CHAP. 1

23.3K 732 9
                                    

Ian Hanafi menghirup nescafe panas kegemarannya, menghilangkan kedinginan pagi yang mencengkam hingga ke tulang. Sesekali seronok juga sarapan di halaman rumah pada waktu pagi begini. Tenang. Sunyi. Dingin.

Selalunya waktu paginya dihabiskan dengan berjoging di sekitar kawasan perumahan mewah itu. Tapi hari ini moodnya agak blues sedikit. Bukan blues ehem-ehem tu ya. Ni blues yang macam lagu-lagu jiwang, lagu-lagu syahdu tu. Kira mood Ian sekarang ni macam nak duduk santai-santai sambil termenunglah macam tu, memikirkan masa depannya yang masih tiada hala tuju.

Masa depan yang dimaksudkan pula adalah tentang soal hati, soal kahwin. Yes! Kahwin. Tentang siapa jodohnya, bagaimana mereka akan jatuh cinta dan merancang soal perkahwinan.

"Aduhailah Ian Hanafi. Dok fikir benda alah tu bagai.. Ni hati ni. Perasaan kau ni. Fikir macam mana nak 'buang' dulu. Nak ke kahwin dengan perempuan yang kau tak ada perasaan cinta, sayang kat dia? Nak?" Marah Ian pada dirinya sendiri.

"Cehh. Ada hati nak kahwin dengan perempuan. Ceitt." Ejek Ian lalu mentertawakan dirinya sendiri.

Air nescafe yang sudah suam-suam kuku itu dihirup hingga habis. Habisnya air itu, begitu jugalah habis sudah dia berfikir. Fikiran yang menemui jalan buntu.

"Haihh.." Keluh Ian. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

Nak kahwin, tapi belum ada mana-mana perempuan yang mampu mengetarkan hatinya. Yang mampu menghapuskan perasaan songsangnya.

Songsang...

Ian merenung sejenak. Selama dia menjadi seorang gay, dia tidak pernah 'bercinta' dengan lelaki lain selain Martin, lelaki kelahiran Spain yang dahulu sama-sama menuntut pengajian di London dengan Ian.

Kini sudah setahun Martin pergi meninggalkannya. Dan selama setahun itulah Ian cuba berubah. Berubah menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang 'normal' di mata orang lain. Perasaan songsang itu perlu dibuang jauh.

Dia tidak mahu terus-terusan menipu papa dan mama. Jika mereka tahu siapa dirinya sebelum ini, pasti mereka kecewa dan sedih. Sudahlah dia satu-satunya anak tunggal mereka. Pewaris kepada Persada Holding.

Cukup sekali dia mengecewakan kedua orang tuanya dahulu dengan mengambil tindakan bodoh, melarikan diri ke luar negara kerana tidak mahu dikahwinkan dengan gadis pilihan keluarga. Itu juga kerana dia ingin bersama Martin.

Tapi kini, dia tidak mahu lagi mengulangi kesilapan itu. Biarlah pemergian Martin membawa pergi sekali dirinya yang dulu. Dia masih punya insan yang perlu dia gembirakan.

"Ian.. Dah kenapa dok sorang-sorang kat luar tu? Selalunya waktu-waktu macam ni kamu dah keluar berjoging." Tegur Puan Marlia dari dalam rumah.

Ian menoleh dan tersengih memandang mamanya. Dia bangun dan berjalan menghampiri Puan Marlia di dalam rumah.

"Morning ma.." Ian mencium pipi Puan Marlia, manja.

"Papa mana?" Tanya Ian lalu menarik tangan mamanya menuju ke dapur. Bau nasi goreng begitu menaikkan seleranya. Perut yang kosong, harus diisi.

"Tu papa.." Jawab Puan Marlia sambil menjuihkan bibirnya ke arah Tan Sri Mukhriz yang sedang duduk di meja makan sambil membaca surat khabar.

"Morning pa.." Ucap Ian.

"Emm.." Jawab Tan Sri Mukhriz tanpa memandang Ian di sebelah. Matanya masih terpaku di surat khabar.

Ian memandang Puan Marlia, namun wanita itu hanya tersenyum.

"Pa.. Did you still mad at me?" Tanya Ian dengan kedinginan Tan Sri Mukhriz terhadapnya.

Tan Sri Mukhriz hanya diam tanpa sepatah kata.

"Pa.. please." Pinta Ian. Hatinya tidak senang selagi papanya masih bersikap dingin dengannya.

Sudah hampir setahun Tan Sri Mukhriz bersikap begitu dengan Ian, dan selama itulah Ian berusaha memujuk hati papanya. Walaupun Tan Sri Mukhriz sudah memaafkan dan menerima semula Ian balik ke pangkuan mereka, namun sikapnya terus saja dingin, tidak seperti dahulu. Mungkin masih terasa dengan apa yang anak tunggalnya lakukan dahulu.

"Papa tak ada selera." Ucap Tan Sri Mukhriz.

Awak, saya naik bilik dulu." Ucap Tan Sri Mukhriz pada isterinya lalu bangun untuk beredar. Ian bingkas bangun dari duduknya.

"Pa. Dah setahun papa macam ni dengan Ian. Papa kata papa dah maafkan Ian, but look at us. Kita dah tak macam dulu." Luahan Ian membuatkan langkah Tan Sri Mukhriz mati. Tubuh tua itu kaku, tidak berganjak dari tempatnya berdiri.

Hati tuanya terusik. Dia menoleh memandang satu-satunya pewaris tunggal keluarganya.

"Papa bersyukur Ian balik semula ke rumah ni, ke pangkuan kami. Tapi.. hati papa ni.. masih terkesan dengan apa yang kamu dah buat. Papa hampir kehilangan kamu Ian. Hampir kehilangan satu-satunya anak papa." Luah Tan Sri Mukhriz pula.

Hati Ian terpalit penyesalan mendengarkan kata-kata Tan Sri Mukhriz. Wajah tua itu sangat menyayanginya. Dari kecil hingga besar, dia ditatang bagai minyak yang penuh. Walau pun Tan Sri Mukhriz seorang yang tegas, dia tidak pernah berkasar atau memarahi Ian. Dia cuma tegas.

Ian mendekati Tan Sri Mukhriz yang sudah tertunduk. Bahu papanya diraih lembut.

"Maafkan Ian pa. Maafkan kebodohan Ian yang dah buat papa kecewa. Ian janji dengan papa, Ian takkan ulang kesilapan tu lagi pa. Ian takkan buat papa menyesal lagi. Bagi Ian peluang untuk tebus semua tu. Ian akan buat apa je yang papa suruh. Ian janji." Rayu Ian dengan wajah yang penuh penyesalan kerana telah melukai hati orang tuanya.

Tan Sri Mukhriz memandang Ian di hadapannya. Seketika kemudian, tubuh anaknya itu diraih ke pelukan dengan penuh rasa kasih.

"Papa sayang kamu Ian." Ucap Tan Sri Mukhriz sambil memeluk Ian erat. Sudah lama dia tidak memeluk tubuh itu. Terasa tenang apabila dapat memeluk tubuh itu erat ke dalam dakapan. Semoga anaknya itu tidak akan meninggalkannya lagi.

Hati tua yang mudah terusik. Kerana kasih dan sayang...

Puan Marlia hanya memandang kedua anak beranak itu berpelukan. Dalam hatinya, dia bersyukur. Akhirnya Tan Sri Mukhriz dapat memaafkan sepenuhnya kesalahan Ian. Hatinya disapa gembira kerana keluarga mereka bersatu kembali.

*************************************

Hai hai hai hai!!! hehe. Ok tak untuk first chapter ni? huhu. Kalau nak tahu macam mana pertemuan pertama Ian Hanafi dengan Auni Sofea.. wait for the next chapter ye 😊 Jangan pernah bosan menunggu. hahaha.

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now