CHAP. 27

8.4K 374 28
                                    

Sebaik saja kerja menyemak fail-fail projek selesai, Ian meregang-regang otot tangan dan badannya. Dia mengeliat kepenatan. Badannya disandarkan ke kerusi. Handphone di dalam poket, diambil lalu dia membuka Facebooknya.

Satu demi satu post di scroll Ian hinggalah scroll nya terhenti pada satu posting.

Matanya merenung gambar yang dikongsi. Gambar dua orang lelaki separuh bogel sedang bercium!

caption: Apa nak jadilah dengan lelaki zaman sekarang ni? Nilah umat akhir zaman. Golongan yang dilaknat Allah.

Ian tersentak.

Golongan yang dilaknat Allah.

Hati Ian seakan dihiris pisau yang tajam. Nafasnya sesak. Entah mengapa, wajahnya terasa panas dan matanya pedih.

'Aku...

Aku pernah tergolong di dalam golongan ini. Bercinta dengan golongan sejenis. Keluar bersama, tidur bersama. Hidup seperti pasangan kekasih yang normal...'

Ian membuka ruang komen pada gambar tersebut.

-'Apa nak jadilah dengan remaja zaman sekarang ni. Otak mana, otak?'

-'Ee! Lelaki dengan lelaki pun jadi. Umat akhir zaman 😔'

-'Meh sini, biar aku hempuk dengan kerusi!'

-'Mencemarkan nama Islam betullah! Muka dah hensem, tapi perangai.. ya Rabbi. Semoga Allah turunkan balasan yang setimpal pada dua ekor makhluk ni.'

-Hempuk je sampai mati. Dalam Islam, golongan macam ni memang kena bunuh, sebab merosakkan masyarakat!'

-Aku memang benci gay. Bukan nak tunjuk gengster, tapi kalau aku jumpa, memang aku tumbuk gay² kat malaysia ni sampai jadi jantan sebenar.'

Ian memejamkan matanya rapat-rapat. Tidak sanggup untuk membaca kesemua komen negatif itu. Sungguh hatinya terasa terpukul.

Ian meraup wajahnya perlahan. Dia menyesal dengan kelakuannya dahulu. Sungguh dia merasa jahil.

Lantas terdetik di dalam hatinya...

Adakah pendosa sepertinya akan dipandang hina selamanya?

Masihkah ada peluang buat dirinya untuk berubah?

Sungguh dia menyesal. Namun, bukan kehendaknya juga untuk jadi begitu.

Dari kecil, dia tidak mempunyai ramai kawan perempuan. Jika ada yang ingin berkawannya, dia akan segera menjauhi. Dia tidak selesa berada dekat dengan perempuan.

Menginjak dewasa, dia di hantar belajar ke luar negara. Hidup di negara barat yang bersifat terbuka, membuatkan dia mudah terjebak dengan perlakuan negatif. Di sana baru dia mengerti mengapa dia tidak suka dengan perempuan. Sekelumit perasaan pun tidak ada untuk insan yang bergelar perempuan.

Ya, di sana. Di luar negara. Di situ dia bertemu dengan lelaki bernama Martin. Lelaki yang telah merubah jiwanya.

"Encik Ian!" Panggil Maria, setiausaha Ian.

"Err. Sejak bila awak masuk?" Ian meraup wajahnya laju. Entah bila Maria masuk, dia sendiri pun tidak perasan.

"Saya dah ketuk pintu tadi, tapi senyap je. Saya ingat Encik Ian tak ada dalam pejabat. Tu yang saya masuk. Nak tengok betul ke Encik Ian tak ada." Jawab Maria serba salah.

"Maaf Encik Ian." Ucap Maria lagi.

"Ehh. It's okay. Salah saya tadi, mengelamun pulak. Ermm. Ada apa awak cari saya?" Tanya Ian.

"Ada orang cari Encik Ian. Perempuan. Nama dia Misha. Katanya dia kawan Encik Ian." Jawab Maria.

Ian mengeluh berat mendengar nama itu. Gadis itu betul-betul tak mahu mengalah.

"Suruh dia masuk." Arah Ian.

Maria segera memanggil Misha yang berdiri tidak jauh dari pintu pejabat Ian.

Setelah Misha masuk, Maria pun beredar.

"Hai you. I ganggu you ke?" Tanya Misha dengan wajah ceria.

"I dah cakap dengan you semalam kan, mesej i tempat, kita jumpa kat luar. Yang you datang pejabat i ni kenapa?"

"I takut you tipu i. Kata nak jumpa, tapi tak datang. Tu yang i datang sini. Janganlah marah." Jawab Misha.

"Jom lunch." Ajak Misha. Langsung tidak ada riak bersalah. Mengada-ngada lagi adalah.

Ian mengeluh perlahan. Ikutkan hati, dia malas mahu melayan Misha. Tapi jika tidak diikutkan, pasti gadis itu akan sering menganggunya.

Ian bangun lalu menarik kot yang disangkut di atas kerusinya. Kot tersebut dipakai.

"Jom." Ucap Ian lalu berjalan keluar dari bilik pejabatnya, mendahului Misha yang sudah tersenyum meleret di belakang.

                ×××××××××××××××××

"Ian." Panggil Misha setelah 5 minit mereka duduk  tanpa bersuara di dalam restoran.

"You marah lagi ke kat i?" Tanya Misha dengan nada manja. Matanya merenung tepat ke wajah Ian.

"I tak marah. Cuma i tak suka. I tak suka apa yang you buat kat Fea tempoh hari." Jawab Ian dengab wajah yang serius. Dia membalas pandangan Misha.

"Ermm. I.. I mintak maaf kay. I tak berniat pun nak buat macam tu kat dia. I.. I jelous tengok you dekat dengan dia. I.. I love you Ian. I love you so much!" Jawab Misha bersungguh. Apa pun yang akan terjadi, Ian harus tahu perasaannya. Dia tidak akan kalah dengan Fea. Tak akan sesekali.

Ian tergamam buat seketika mendengar pengakuan Misha itu. Ian meraup rambutnya ke belakang. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Memang pada awalnya Ian ingin mengenali Misha dengan lebih dekat. Dia ingin menguji perasaan dan hatinya ketika berada dekat dengan Misha. Tapi hingga kini, dia langsung tidak merasakan apa-apa terhadap Misha. Sekelumit perasaan pun tidak ada. Apatah lagi selepas apa yang telah dilakukan Misha terhadap Fea.

"But i don't love you." Balas Ian pendek.

"Why? Why Ian? I tak cukup cantik ke di mata you? Apa kurangnya i?" Tanya Misha. Hatinya tercalar dengan jawapan Ian.

"You tak kurang apa pun Misha. But you know, cinta tak boleh dipaksa. I memang tak ada perasaan pada you. We just a friend." Jawab Ian tanpa berlapis. Dia tidak mahu memberi harapan. Tidak pada orang yang tidak dicintainya.

"But i love you.." Misha mengenggam erat jari jemari Ian. Sepantas kilat Ian meleraikan genggaman Misha itu.

"Stop it Misha. Orang tengoklah." Ucap Ian keras dalam nada separa berbisik.

"I don't care! I want you." Misha cuba menarik semula tangan Ian namun di tepis Ian.

Enough okay, enough." Ucap Ian. Wajahnya sudah kelihatan tegang. Rimas. Rimas dengan kelakuan Misha yang tidak faham bahasa. Ian lantas bangun.

"I nak balik pejabat." Ian mengambil dompet dan telefon bimbitnya di atas meja. Tidak sempat untuk makan pun.

"Ian, wait." Misha segera bangun mendapatkan Ian.

"Stay!" Jari telunjuk Ian tepat ke arah wajah Misha, menyebabkan Misha terduduk tanpa sempat berdiri. Wajah Ian yang kelihatan agak marah membuatkan Misha terdiam.

Ian terus beredar meninggalkan Misha sendirian.

*************************************

😉😉😉 Happy reading!

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now