2

9.9K 714 77
                                    

         "KAKI aku tak muat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "KAKI aku tak muat."

"Mustahil! Awak je lelaki yang belum pakai kasut ni. Dan awak lelaki yang sebetulnya."

"Tapi kaki aku memang tak muat... Betul ni!" Mata merenung tajam ibu yang mempamerkan riak tidak bersalah. Sah, ni memang angkara sabotaj ibu!

"Ibu! Ibu memang sengaja kan sabotaj along? Ibu nak sangat along kahwin dengan pilihan ibu. Ibu memang tak nak along kahwin dengan dia kan? Ibu..ibu bukan ibu tiri along. Kenapa ibu sanggup..."

Bush!

Basah lencun mukanya dijirus air yang entah dari mana, dan entah dari siapa penyebabnya. Yang dia pasti, ibu ialah angkara semua ini berla...

"Firas Hakimi!!!"

Jeritan ibu membingitkan telinganya. Hilang sudah mimpi yang hanya tinggal mimpi itu.

Ya Allah, apa dosa dia pada ibu eh? Sampaikan dalam dan luar mimpi pun ibu macam berdendam dengannya? Hampir sahaja dia dijodohkan dengan puteri charming itu kalau ibu tak sabotaj!

"Ibu nak apa?" Firas mengeluh lemah. Comforter yang sudah basah lencun itu ditarik keatas muka. Basah tak basah, yang pasti tidur ialah keutamaan dia!

Dia tarik keatas, ibu tolak ke bawah. Dan sesi tarik-menarik itu kekal berlanjutan sehingga beberapa minit. Ibu, along mengantuk! Tolonglah jangan ganggu.

"Amboi, tidur mengalahkan gergasi! Bangun! Haritu cakap nak kenal-kenal dulu calon isteri. Ni bangun pun tak lagi. Subuh along solat tak?!" Firas menggaru telinganya.

Aduh! Perit betul kalau dengar ibu membebel. Dapat dirasakan berasap-asap telinganya. Dah macam ekzos kereta!

Lepastu samakan dia dengan gergasi pulak! Dimanakah letaknya mata ibu kali ni? Oh lupa. Power rabun ibu boleh tahan tinggi jugak. Tapi kaca mata tak nak pakai! Aduh, ibu ibu.

"Ibu membebel sikit mengelamun!"

"Lah, mengelamun tu fitrah along kot ibu. Macam ibu pulak, membebel tu fitrah ibu."

Pap!

Tak cukup dengan jirusan air, kali ni tamparan hangat pula berkali-kali dihadiahkan ibu padanya.

"Ibu..apa ni! Along dah solat lah tadi. Tidur balik lepas joging," sayup-sayup suara Firas masih dapat didengari. Comforter yang masih dialaskan Firas bagi menutupi wajahnya masih cuba ditarik ibu.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now