CHAP. 21

8.5K 386 25
                                    

Ian melihat Fea yang sedang tidur di sebelah seat penumpang dengan sengihan. Baru 10 minit mereka bergerak ke Tadom Hill, Fea sudah pun tertidur dengan nyenyaknya.

'Memang tak boleh nak bawak berjalanlah budak ni.' Omel Ian.

Tiba-tiba muncul idea jahat untuk mengenakan gadis itu. Ian melihat keadaan jalan di belakang melalui cermin pandang belakang.

Clear!

Ian memusing stereng keretanya ke kiri dan ke kanan cuba mengejutkan Fea. Pusingan yang agak kuat menyebabkan kepala Fea terhantuk ke sisi kiri pintu penumpang.

"Aduh!" Fea tersedar lalu menggosok kepalanya yang sakit. Matanya terkebil-kebil melihat sekeliling.

"Hahahaha." Fea memandang Ian yang sedang ketawa di sebelahnya. Tahulah dia bahawa Ian sengaja membuatnya terhantuk.

Fea mengetap bibir sambil mengecilkan matanya memandang Ian.

"Awak sengaja kan?" Ucap Fea.

"Eh. Mana adalah. Tadi aku nak elakkan kura-kura melintas. Kau tidur, mana kau nampak." Balas Ian sambil menahan tawa.

"Eleh. Dah tu apesal awak gelak?" Tanya Fea tidak berpuas hati.

"Dah kelakar, aku gelaklah. Salah?" Tanya Ian tanpa memandang Fea di sebelah. Matanya tetap fokus ke hadapan.

"Annoying!" Fea mencebik sambil berpeluk tubuh. Malas nak layan.

Suasana senyap seketika sebelum Ian kembali bersuara.

"Jangan nak tidur balik eh. Teman aku." Ucap Ian. Fea hanya mendengar tanpa membalas. Pandangannya dilontarkan ke luar.

Setelah mengharungi 1 jam perjalanan, akhirnya Ian dan Fea sampai di Tadom Hill Resort.

"Lama dah korang sampai?" Tanya Ian kepada Amri, Sarah dan Mia sebaik saja dia keluar dari kereta.

"Taklah bos. Kita baru sampai jugak ni. Adalah dalam 10 minit." Jawab Amri lalu berjabat tangan dengan Ian.

"Okay good. Fea, Sarah, Mia.. korang tunggu kat sini dulu, saya dengan Amri jumpa receptionist untuk ambil kunci. Ok?" Ucap Ian. Mereka bertiga cepat saja mengangguk. Harapnya lepas dapat kunci nanti boleh terus masuk bilik dan berehat. Fea sudah tersenyum-senyum sendirian apabila membayangkan katil empuk di dalam resort itu.

Selang beberapa minit, Ian dan Amri datang bersama dua kunci bilik.

"This is for ladies." Ian menghulurkan kunci bilik kepada Sarah.

"And this.." Ian menunjukkan satu lagi kunci bilik di tangannya.

"For your handsome and hot bodyguard in Tadom Hill Resort." Sambung Ian sambil tersenyum manis. Tittle 'Handsome and hot bodyguard' tu merujuk kepada Ian dan juga Amri. Amri yang berdiri di sebelah Ian turut mengangguk dan tersenyum bangga apabila mendapat tittle yang tidak diiktiraf itu.

"Omaigod! Gentlemannya bos kita ni. Sweet tau!" Bisik Mia kepada Fea dengan nada yang teruja.

"Eeuww!" Balas Fea seraya menarik Mia menuju ke kereta untuk mengambil beg pakaian mereka.

"Girls.. Nampak tak pondok buluh yang hujung tu. Itu bilik korang. Nama pondok tu Gendui Chalets. Tempat lain dah penuh masa saya booking minggu lepas. So harap korang tak kisahlah kena berkongsi bilik." Ucap Ian.

"It's ok Encik Ian. Kita orang kalau boleh memang nak dok satu bilik je. Takut nak tidur sorang-sorang." Balas Mia.

Kita jumpa balik malam nanti untuk bbq ok." Ian mengingatkan tiga gadis itu sebelum hilang di sebalik pintu chalet.

Fea meluru ke arah katil bersaiz queen lalu merebahkan tubuhnya di atas katil itu.

"Arghh!! Bestnya dapat baring. Selesanya." Ucap Fea dengan mata yang dipejam rapat seperti mahu terus tidur.

"Ahhh.. Lembutnya." Mia juga baring di atas katil, diikuti Sarah dan akhirnya mereka bertiga terlelap tanpa mengemas barang atau menukar pakaian.

Lena...

Ian menyelak helaian demi helaian buku nota berwarna pink bunga-bunga itu. Dari tadi bibirnya tidak henti tersenyum. Tidak sangka dia membaca buku itu selepas 10 tahun buku itu diberikan kepadanya. Dan tidak sangka, buku itu masih tersimpan kemas di dalam biliknya tanpa disentuh sesiapa, termasuk dirinya.

Helaian ke lima diselak lalu dibaca...

Entah bila dan bagaimana perasaan ini semakin hari semakin bercambah.

Melihat dia dari jauh sudah mampu membuat rindu ini hilang.

Entah bila dan bagaimana, aku harap dia akan menyedari perasaan ini.

Kerana aku tidak mampu memendamnya sampai mati.

Loving you ❤ Ian Hanafi...

Ian tersenyum lagi membaca coretan yang ditulis oleh Fea 10 tahun lalu.

"Ayat budak sastera betullah Peah ni." Ucap Ian dengan tawa yang masih tidak lekang.

Setiap helaian pasti akan ada gambar Ian yang entah dari mana Fea dapatkan. Gambar Ian sedang makan, sedang berjalan dengan Wan, sedang baca buku... dan macam-macam lagi.

Ian menyelak lagi helaian yang lain. Matanya terhenti pada satu helaian di mana gambarnya sedang termenung.

When you're on your own 
Drowning alone 
And you need a rope that can pull you in
Someone will throw it

And when you're afraid 
That you're gonna break 
And you need away to feel strong again 
Someone will know it

And even when it hurts the most 
Try to have a little hope 
That someone's gonna be there when you don't

If you wanna cry, I'll be your shoulder
If you wanna laugh, I'll be your smile 
If you wanna fly, I will be your sky 
Anything you need that's what I'll be 
You can come to me

You struggle inside 
Losing your mind 
Fighting and trying to be yourself 
When somebody lets you

Out in the cold 
But nowhere to go
Feeling like no one could understand 
Then somebody gets you

So take a breath and let it go 
And try to have a little hope 
'Cause someone's gonna be there when you don't..

by Ross Lynch & Laura Marano

Entah mengapa hati Ian tersentuh setelah membaca bait-bait lirik itu.

"This is my favourite song.." Ucap Ian sendirian dengan suara yang agak serak. Sepertinya dia sedang menahan perasaan sendiri.

Dia melontarkan pandangan ke arah tasik biru yang berada di hadapannya saat ini.

'I love to hear this song a lot when i feel alone. Bila aku rasa tak ada sesiapa pun yang akan faham perasaan aku, lagu nilah yang akan buat aku rasa kuat sampailah aku jumpa Martin, lagu ni pun aku tak dengar dah. Sebab bila dengan Martin, aku tak rasa sunyi lagi. But now, it's not about Martin. It's about Airina Sofea...'

Lamunan Ian terhenti tatkala satu suara menegurnya.

"Buat apa sorang-sorang kat sini?"

***********************************
Haishh.. Baru Ian nak layan perasaan. Siapa yang kacau daun ni?

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now