CHAP. 8

11.3K 431 13
                                    

"Ian, Reza.. Thanks ar korang ada dua hari ni. Teman aku." Ucap Wan semasa ingin menghantar kedua orang temannya itu ke kereta.

"Lama kan tak jumpa. Tak lepak sesama. Tup tup, time majlis aku ni korang ada sekali. Terasa macam brotherhood tu masih ada lagi wo." Luah Wan dalam nada bergurau.

"Eleh. Tak ada apa ah. Lagi pun aku bukan busy. Kerja dengan kau lagi. Kau cuti, aku pun cuti. Kan.." Seloroh Reza pula.

"Kau ni Ian.. makhluk yang paling susah kita orang nak jumpa untuk 3-4 tahun ni. Dari kau study kat overseas sampailah dah jadi bakal CEO, aku rasa nilah masa yang paling lama kau ada dengan kita orang. Betul tak Reza?" Ucap Wan sambil menyiku lengan Reza. Ian tersengih.

"Jangan marah, brader.. Kau tu dah kahwin, aku rasa lepas ni kau lagi sibuk dari aku. Banyak tanggungjawab." Dalih Ian. Sengaja mengusik Wan.

"Ermm. Cakap pasal tanggungjawab, aku ada bendalah nak bincang dengan korang. Pasal SunShine Cafe." Ucap Wan sambil memandang Reza dan Ian silih ganti.

"Kenapa?" Tanya Ian dan Reza serentak.

"Nantilah cerita. Kasi chance lah kat pengantin baru ni.." Jawab Wan sambil membuat senyuman gatal.

"Haishh. Lupa pulak. Yelah yelah.." Ucap Reza sambil ketawa kecil lalu meminta diri untuk pulang. Begitu juga Ian.



"IAN HANAFI.." Panggil satu suara. Ian menoleh.

"Misha?"

"You buat apa kat sini?" Tanya Misha lalu mendekati Ian.

"I baru je lepas jumpa client." Jawab Ian.

"Oh. Lepas ni you nak pergi mana?" Tanya Misha ingin tahu.

"I nak terus balik rumah. Dah pukul 5 kan." Jawab Ian.

"Erm.. Apa kata you teman i minum kejap. Lama kan tak jumpa. Hari tu dapat jumpa sekejap je masa majlis Wan. Jomlah. I belanja" Ucap Misha beriya.

"Err. I..." Ian serba salah. Dia malas sebenarnya mahu menerima pelawaan Misha itu. Ada rasa kurang senang terbit di hati melihatkan gaya gadis itu.

"Pleasee.." Pinta Misha lalu memegang lengan Ian.

'Aduii. Rimas betullah. Pegang-pegang tangan aku pulak.'  Rungut Ian dalam hati.

"Ok. But sekejap je kay. I penat dah ni." Ucap Ian mahu tak mahu. Terpaksa.. Nak ditolak, kawan lama. Layankan jelah.

"Yeahh! Jom.." Ucap Misha dengan wajah yang gembira.

SunShine Cafe

"Kat sini?" Tanya Ian pelik apabila mereka sampai di hadapan SunShine Cafe, milik Wan.

"Yep! I kadang-kadang suka lepak kat sini, minum coffee. Ada Reza. Boleh berbual sekali. You tak tahu ke?" Tanya Misha pelik.

"Tak adalah. I ingat i sorang je member sekolah yang tahu pasal cafe Wan ni." Ucap Ian sambil tersengih.

"Apalah you ni. Jom." Misha menarik tangan Ian masuk ke dalam cafe.

Bunyi loceng yang menandakan ada orang masuk ke dalam cafe, membuatkan Fea yang sedang sibuk mengira di kaunter memandang ke arah pelanggan yang sedang berjalan ke arahnya.

'Aduhaii.. Sebulan berapa kali daa nak tengok muka dia.' Rungut Fea.

"Evening Miss, Sir." Ucap Fea sambil tersenyum paksa ke arah Ian dan Misha.

"Eh. Sofea.. Sejak bila kerja kat sini?" Tanya Misha apabila melihat Fea di situ.

"Baru sebulan Kak Misha." Jawab Fea seperti mahu tak mahu.

"Nak minum apa?" Tanya Fea, segera ingin menamatkan perbualan tentang 'sejak bila kerja sini'. Tak ingin pun nak beramah mesra dengan kedua orang makhluk tu. Buang masa.

"Oh ya. Mocha Ice and one slice of red velvet." Ucap Misha lalu memandang Ian di sebelahnya.

"You?" Tanya Misha kepada Ian.

"I.. Cappucino Latte Ice." Ucap Ian sambil memandang Fea di hadapannya.

"Tu je? Kek? Roti?" Tanya Misha.

"Err. No. I masih kenyang." Jawab Ian.

"Ok. One Mocha Ice, one slice of Red Velvet and one Cappucino Latte Ice. Anything else?" Ucap Fea sambil memandang Ian dan Misha.

"No thanks." Jawab Misha lalu menarik tangan Ian menuju ke arah meja paling hujung. Privasi sikit.

"Eh wait." Ucap Ian lalu memandang ke arah Fea.

"Make sure letak banyak sikit crimer ye. Kalau tak nanti pahit.." Ucap Ian sambil menekankan perkataan pahit dihujungnya. Sengaja ingin memerli Fea kerana kesilapannya tempoh hari.

Fea mencebik.

'Tak habis- habis nak ungkit. Menyampah.'

Ian mendekati Fea lalu berbisik.

"Kalau boleh, muka tu pun letak crimer lebih eh, biar tak pahit and kelat. Macam sekarang.." Ucap Ian perlahan sambil tersenyum sinis.

Fea mengecilkan matanya memandang Ian.

Sakit hati. Geram.

"Ok bye.." Ian berlalu meninggalkan Fea di kaunter. Fea mendengus geram, menahan sakit hati.

"Am.. Ni order. Buatkan eh." Ucap Fea kepada Amri lalu menghulurkan kertas order kepadanya.

Dia mengeluarkan Red Velvet dari peti lalu memotongnya kepada satu slice dan meletakkannya di atas piring kecil.

"Eh. Ni ubat batuk siapa?" Tanya Fea pelik melihat satu botol kecil ubat batuk di dalam beg plastik yang diletakkan di atas meja.

"Oh. Tu ubat batuk aku. Lupa nak bawak balik semalam. Tak apa. Kau biar je kat situ, nanti aku simpan." Ucap Amri sambil tekun menyiapkan pesanan.

"Oh okay." Fea memandang ke arah ubat batuk itu dengan penuh minat.

Ubat batuk..

Coffee campur ubat batuk.

'Macam menarik je bunyinya.' Getus Fea dalam hati.

'Eh no no! Kalau dia tahu, habis kau Fea.' Suara hati Fea cuba menghalang.

'Alah yang buat air tu kan Amri, bukan aku. Alaaaa. Dia takkan tahulah.' Fea membulatkan tekadnya. Ubat batuk Amri dimasukkan ke dalam kocek apronnya dengan senyuman penuh makna...

*************************************

To be continue... 😉

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now