CHAP. 49

5.9K 274 8
                                    

PAGI itu, sebaik saja ternampak kelibat Fea memasuki ruang kafe, Mia segera mendapatkan gadis itu. Persis seorang wartawan yang gopoh untuk mendapatkan gosip-gosip panas, dia juga begitu. Tidak sabar dia ingin tahu apa yang terjadi malam tadi.

"Fea, Fea, Feaaa.." Panggil Mia lalu menarik Fea ke satu sudut.

"Eh, kau ni dah kenapa?" Tanya Fea yang agak terkejut apabila ditarik secara tiba-tiba. Nasib baiklah yang menariknya itu adalah Mia, kalau penculik atau peragut, macam mana? Ha, mula dah fikirannya menerawang ke arah negatif. Almaklumlah, dunia sekarang ni penuh dengan bermacam kes jenayah. Berwaspada itu perlu.

Mia tersengih. "Weh, apa cerita semalam? Kau terima ke tak?" Soal Mia terus. Fea membuat muka 'dah agak dah'. Malas mahu melayan, Fea menarik semula tangannya dari pegangan Mia, dan terus ke bilik persalinan untuk menukar uniform kerjanya.

"Weh Fea! Aku tanya ni. Apa cerita semalam?" Tanya Mia lagi. Dia mengekori Fea ke bilik persalinan.

"Fea.." Panggil Mia lagi.

"Apa?" Soal Fea dengan nada malas.

Semalam apa cerita? Penat aku tanya dari tadi." Jawab Mia, geram.

"Cerita apa?" Soal Fea, saja buat-buat tak faham.

"Ish! Kau nilah. Betul kan semalam Encik Ian propose kau. Kau terima ke tak? Ceritalah kat aku. Aku nak tahu jugak." Ucap Mia, menahan geram. Fea memandang Mia yang sedang berdiri di sebelahnya lalu mengeluh.

"Yang kau nampak kat tempat parking tu bukan Ian tapi orang lain. Tulah, kalau dah rabun, pergi buat cermin mata." Bebel Fea sambil membetulkan tudungnya. Dia sudah siap menyalin pakaiannya ke uniform SunShine Cafe.

"Eh, aku belum rabun lagi tau. Seriuslah, aku memang nampak dia semalam. Orang kacak macam tu, mana mungkin aku boleh salah pandang. Setahun kot kerja dengan dia. Kereta dia pun aku cam sangat-sangat." Balas Mia, mempertahankan kata-katanya. Dia pasti dia tidak salah orang.

"Suka hati kaulah. Yang pasti semalam tu bukan Ian. Dah, aku nak buat kerja ni." Ucap Fea lalu berjalan keluar dari bilik persalinan.

"Eh, kejaplah." Mia menarik tangan Fea, menghentikan langkah gadis itu.

"Habis tu siapa?" Soal Mia, ingin tahu.

"Abang Reza.." Fea menjawab hendak tak hendak. Kalau tak dilayan kawannya yang seorang ini, nanti sampai ke sudah asyik dok bertanya benda yang sama.

"What?? Seriously?? OMG!" Mia menutup mulutnya yang hampir terlopong.

"Reza.. Encik Reza.. bos kita.. dia lamar kau Fea. Weh, untungnya kau!" Ucap Mia teruja.

"First, Encik Ian. Sekarang Encik Reza pulak. Serius aku cemburu tengok kau. Aku ni entah bilalah agaknya jejaka idaman hati nak datang melamar." Sambung Mia lagi. Kali ini wajahnya bertukar hampa pula. Hampa kerana masih lagi membujang.

"Amri kan ada." Usik Fea.

"Amri? Mamat kurus keding tu? Tak naklah aku." Balas Mia sambil mencebik. Fea hanya ketawa kecil.

"Tapi serius ar, aku memang nampak Encik Ian semalam kat tempat parking." Ucap Mia sambil mengimbas kembali ingatannya. Dia pasti dia tidak salah orang. Tapi macam mana boleh jadi Encik Reza pula yang berada di situ?

"Ish kau ni! Abaikan jelah. Dah jom buat kerja." Tukas Fea sambil menarik tangan Mia untuk mengikutinya.

"Habis tu kau terima tak lamaran dia?" Soal Mia, masih lagi ingin tahu.

"Biarlah rahsia.."

REZA tersenyum sendirian. Lega hatinya sudah meluahkan perasaan yang terbuku sekian lama. Wajah Fea semalam... Reza akui, sukar untuknya membaca wajah gadis itu. Dia tidak tahu sama ada Fea juga menyukainya atau tidak. Gadis itu hanya menunjukkan reaksi terkejut dan ada wajah keliru di sebalik reaksinya itu.

Namun, Reza tidak mahu terburu-buru dalam mendapatkan jawapan dari Fea. Biarlah gadis itu berfikir dengan tenang. Dia masih mampu menunggu. Ya ataupun tidak, itu terletak di tangan Fea. Jika ya jawapannya, maka dialah lelaki paling bahagia saat itu. Tetapi jika tidak, dia sendiri tidak pasti jika dia mampu melupakan gadis itu. Lebih 10 tahun dia menyimpan dan membawa nama Airina Sofea di dalam hatinya. Perasaannya tidak pernah berubah sepanjang tempoh itu. Mampukah hatinya menerima jika gadis itu menolak lamarannya?

Reza menggelengkan kepalanya, cuba menghapuskan prasangka yang belum pasti itu. Dia tidak mahu berfikiran negatif. Selagi belum mendengar jawapan dari Fea, dia masih boleh berharap.

"Yep! Aku masih ada harapan." Ucap Reza pada dirinya sendiri sambil tersenyum. Telefon bimbit yang terletak di atas meja, dicapai laju. Dia mahu menelefon Ian.

Sementara itu, di dapur kafe Sarah tercari-cari kelibat Fea. Air minuman yang dipesan Reza sudah siap, cuma tinggal dibawa ke bilik lelaki itu saja. Oleh kerana masih ada pesanan yang perlu dibuat, maka dia ingin meminta bantuan Fea untuk membawakan air minuman itu kepada Reza.

Baru saja dia ingin melangkah keluar dari dapur, Fea muncul sambil membawa dulang kosong. Pesanan pelanggan sudah pun dihantarnya.

"Ha, Fea.. tolong akak sekejap." Pinta Sarah.

"Tolong apa kak?" Tanya Fea.

"Tolong hantar air ni kat Encik Reza. Tadi dia pesan untuk buatkan dan hantar ke bilik. Dia agak sibuk semak dokumen apa entah. Lupa dah akak. Tolong eh." Jawab Sarah sambil menghulurkan cawan berisi air minuman yang dipesan Reza.

"Ok kak." Balas Fea lalu membawa air tersebut ke pejabat Reza.

Baru saja dia ingin mengetuk pintu bilik Reza, dia terdengar seperti Reza sedang berbual dengan seseorang. Dia mendekatkan telinganya ke pintu.

"Thanks bro. Kalau kau tak tolong aku sediakan belon, bunga dengan hadiah tu, aku tak tahulah sempat ke tak aku nak propose dia masa balik semalam. Thanks again."

Dahi Fea berkerut mendengar kata-kata Reza itu.

'Dia cakap dengan siapa tu? Ada orang tolong prepare barang propose semalam ke?' Soal Fea di dalam hati.

"Ha? Tak. Dia belum bagi jawapan lagi. I just give her time to think. Aku tak nak terburu-burulah." Ucap Reza lagi.

"Ian.. apa kata kau singgah kat kafe petang nanti. Aku belanja kau minum coffee. Okay?"

'Ian? Ian yang tolong prepare semua tu semalam?' Soal Fea terkejut apabila mendapati orang yang sedang berbual di dalam telefon dengan Reza itu adalah Ian. Tak tak. Dia sebenarnya terkejut sebab Ian adalah orang yang tolong sediakan belon, bunga dan hadiah untuk Reza melamarnya semalam.

"Apa semua ni?" Soal Fea keliru.

************************************

yayy or nayy? Ikutkan hati sis, nak aje sis update full story. Hahah. No no!

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now