Bab 49

5.1K 129 1
                                    

"Kenapa kenapa kenapa? Apa benda yang you tak boleh nak terima I sangat? You masih lagi ada hati pada isteri orang tu eh?" Adib berdecit geram. Sudah cukup la mummy di rumah tanya bila dia nak kawin. Takkan sampai kat restoran ada Dahlia yang asyik pressure dia?

"Lia, I tengah kerja sekarang ni. Please"

"So what? Customer you boleh layan okay, tapi I?" Merah muka Adib menahan geram dan malu. Beberapa kali Dahlia ke restoran sejak dua minggu ini semata-mata nak menekannya benda sama.

"Ehem, balance kitorang." Adib memohon maaf kepada customernya yang menunggu duit baki mereka. Memang malu sebab Dahlia sekarang ni sedang cari pasal dengannya ketika dia sedang menjaga cashier.

"Lin, jaga cashier kejap. You, masuk pejabat." Dahlia memeluk tubuh, berpuas hati kerana tumpuan Adib mula fokus kepadanya. Mereka masuk ke pejabat.

"You tak malu ke teriak-teriak depan orang ramai." Tapi cuma muka selamba di wajah Dahlia.

"I don't care. Selagi I tak dapat apa yang I nak, I akan tetap kacau you. Even you tengah kerja ke, dalam meeting ke. I get what I want." Adib mendengus geram.

"You are such a bratty princess." Katanya perlahan.

"Kata la you nak kata apa pun. I dapat apa yang I nak." Katanya lagi sambil meihat kukunya yang dirias cantik.

"Ok, you dapat apa yang you nak kan? Apa yang you nak? Kawin dengan I? Fine, kita buat sekarang." Terpinga-pinga Dahlia mendengar Adib tiba-tiba bersetuju.

Tanpa disedarinya, Adib mendekati dia dengan cepat membuatkan dia cepat berundur ke belakang dan akhirnya menyandar ke dinding. Adib menghulurkan tangan dan Dahlia menutup matanya kemas.

Tangan Adib bukan untuk menyentuhnya, tapi untuk menekan butang di pintu yang membuat mereka terkunci dari dalam.

"You nak sangat kawin dengan I kan? Okay. Kita kawin free. You setuju la kan. Cara ni je yang boleh buatkan kita jadi suami isteri dalam masa 24 jam."

Merah muka Dalia, fikirnya dia akan diapa-apakan Adib, sebaliknya Adib mengundur ke belakang dan duduk di mejanya. Telefon di dalam poket diambil dan sepertinya Adib ingin mendail seseorang.

Dia mendekati Adib dan tangan lelaki itu dicapainya. Tidak disangka-sangka, Dahlia bertindak menggigit tangan Adib membuat lelaki itu menjerit sakit.

"You tahu bukan tu yang I maksudkan. Hish, geramnya!!! Kenapa susah sangat you nak faham I???!!!" Katanya lalu berlalu dari situ. Dalam sakit tangan, Adib sempat mengukir senyum.

"Ha, tau takut. Baru acah sikit dah riuh. Aduhh duh duh. Tajam gila gigi dia."



Dahlia mendengus geram. Tidak dipeduli mata-mata memandangnya yang blushing lebih. Berani Adib main-main macam tu dengan dia? Mati-mati dia ingat buat betul. Habis, kalau betul, kau nak la? Cepat, Dahlia menyangkal kehendak hatinya.

Haah, semua salah Adib. Salah Adib yang buat dia jatuh teruk pada lelaki itu. Dahlia paling tak boleh kalau laki baik sweet macam tu, dia akan senang terpikat. Benda ni jadi bila dia masih lagi menangisi breakup dia dengan Rizal.

Kenapa la masa tu si Adib ni nak bagi dia tisu, bagi dia nasihat. Kata tak suka, tapi perlu ke nasihat, tisu, semangat tu semua? Dia tak sangka, di sebalik dingin, keras kepala, berlagak Adib ada perangai yang lembut dengan perempuan. Well, dia tak terkejut pun. Sebab dia nampak cara Adib layan ex dia. Caring gilerrrr.

Dan disebabkan perangai Adib yang tiba-tiba caring pada dia, buat Dahlia nekad nak lelaki itu jadi miliknya. Apa cara sekali pun.

"Papa!!!!" Laung Dahlia dari garaj rumahnya. Benda ni tak boleh lama-lama, kena beritahu sekarang.

"Sini dear." Papanya melaung semula. Dahlia tersenyum bila melihat papa dan tukang kebun rumahnya sedang bercucuk tanam di belakang.

"Papa dengan pak Ayub tanam apa pulak kali ni?" Mereka berdua ketawa mendengar suara manja Dahlia.

"Tanam kacang botol ni. Sedap buat ulam. Princess dari mana masam je?" Dahlia baru teringat keinginan dia.

"Pa, Lia nak kawin." Mereka berdua terkedu kemudian berpaling melihat Dahlia yang sangat serius.

"Ok, nak kawin dengan siapa? Siapa nak lamar princess papa ni?" Papanya bangun dari kekuda dan pergi membasuh tangan lalu mengajak Dahlia duduk di taman.

"Kawin dengan siapa lagi pa, dengan anak auntie Ida la, Adib tu." Orang gaji mereka, mak mah datang menuangkan air. Dia turut duduk di situ bagi mendengar perbualan mereka dua beranak.

"Siapa? Siapa nak kawin? Papanya ke tuan puteri ni?" Dahlia menjeling bila sebut papa kawin lagi.

"Mak mah, ofkos la Lia. Papa tak boleh kawin lagi. Papa milik Lia sorang je." Ketawa mereka berdua.

"Okla, nak kawin dengan Adib. Rasanya hari tu, Lia tak berapa setuju dengan dia. Ni dah terkejar-kejar pulak? Dah fall in love dah dengan dia?" Terburu-buru Dahlia mengangguk. Dia tak perlu bual ini semua. Dia cuma perlu papanya kata yes or no je.

"Ha ya lah, yalah, papa ikut je princess nak apa. Bila Adib tu nak masuk meminang Lia?" Tiba soalan itu, senyum panjang muncul di wajah Dahlia.

"Pasal tu kan papa, Lia dah fikir masak-masak." Mak Mah dan papanya sama-sama memandang dia.

"Biar Lia yang pinang Adib." Tersedak papanya minum air. Mak Mah segera menuangkan air masak kepada majikannya.

"Ok, papa sedak tu maknanya setuju kan? Tq papa, I love you much much much. Bye." Katanya lalu lari ke bilik.

"Maaf Datuk, saya rasa kurang cukup ajaran saya pada Lia. Saya ingat dah ajar semua cara nak berperilaku feminin sikit. Tak pernah dibuat orang zaman sekarang." Tapi majikannya hanya ketawa mengeleng.

"Betul-betul macam arwah Linda. Takpe kak, dulu Siti Khadijah jugak yang pinang nabi kita. Takde hal la pasal pinang tu. Saya tak kisah. Kalau Linda masih ada lagi, tentu dia pun ketawa je." Mak Mah cuma mencebik, kerana dia tahu tak mungkin arwah mama Dahlia akan membiarkannya. Tapi dia ikut gembira asal Dahlia gembira.






"Ada apa ramai-ramai tadi mummy?" Adib baru sahaja balik dari restorannya apabila dia melihat beberapa buah kereta keluar dari perkarangan rumahnya. Datin Ida dan suaminya tidak tahu mahu tersenyum atau berduka. Tapi, akhirnya, mereka memilih senyuman.

"Ad tahu yang Ad beruntung sangat?" Soalan daddynya menimbulkan rasa pelik.

"Why?" Senyumam tawar di bibir mummynya agak mengelirukan.

"Diorang tinggalkan cincin tanda. Ad ada masa dua mi...no, seminggu nak bagi jawapan." Bertambah keliru Adib dibuatnya.

"Boleh sapa-sapa explain tak? Cincin tanda? Jawapan? Apa ni?" Datuk Eizlan menepuk bahu anaknya.

"You have been proposed, my son." Terkejut Adib mendengarnya.

"By who??!!" Tidak pernah dibuat orang perkara macam ni, jerit hati Adib.

"Sape lagi? Dahlia la. Lain kali kalau dua-dua dah suka, bagitahu mummy daddy. Kita yang akan masuk melamar Lia. Bukan sebaliknya, macam ni. Apa kata keluarga dia Ad buat Lia macam ni?"

Kelu lidah Adib. Dia pulak yang dipersalahkan dalam hal ini? Melihat kedua ibubapanya sudah masuk ke dalam, segera didail nombor Dahlia.

"Apa semua ni Lia?" Dahlia mendiamkan diri, mungkin menantinya bertenang dahulu.

"Hai, future husband." Bertambah berang Adib.

"Apa husband-husband? Mula dengan fiance dulu!!" Reaksinya itu mengejutkan Dahlia pula.

"So, you setuju? Nak jadi suami I? I tak kisah kalau you nak bertunang dulu. OMG! I kena beritahu papa. Esok, no no no. Sekarang! Yes, sekarang. Tq Ad. I hantar rombongan pertunangan secepatnya. Bye."

Terkulat-kulat Adib merenung skrin telefon. Tidak sempat disangkalnya, pandai-pandai saja si Dahlia tu buat keputusan. Dia mendengus perlahan dan berfikir.

Patut ke dia kata yes? Oh no, apa aku fikir ni? Aku yang patut pergi pada dia, bukan  sebaliknya. So, maknanya aku setuju dia jadi bini aku? Seriously?

Entah macam mana, boleh pula dia mengukir senyuman bila terbayang wajah gembira Dahlia. Sah dia dah sewel. Tapi.... Baik aku kata yes. Nak selamatkan maruah Lia dari kena reject. Ok, yes!!

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now