puan Marlia apabila menyedari anaknya itu tidak mengenakan seatbelt sewaktu memandu.

"Ops.. Sorry ma. Lupa." Jawab Ian sambil tersengih. Dia menarik perlahan-lahan seatbelt dengan tangan kirinya.

"Selalu sangat lupa, sampai dah jadi tabiat kan?" Bebel Puan Marlia lalu menggelengkan kepalanya. Sering kali dia mengingatkan Ian tentang pemakaian tali pinggang keledar sewaktu memandu, tapi anaknya itu dengar tak dengar saja.

"Mulalah tu nak marah kita. Tak sayang kitalah tu." Ucap Ian pura-pura merajuk.

"Ish budak ni. Muka mama ni ada nampak macam marah ke? Kalau mama marah sekali pun sebab mama sayang lah." Bebel Puan Marlia lagi. Sempat juga dia mencubit lengan kiri Ian, geram.

"Okay okay! Orang gurau jelah mama. Ye mama, i'll keep in my mind. Seatbeat, seatbelt, seaaaattbelttt.." Ucap Ian sambil bergurau. Lama juga dia tidak mengusik mamanya begitu. Senang hatinya melihat Puan Marlia tersenyum dengan usikannya.

Bila dikenang semula, entah berapa banyak air mata mamanya yang telah tumpah gara-gara dia melarikan diri ke London dulu. Sungguh dia masih berasa bersalah walaupun kedua orang tuanya telah memaafkan perbuatannya itu.



Ian membawa Puan Marlia masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Kedai beg tangan, kedai kasut, kedai pakaian, kedai barang kemas dan lain-lain kedai lagi. Sampai penuh tangan Ian dengan beg-beg kertas yang mengandungi bermacam barang.

"Ian.. sudahlah tu. Penatlah mama. Jom pergi makan." Ucap Puan Marlia sambil mengipas wajahnya dengan tapak tangan.

"Dah ke ma? Ada banyak lagi kedai kita tak masuk lagi." Tanya Ian.

"Berapa banyak barang kamu nak belikan mama ni? Kamu tak cari pun barang kamu. Tu kat tangan tu, semua barang mama tau. Dah lah Ian. Jom pergi minum ke makan ke.." Jawab Puan Marlia lalu menarik tangan Ian, mengajaknya mencari tempat makan yang terdapat di dalam shopping mall itu.

Sebaik saja sampai di hadapan restoran makanan Jepun, Ian meminta Puan Marlia masuk dahulu ke dalam restoran kerana dia ingin meletakkan barang-barang yang dibeli ke dalam kereta. Puan Marlia hanya menurut lalu mengambil tempat yang paling dekat dengan kaunter. Senang untuknya membuat pembayaran nanti.

"Aunty Marlia?" Sapa seseorang. Puan Marlia menoleh lalu dahinya berkerut, cuba mengingati nama gadis di hadapannya itu.

"Sofea? Anak Datuk Kamaruddin kan?" Tanya Puan Marlia sebaik saja dia mengingati nama gadis itu. Fea mengangguk lalu bangun dari duduknya menuju ke meja sebelahnya. Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Puan Marlia.

"Aunty sihat?" Tanya Fea, sopan.

"Sihat, alhamdulillah. Lama tak jumpa Sofea.. last kita jumpa hari tu masa abang kamu Wan, kahwin kan? Tapi tak sempat nak berbual kan masa tu." Ucap Puan Marlia ramah.

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now