(2)46 - Bidadariku

Start from the beginning
                                    

"Aku tak buat apa-apalah! Lepaslah!"

"Siapa bagi kau kebenaran guna pistol ni? Kau ni memang tak seriklah,Huda!"marah Fariz.

Huda mengetap giginya. "Aku takkan serik! Aku rela masuk penjara asalkan keluarga ni hancur dulu!"

Aqisyah sudah menangis sambil memangku suaminya yang sudah tidak menyedarkan diri. Dia memandang Huda dengan wajah yang dibasahi airmata.

"Kau ingat,Huda. Apa yang kau buat harini,aku takkan lupakan! Kalau terjadi apa-apa dekat suami aku,aku takkan maafkan kau,Huda! Takkan!"

Huda tiba-tiba ketawa. Dia berhenti meronta. "Kau fikir aku kisah? Pergi mampus dengan maaf kau tu!"

Dia meludah. Kemudian dia ketawa lagi.

"Mi,ikut aku bawa dia pergi balai terdekat. Selagi dia ada dekat sini,selagi tu tak selamat. Nanti aku minta anak buah aku datang untuk buat penyiasatan. Aku takut,dia bawa konco datang sini."

Helmi hanya mengangguk. "Jom."

"Myra! Mana ambulans?! Cepat Myra! Suami aku sakit!" teriak Aqisyah sambil airmata bercucuran di pipi. Ibu memeluk anak perempuannya.

"Sabar sayang. Ambulans dalam perjalanan,"bisiknya.

Aqisyah tak mampu berhenti menangis. Hatinya terasa hendak pecah tatkala melihat suaminya rebah. Tambahan pula,darah mengalir dari tubuh tersebut membuatkan dia semakin takut.

Tangan Nazrul digenggam erat,menyalurkan semangat dan kekuatan kepada diri Nazrul.

SATU jam sudah berlalu. Doktor masih belum keluar daripada bilik pembedahan tersebut. Pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari tubuh Nazrul masih berjalan sejak tadi.

Aqisyah sudah penat untuk menangis. Dia tersandar di bahu ibunya.Wajahnya merah dan sembab kerana menangis terlalu lama.

Ummi turut sembab wajahnya. Hatinya terlalu risau sehingga tidak mampu meneguk air untuk tekak yang sudah kekeringan.

"Keluarga pesakit Encik Nazrul Hakimie?"

Semua mata tertumpu ke arah seorang doktor lelaki yang baru sahaja keluar daripada bilik pembedahan tersebut. Semua  bingkas bangun dan bergegas mendapatkan doktor tersebut.

"Macam mana dengan anak saya?"soal Haji Rahman.

"Pembedahan berjalan dengan lancar. Pesakit sudah stabil dan sekejap lagi dia akan dipindah ke wad biasa." Doktor yang bernama Fakrul tersebut mengukir senyuman.

"Alhamdulillah.." Semua menghela nafas lega.

"Baik,doktor. Sekejap lagi kami boleh melawat dia kan?"soal Nazril Firdaus.

"Boleh,cuma jangan terlalu bising sebab pesakit masih perlukan rehat secukupnya."

"Baiklah,doktor.Terima kasih banyak-banyak."

Aqisyah tidak henti-henti mengucap syukur. Bersyukur kerana suaminya terselamat. Jika Nazrul pergi,tak tahulah bagaimana dengan nasibnya. Hidupnya tentu menjadi tidak lengkap tanpa Nazrul.

Walaupun banyak kekurangan seperti dirinya,Nazrul jugalah menjadi pelengkap hidupnya.

LENA Aqisyah terganggu tatkala dia terasa seperti ada tangan yang sedang mengusap kepalanya perlahan. Dia mengngkat kepalanya dan memandang Nazrul yang sedang tersenyum ke arahnya.

"A-abang dah bangun?" Aqisyah bangun dan membetulkan kedudukannya. Semua orang sudah pulang ke rumah sejak tadi dan hanya tinggal dirinya seorang di wad tersebut untuk menjaga Nazrul.

Wajah Nazrul yang sedikit pucat itu dipandang.

"Bidadari abang selamat.."Perlahan saja suaranya.

Sebak rasanya tatkala Aqisyah mendengar Nazrul berkata sedemikian. Dia menahan daripada airmatanya terus gugur.

"Kenap abang buat macam tu? Abang tahu tak,saya risaukan abang. Sepatutnya abang biarkan saya kena tembak dengan Huda. Bukannya abang.."

Nazrul tersenyum lagi. "Kan abang dah janji,abang akan jaga sayang betul-betul? Abang takkan biarkan sesiapa pun sakitkan sayang walaupun sikit.. "

Perlahan-lahan Aqisyah memeluk suaminya. Airmatanya tetap turun walaupun tiada esakan kedengaran.

"Terima kasih abang.. Thank you for everything."

Nazrul membalas pelukan Aqisyah. Luka jahitan di perutnya terasa pedih dan berdenyut namun dibiarkan saja. Biar dia yang menanggungnya daripada Aqisyah yang menanggung.

"Abang sayang bidadari-bidadari abang. Ummi dengan sayang bidadari abang sampai syurga."

Hiba Aqisyah mendengar. Pada masa yang sama,dia berasa bersyukur kerana mendapat jodoh yang sebaik Nazrul. Hanya Nazrul yang mampu mencintainya sehingga sanggup berkorban begini.

Selain daripadanya ayahnya,Nazrul adalah lelaki kedua yang paling disayanginya.

"Abang sayang bidadari abang,"ucap Nazrul lagi sambil matanya terpejam.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now