CHAP. 12

10.7K 430 20
                                    

"Aduhaiii. Macam mana boleh bangun lambat pulak ni? Matilah, dah lah hari ni alien tu nak datang cafe." bebel Fea sambil memandu keretanya menuju ke SunShine Cafe.

Dapat saja parking, terus saja dia keluar dari kereta dan mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam cafe.

"Opocot!" Latah Fea. Terkejut. Di hadapannya saat ini berdiri dua orang lelaki. Satu manusia dan satu 'makhluk asing'.

'Mahluk asing' tersebut memandangnya dengan sengihan yang menyakitkan hati.

"Sorry abang Reza.. Fea terlambat.." Ucap Fea.

"Kenapa lambat? Tahu kan ada guest nak datang.." Tanya Reza. Dia tidak marah, cuma Fea sudah terlambat hampir 1 jam. Nanti apa pula kata pekerja lain jika dia tidak menegur Fea.

"Err.. Jalan jem." Tipu Fea. Malulah jika dia memberitahu bahawa dia lewat masuk kerja kerana terlambat bangun.

"Tipu.. Kau lambat bangun kan. Taik mata pun ada lagi. Ni mesti mandi kerbau je.." Perli Ian pedas. Fea meraba tepi matanya.

'Kantoi bangun lambat!'

"Err. Mana ada. Suka hati je cakap orang mandi kerbau." Balas Fea. Takkan dia kalah dengan mamat mulut laser tu.

"Menjawab..." Belum sempat Ian membalas semula, Reza bersuara.

"Eh.. Dah dah. Korang ni." Reza meleraikan keduanya.

"Fea.. Dah pergi dapur. Panggil semua. Abang nak kenalkan bakal bos sementara kita ni kat dorang." Arah Reza kepada Fea. Fea hanya menuruti. Ian hanya menjeling Fea.

"Guys.. Ni saya nak kenalkan korang semua dengan bakal bos sementara kamu, Encik Ian Hanafi." Ucap Reza memperkenalkan Ian kepada staf SunShine Cafe.

"Hensemnya Fea bos baru kita ni." Bisik Mia yang berdiri di sebelah Fea sambil tersenyum memandang Ian.

Fea membuat muka menyampah.

'Hensem tapi mulut laser. Menyakitkan hati orang aje dengan kata-kata dia tu.' Cemuh Fea di dalam hati.

"Dia yang akan memantau dan menguruskan cafe ni selama ketiadaan saya nanti. Jadi saya harap korang semua akan berikan kerjasama yang baik pada Encik Ian. Okay guys?" Sambung Reza lagi.

"Okay Encik Reza."

"Ian. Meh aku kenalkan kau dengan dorang." Ucap Reza.

"Ni Sarah. Nanti masa aku tak ada kat sini, apa-apa perkara yang kau tak tahu or tak paham, kau boleh tanya dia." Ian mengukir senyuman ke arah Sarah, tanda perkenalan.

"Ni Mia. Ni Fea, ofcourselah kau kenal.. and ni Amri." Ian tersenyum lalu berjabat tangan dengan Amri.

"Okay guys. Korang semua boleh buat kerja masing-masing." Arah Reza apabila sesi perkenalan sudah berakhir.

"Fea.. tolong bawak Ian tengok-tengok cafe. Abang nak call orang jap." Pinta Reza lalu berjalan keluar dari cafe.

"Adui. Kenapa aku?" Omel Fea perlahan.

"Kau nak bawak ke tak?" Tanya Ian apabila Fea hanya berdiri tercongok.

"Nak bawaklah ni. Jom.." Fea bergerak malas ke dapur, diikuti Ian dari belakang.

"Ni dapur." Tunjuk Fea seperti mahu tak mahu.

"Ni mesin brew.. ni jenis-jenis coffee.. ni sinki.. ni cawan.. ni piring.. ni sudu.. ni...."

"Kau ni nak tunjuk ke tak kat aku?" Marah Ian apabila melihat Fea seperti sengaja menunjukkan barang-barang yang tidak penting padanya. Barang-barang yang dia sudah tahu dengan hanya melihatnya.

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now