CHAP. 19

8.9K 376 24
                                    

Misha teruja melihat Ian berjalan masuk ke dalam restoran dengan senyuman yang jarang dia lihat sewaktu mereka bersekolah dulu. Lelaki itu sekarang sudah pandai tersenyum dan bergurau.

'How lucky i am!'

"Eh wait!" Senyuman Misha terus mati apabila mendapati ada beberapa orang yang datang bersama-sama Ian, termasuk Fea. Dia kenal siapa mereka. Pekerja SunShine Cafe!

'What the..'

"Hi Misha. Sorry i'm late." Ucap Ian sebaik saja sampai ke meja yang di duduki Misha. Misha memandang staf SunShine Cafe satu persatu dengan wajah yang kurang senang. Dia memandang Ian, meminta penjelasan.

"Ohh. And sorry sebab tak bagitahu you. Last minute tadi, i baru terfikir.. it's more better i belanja staff i sekali memandangkan kita ke sini sebab nak celebrate kejayaan i. Alang-alang kan. You tak kesah kan kalau dorang join sekali?" Tanya Ian selepas menjelaskan keadaan sebenar.

Misha terdiam seketika namun cepat saja tersenyum dan mengangguk. Terpaksa kata okay..

"Yup. More better.." Jawab Misha dengan senyuman yang terpaksa dibuat-buat.

'Spoil betullah!'

"Guys.. Have a seat and order je apa yang korang nak makan okay. Saya belanja." Ucap Ian kepada mereka.

"Ok Encik Ian!" Ucap mereka serentak. Fea duduk sambil menjeling ke arah Misha yang kelihatan tidak senang dengan kehadiran mereka di situ.

"You nak makan apa?" Tanya Ian pada Misha.

"Err.. I.." Misha mengambil buku menu, menyelak makanan yang ingin dipesan.

"Don't worry. I yang belanja okay. Next time baru you pulak yang belanja." Ucap Ian. Misha hanya tersenyum dalam paksa. Seleranya sudah hilang apabila memikirkan dia bukan berdua dengan Ian, tetapi ada 'penyibuk' lain yang ikut serta dalam makan malam mereka.

"Okay. Next time I belanja you kay. Just you.. and me." Ucap Misha, sengaja menyebut perkataan 'you' dan 'me' lambat-lambat supaya Ian memahami maksudnya bahawa selepas ini dia hanya ingin makan berdua sahaja dengan Ian.

Fea yang duduk di sebelah Ian hanya membuat muka mendengar kata-kata Misha.

'Ni semua Amri punya pasal! Sibuk sangat mintak Ian belanja makan. Si Ian ni pun satu, dah tahu nak keluar dating dengan minah gedik ni, pergi bawak kita orang jugak dah kenapa? Tak paham ke perempuan tu dok perli-perli. Ishh!' Fea mengumam dalam hati. Ikutkan geram, mahu aje dia terbalikkan meja makan tersebut, biar dengan Misha sekali terbalik.

Annoying!

"Okay. Next time.." Ucap Ian lalu tersenyum.

Tidak lama kemudian, seorang pelayan lelaki datang untuk mengambil pesanan. Disebabkan mereka berada di restoran yang menyediakan makanan western, kesemua mereka memesan hidangan steak. Siapa aje yang ingin menolak sedangkan mereka boleh merasainya tanpa mengeluarkan duit poket sendiri!

"Wahh. Terima kasih bos. Tak sangka saya dapat makan makanan mahal macam ni. Bahagia je rasa.." Ucap Amri dengan wajah yang teruja dan tidak sabar untuk merasai Mix Steak (daging+ayam) yang dipesannya sebentar tadi.

Mia dan Sarah turut tersengih mendengar ucapan Amri itu. Mereka juga teruja untuk merasai steak yang mereka pesan.

'Perkara pertama yang aku akan buat bila makanan tu sampai adalah... Selfie!!' Ucap Mia girang di dalam hati.

'Omaii! Tak sabarnya nak makan!' Jerit Sarah di dalam hati.

Keduanya tidak sabar menunggu hidangan mereka sampai ke meja. Fea pula hanya tersenyum nipis di sebelah memerhatikan gelagat Sarah dan Mia.

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now