CHAP. 59

5.8K 257 12
                                    

"BUKIT Ampang? Kita nak buat apa kat sini?" Soal Fea sebaik saja mereka sampai ke destinasi yang dibawa oleh Ian.

"Dinner." Jawab Ian sepatah lalu keluar dari kereta. Begitu juga dengan Fea. Mereka berjalan beriringan ke foodtruck yang agak popular dengan steamboatnya yang murah dan sedap di atas bukit itu.

"Dinner kat sini?" Soal Fea lagi.

"Yup. Why? Awak tak suka ke?" Soal Ian pula. Mereka duduk di meja yang kosong.

"Taklah. Saya suka. Simple dan makanan pun cepat sampai. Lagi pula dapat tengok seluruh bandar KL dari atas ni. Cantik tau suasana malam di KL kalau tengok dari atas bukit ni." Ucap Fea sambil matanya galak memandang pemandangan bandar Kuala Lumpur yang penuh dengn cahaya lampu yang bewarna warni.

"Fea. Awak memang seorang gadis yang berfikiran sederhana kan, walaupun pada hakikatnya awak bukan seorang gadis yang biasa-biasa. You are a Dato's daughter. Sepatutnya tempat macam ni bukan selera awak. You should demand for a fancy restaurant for our first date. Tapi awak suka pulak saya bawak awak makan kat tempat macam ni." Puji Ian yang sangat 'salute' pada cara dan pemikiran gadis kesayangannya itu.

"Dan awak apa kurangnya. Kenapa awak bawak saya makan kat sini sedangkan awak mampu untuk bawak saya pergi makan kat tempat yang mahal dan mewah?" Soal Fea, ingin menduga.

"Well, saya belajar dari awaklah cik Fea oi." Jawab Ian sambil tersenyum.

"Belajar dari saya?" Soal Fea seakan pelik dengan jawapan Ian itu.

"Yup. Belajar memandang sesuatu benda atau perkara tu secara sederhana. Itu yang saya belajar sepanjang satu tahun kita bertemu semula. Sedar tak sedar, awak ubah hati saya jugak. Dari menyampah kepada sayang." Balas Ian lalu mengenyitkan matanya, membuatkan Fea ketawa lalu menjelirkan lidahnya tanda tidak terpikat dengan kenyitan mata Ian itu.

"Dahlah. Jom makan. Dengar ayat-ayat awak tu, hati saya je yang kenyang tau tapi perut saya lapar. Jadi lebih baik awak buat dua-dua kenyang. Hati kenyang, perut pun kenyang." Ucap Fea sambil berseloroh.

"Okay. Jom kita pilih makanan." Ucap Ian lalu mereka bangun untuk memilih makanan yang sudah tersedia di bahagian tepi luar foodtruck itu.

SELESAI menjamu selera, Ian dan Fea duduk di hadapan kereta yang diletakkan menghadap ke arah pemandangan kota raya Kuala Lumpur sambil berbual.

"Awak, terima kasih tau sebab bawak saya makan kat sini. Saya seronok sangat." Ucap Fea. Dia benar-benar gembira pada malam ini. Segalanya rasa bagai mimpi. Hingga saat ini, dia masih tidak percaya bahawa Ian mencintainya dan mereka sudah pun menjadi kekasih. 10 tahun, dan baru hari ini dia merasa dicintai oleh lelaki yang dicintainya.

"Seronok? Nak datang sini lagi? Kalau nak datang sini lagi, boleh je. Hari-hari pun saya boleh bawak awak makan kat sini." Balas Ian.

"Ish awak ni. Hari-hari makan steamboat, boleh jadi muka steamboat saya ni nanti." Seloroh Fea, membuatkan Ian ketawa kecil.

"Saya gurau jelah. Awak cakap je awak nak pergi mana, saya bawak. Okay?" Ucap Ian, memberi janji.

"Betul ni? Tak tipu?" Soal Fea sambil mengecilkan matanya.

"Betul. Buat apa saya nak tipu orang yang saya sayang." Jawab Ian.

"Kalau awak nak saya bawak awak pergi syurga pun boleh. Tapi awak kena kahwin dengan saya dululah." Sambung Ian, sengaja ingin mengusik Fea.

"Eee! Gatal!" ucap Fea lalu mencubit pinggang Ian, membuatkan Ian mengaduh sambil ketawa.

"Fea.. terima kasih sebab sudi terima saya dalam hidup awak untuk kali kedua. Saya janji, saya takkan sia-siakan awak. Saya sayang awak sangat-sangat." Ucap Ian setelah tawa mereka reda. Ian memandang mata Fea, supaya gadis itu dapat melihat keikhlasan dari kata-katanya itu.

"Dan saya mintak pada awak, kalau satu hari nanti awak nampak kekurangan saya, keburukan saya, awak jangan tinggalkan saya. Boleh?" Pinta Ian.

"Inshaa Allah. Selagi tuhan izinkan saya untuk terus berada di sisi awak, saya takkan tinggalkan awak." Jawab Fea lalu tersenyum.

IAN HANAFI ✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum