Bab 33

3.8K 125 0
                                    

"Sayang, hari ni stay kat rumah please dengan abang." Hari ini sekali lagi Hafiey memujuknya untuk tidak pergi ke restoran. Dia merenung muka suaminya buat beberapa saat.

"Okay."

"Hah? Serius ni sayang tak pergi kerja? Sayang biar betul. Tak macam sayang pun." Zara berpaling membelakangi Hafiey, merajuk.

"Suka hati abang la. Siapa lagi nak kenal Zara kalau bukan suami Zara sendiri. Dah abang tak nak percaya, biarlah." Pelik Hafiey dengan perubahan Zara.

"Abang percaya sayang, kenapa pulak tak. Cuma ye la. Abang cuma pelik kenapa sayang tiba-tiba ubah fikiran. Sebelum ni kalau abang mintak sayang cuti, ada je alasannya." Zara masih mendiamkan diri, dia lebih suka melihat langsir bilik mereka yang bergerak dari melihat Hafiey.

"Sayang? Merajuk ke?" Sebaik saja tangan Hafiey singgah di bahu Zara untuk memujuknya, dia cepat bangun dari berbaring dan mengambil tuala.

"Saya nak mandi." Tercengang Hafiey melihat sikap isterinya. Teruk sangat ke dia yang pelik dengan perangai Zara tiba-tiba yang sampai dia merajuk macam ni sekali?

Hafiey

Hafiey segera keluar dari bilik dan ke meja makan. Dilihatnya papa dan Hazim masih di meja. Mujurlah.

"Adik beritahu apa pada kak Zara kelmarin?" Terkejut Hazim apabila tiba-tiba disergah tiba-tiba.

"Mana ada apa-apa." Hafiey tersenyum sinis.

"Adik jangan nak tipu angah. Tengok mata angah bila cakap ni. Kalau menipu, mata tu asyik nak tengok lain je kan?" Hafiey bangga kerana mengetahui kelemahan Hazim apabila dia menipu.

"Angah, adik. Apa benda ni? Angah? Adik nak sarapan tu. Zara mana? Tak pergi kerja ke dia?" Tanya papa apabila pagi ini sudah kecoh dengan Hafiey yang datang menyoal siasat Hazim.

"Mana adik ada cakap apa-apa. Kalau ada pun, tanya la kak Zara sendiri." Dia menjelirkan lidah kepada Hafiey membuatkan Hafiey mengambil roti di tangannya.

"Papa, tengok angah ni. Adik dah lambat nak pergi sekolah ni." Suka Hafiey menyakat adiknya. Biar dia tahu sakitnya rasa bila dua orang ini ada rahsia di antara mereka.

"Hafiey! Bagi Hazim roti dia dan angah duduk makan." Datang sudah ketua rumah yakni mama dari dapur mengeluarkan suara vetonya. Hafiey menarik kerusi dan duduk di sebelah Hazim serta-merta.

"Zara mana?" Tanya mama lagi apabila Hafiey datang sendiri.

"Dia mandi kejap." Keluar saja Zara dia segera duduk di sebelah mama walaupun Hafiey telah menarik kerusi untuknya. Mama dan papa sudah mula mengeleng kepala. Apa masalah lagi la dua orang ni.

Selesai makan, Hafiey menyuruh mamanya keluar dari dapur dan membiarkan dia dan Zara bersendiri membasuh pinggan.

"Sayang, abang buat apa kali ni sampai sayang tak nak cakap dengan abang?" Zara melihat Hafiey sekilas.

"Mana ada buat apa-apa." Hafiey tahu itu cuma pembohongan.

"Habis tu dari tadi senyap je. Abang dah cop tempat untuk sayang pun, sebelah mama jugak sayang nak duduk. Abang kesepian." Zara tersenyum. Air paip yang sedang mengalir diambil sedikit dan direnjis ke muka Hafiey.

"Sayang, basah la abang." Zara ketawa kecil tapi ketawanya mati apabila Hafiey turut melakukan perkara yang sama kepadanya.

"Abang, basah la nanti." Hafiey ketawa.

"Siapa buat dulu?" Hafiey mengambil lagi air bersedia untuk menyerang.

"Jangan nak basahkan dapur mama!!" Laung mama dari dalam rumah membuatkan keduanya berhenti. Dan tergelak apabila tidak menyangka mama tahu aktiviti mereka.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now