CHAP. 11

10.9K 445 11
                                    

Ian melangkah masuk ke dalam SunShine Cafe dengan langkah yang pantas. Dia menghampiri dua orang rakannya, Wan dan Reza.

"Sorry. I'm late." Ucap Ian lalu duduk di sebelah Reza. Butang kot dibuka. Begitu juga tali leher. Dilonggarkan sedikit, memberi ruang untuknya bernafas.

"Faham faham. Bakal CEO kan." Perli Reza dengan senyuman sinis. Saja mengusik.

"Well. Tahu tak apa." Ucap Ian sambil tersenyum bangga.

"Ha Wan, apa benda yang kau nak bincang dengan kita orang ni? Kau nak kahwin lagi satu ke?" Usik Ian pula.

"Waklu! Bini aku ada woi kat dapur tu ha. Dia dengar karang, sia-sia je muka kau yang hensem tu kena penumbuk dia. Hahaha." Ucap Wan lalu ketawa.

"Sebenarnya macam ni.. aku ingat nak serahkan cafe ni kat salah sorang dari korang." Ucap Wan dengan wajah yang bersungguh. Ian memandang Reza.

"Kenapa?" Tanya Ian. Dahinya berkerut.

"Aku nak stay U.K untuk beberapa tahun. Nak focus untuk company aku kat sana." Jawab Wan.

"Okay. Aku rasa Reza adalah calon terbaik berbanding aku. Kan selama ni dia supervisor kat sini, yang uruskan cafe ni. Aku tak tahu apa-apa pasal cafe ni semua." Ucap Ian sebelum Wan menjelaskan rancangannya terlebih dahulu.

"Aku tahu. Ok sebenarnya memang aku nak bagi cafe ni kat Reza, aku dah cakap dengan dia sebelum ni tapi..." Wan memandang Reza dihadapannya.

"Tapi lagi beberapa bulan aku nak ke Costa Rica. Nak belajar lebih lagi pasal pembuatan kopi." Sambung Reza bagi pihak Wan.

"Ok.. then?" Tanya Ian dengan wajah pelik.

"Aku nak mintak tolong kau uruskan cafe ni buat sementara waktu boleh? Sampai Reza balik sini semula. Boleh?" Tanya Wan dengan penuh pengharapan.

"Aku? Aku mana tahu pasal cafe kau ni Wan. Lagipun kau tahu kan aku busy uruskan syarikat papa aku." Jelas Ian cuba menolak. Dia sememangnya tidak tahu bagaimana ingin menguruskan sebuah cafe. Ditambah dengan jadual kerja yang agak padat.

"Alaa Ian. Tolonglah.." Pinta Wan.

"Kau carilah orang lain. Tu adik kau si Peah tu kan ada." Ian masih cuba menolak.

"Aku mana percaya orang lain. Dari sekolah sampai sekarang, kau dengan Reza je orang yang aku percaya. Adik aku tu, dia baru nak belajarlah kerja kat sini. Buat kopi dia tahulah. Bab-bab nak uruskan cafe ni mana dia reti. Ian... Pleasee. Setahun je Ian." Pinta Wan bersungguh-sungguh.

"Ian.. Tolonglah. Setahun je kot." Pinta Reza pula.

Ian memandang keduanya silih berganti.

"Hmm. Kau orang ni. Yelah yelah. Tapi setahun je tau." Ian bersetuju. Kawan kenalah tolong kawan. Brotherhood!

"Yes! Terima kasih Ian." Ucap Wan teruja.

"Nanti untuk beberapa bulan sebelum Reza pergi Costa Rica, kau belajarlah sikit-sikit dengan dia pasal cafe ni. Tak susah pun." Nasihat Wan. Lapang sedikit dadanya apabila Ian sudah bersetuju.

"Ye. Baik bos." Ucap Ian lalu membuat tabik hormat kepada Wan. Selepas itu ketiga-tiga mereka ketawa.


"WHAT?? Dia yang akan ganti abang kat sini nanti? Tapi... tapi kenapa dia?" Fea seperti tidak percaya dengan apa yang baru saja Reza katakan padanya. Hampir pitam dibuatnya dengan khabar buruk itu.

"Rileks lah Fea. Ian je pun. Yang anti sangat ni kenapa?" Ucap Reza sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Ofcourse! I hate him so much abang Reza. Dia tu dahlah berlagak, perangai annoying, menyakitkan hati je. Lepas tu Fea nak kena mengadap dia for one year? Tak boleh nak bayanglah." Rungut Fea dengan wajah yang mencuka. Reza hanya ketawa.

"Ha ketawalah. Ketawa puas-puas. Suka kan tengok Fea kena dera dengan makhluk asing tu." Bebel Fea tanpa berfikir apa yang dikatakannya.

"Makhluk asing?" Reza ketawa lagi.

"Macam-macamlah Fea ni. Pada abang lah kan, yang suka dera orang ni, Fea je." Perli Reza sambil tersenyum sinis.

"Eh. Bila masa pulak Fea dera orang. Suka hati nak tuduh." Ucap Fea membela dirinya.

"Fea jangan ingat abang tak tahu yang Fea letak ubat batuk dalam air Ian hari tu sampai dia cirit birit." Ucap Reza. Senyuman sinisnya masih lagi tidak lekang di bibir. Mata Fea terbuntang.

"Macam mana abang tahu?" Ucap Fea dengan nada perlahan. Takut jika didengari orang, walhal hanya mereka berdua saja ketika itu di dapur.

"Abang jumpa ubat batuk Amri dalam kocek apron Fea." Jawab Reza.

Wajah Fea berubah cuak.

"Abang Rezaaaa. Abang jangan bagitahu dia eh. Please.. Nanti habis-habisan dia buli Fea bila abang tak ada. Tau tau.." Pujuk Fea dengan nada manja.

Tahu pulak tu takut kantoi..

"Boleh. Dengan syarat Fea kena berbaik-baik dengan Ian. Boleh?" Sengaja Reza meletakkan syarat sebegitu, ingin menduga Fea.

"No way!"

See. Fea takkan nak punya!

"Never! Abang tahu kan Fea takkan nak berbaik dengan dia. Saja je letak syarat macam tu. Hmm.." Fea menarik muncungnya.

Reza ketawa melihatkan reaksi wajah Fea itu.

"Abang gurau jelah. Terpulanglah pada Fea nak berbaik atau tak. Cuma ingat, nanti dia yang akan uruskan cafe ni selama setahun. Tak nak berbaik tak apa. Tapi jangan bergaduh pulak ye. Dia bos tau even sementara. Remember that." Ucap Reza mengingatkan Fea tentang perkara itu.

Fea mengeluh...

************************************
Enjoy reading 😊

*Guys.. saya ingat mulai hari ni nak update IAN HANAFI hanya pada hari Jumaat & Sabtu atau Sabtu & Ahad. Ok tak? Ke lama sangat? huhu. Taktaulah. Bagi cadangan sikit 😁

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now