Bab 12

4.2K 143 0
                                    

"Okay, tu saja untuk hari ni. Maniskan muka masa berdepan dengan customer, bersurai." Semua pekerja mula bangun dan bersiap untuk membuka kedai. Zara meilihat mereka beredar sehinggalah cuma ada Khai dan Adib yang seperti berbincang hal stok barang. Zara berdehem dan membuatkan mereka berdua berpaling melihatnya.

"I have news for both of you." Berdebar dia ingin memberitahu mereka berdua. Tapi memandangkan Adib dan Khai ada tempat di hatinya, dia merasakan mereka perlu tahu tentang status barunya,

"Khai, Adib, Zara......dah bertunang." Tidak berkelip mata keduanya mendengarkan berita itu. Serba salah pula Zara merasakan lebih-lebih lagi melihatkan muka mereka berdua terkejut. 

"Oh, unexpectednya? No, maksud aku, bertunang dengan siapa? Takde khabar berita pun." Khai yang bertanya sedangkan Adib masih lagi terdiam melihatnya.

"Oh, Adib tak beritahu ke? Aku beritahu dia yang tak lama lagi Zara akan in relationship dengan someone." Zara melihat Adib yang masih mendiamkan diri. Setelah Khai menyinggul sikunya barulah Adib menyahut.

"Well, i thought that is a secret." Zara melihat wajah Adib lama kemudiannya mengangguk. Dia akhirnya bangun dan memutuskan untuk keluar dari pejabat dan ke luar untuk melihat pekerja-pekerja mereka. Adib melepaskan nafas berat. Khai memandangnya semula.

"Kalau kau ingat dia takkan move on, kau silap. Tengok la, kau takde dah ada orang cop dia." Kata-kata Khai menambah lagi perit di hati Adib.

"Tapi, aku ingat, tak ke kau rasa benda ni cepat? Baru dua tiga minggu kut? Ataupun sebulan?" Khai ketawa sinis.

"Orang takkan rasa sesuatu perkara tu berharga sehinggalah dia hilang benda tu. Pelikkan, kau tak ingat berapa lama korang couple, tapi kau tahu berapa lama korang break. Silap kau jugak, jadikan kerjaya as alasan." Adib memandang tajam Khai, tidak suka dengan ayat Khai.

"Kita bestfren, aku tahu apa sebab sebenar kau break dengan Zara. Sebab mami kau kan?" Khai melihat tangan Adib dikepal, menandakan ia sedang marah.

"Kau boleh marah aku, tapi kau boleh fikir ke apa sebab sebenarnya kau reject dia?" Khai bangun dan berlalu dari situ. Adib terus memikirkan kebenaran di sebalik ayat Khai tadi.




Setelah dua minggu hidup Zara aman dan damai, akhirnya tiba lah hari dia menyedari yang dia sebenarnya bertunang dengan seseorang. Muka manis Hafiey tiba di restorannya lewat petang itu. Dia melihat beberapa orang pekerja perempuan berebut siapakah yang bertuah yang akan mengambil order Hafiey. Akhirnya, Tia yang bertuah dapat melayan meja Hafiey.

"Waduuh, kok bakal Mrs. Hafiey lihat aja? Tak dilayan tunang tu?" Muncul Khai di sebelahnya dengan slang indon tak menjadi.

"Diam ar kau. Aku ingat aku single sampai la dia datang." Khai ketawa melihat mood buruk Zara.

Yelah, mana tak buruknya apabila Tia di meja tunangnya tu kelihatan menggedik semacam je. Yang lebih menggeramkan Zara, Hafiey tetap dengan muka manisnya. Sekali dua saja dia memandang Zara, tapi tak sekali pun lelaki itu memanggilnya atau cuba berkomunikasi dengannya.

"Ah, gawat ni. Madam Zara lagi jealous nih." Zara menjeling Khai setajam mungkin sehinggalah Khai dengan ketawanya berlalu ke dapur. Tau takut, hemh.

"Kenapa tercegat kat sini? Tak tanya order Hafiey ke?" Tegur Adib pula.

Dengan rasa yang masih serba salah, Zara membalas pandangan Adib. Dia teringat sewaktu dia memberitahu Adib dan Khai siapa bakal suaminya. Khai seperti biasa terkejut. Adib pula, dua tiga hari mereka berdua tidak bercakap. Zara jadi keliru apa perasaan Adib kepadanya sebenar? Reaksi Adib sepertinya tidak menyukai berita pertunangannya.

"Zara, hello? Dengar tak?" Petikan jari Adib mengembalikan dia ke alam nyata.

"Selalu mengelamun. Bahaya tau mengelamun kat dapur macam ni, kalau jadi apa-apa macam mana." Tersengih Zara. Adib seperti biasa dengan sifat caringnya.

"Meja 12." Makanan untuk meja Hafiey telah pun siap. Special menu restoran ni? Zara terfikir, Hafiey ni takde menu lain ke dia nak order. Asyik ni je.

"Tia, stop. Awak pergi ambik order customer baru masuk tu. Yang ni biar Zara yang hantarkan." Nampak sangat muka kecewa Tia tak dapat ke meja Hafiey. Oleh kerana Adib yang memberi arahan, terpaksa dia mengikutnya. Zara pulak yang pelik.

"Adib, nape? Biarlah Tia hantarkan." Adib menghalang Zara bercakap lagi.

"Saya tahu awak nak layan meja dia. Tu, kertas tu dah habis conteng-conteng kenapa? Conteng merapu pulak tu." Zara termalu sendiri apabila melihat kertas yang disebut. Oleh kerana matanya tertumpu ke meja Hafiey tadi, dia tidak sedar tangannya bergerak sekali.

Dia mengambil pesanan Hafiey dan bergerak ke mejanya. Hafiey yang ralit dengan telefon tidak menyedari kehadirannya. Setelah dua tiga kali berdehem, baru la lelaki itu mengangkat muka.

"Hai." Senyum berkurangan di wajah Zara apabila Hafiey melayannya ala kadar saja. Tidak seperti Tia tadi. Tapi, dia berfikiran positif. Ada masalah kut.

"Boleh saya duduk?" Hafiey memandangnya sekali lagi.

"Duduk la, ni restoran awak. Bukan restoran saya." Bagaikan ditikam hati Zara mendengar jawapan Hafiey. Walaubagaimana pun, dia tetap memaniskan muka.

"Takpelah, saya lupa ada kerja kat dapur kejap." Cepat dia berlalu dari situ dan kembali ke kaunter. Adib kehairanan melihat Zara datang kembali.

"Kenapa?" Zara tersenyum dan mengeleng. Hatinya sakit tapi cuba dibuang jauh-jauh fikiran negatif itu. Adib melihat sejenak meja Hafiey. Sepertinya Hafiey juga memandang ke arah kaunter.

"Zara, saya ambik awak esok. Boleh? Pergi kerja." Usul Adib tiba-tiba.

"Eh kenapa?" Adib melihat mulut Zara yang sedikit muncung, petanda gadis itu bingung.

"Saya nak bincang pasal resume pekerja. Rasa dah kena buat baru kut, sebab yang kita ada ni dah setahun tak update."

"Kalau pasal tu, sekarang pun takpe." Tapi Adib menolak serta-merta ideanya.

"No, no. Esok lagi okay. Ni dah petang dah. Nak update satu-satu sampai malam baru sudah agaknya." Walaupun pelik, dia bersetuju saja dengan cadangan Adib.

"Okay, Adib masuk pejabat dulu ya Zara. Em Zara...." Zara berpaling sekali lagi melihat Adib dan lelaki itu senyum kepadanya.

"Monyet makan lada. Bai." Zara bertambah bingung dengan apa yang dikata Adib. Jadi, dia melihat Adib sehinggalah lelaki itu masuk ke pejabat. Hasilnya, Zara ketawa sendirian. Apa kena la dengan Adib tu. Monyet makan lada?

"Ehem, bahagia nampak." Muncul Hafiey di depannya tiba-tiba. Zara memuncungkan mulutnya dan mencari bil Hafiey.

"15 ringgit." Muka Zara kosong sebaik saja memberitahu harga makan Hafiey. Dia melihat di belakang Hafiey beberapa orang pelanggannya ada yang mengambil gambar Hafiey. Yang perempuan, dengan muka gembiranya melihat kehadiran Hafiey.

"Zara"

"Encik, 15 ringgit." Zara membuat isyarat mata kepada Hafiey memberitahunya ramai orang memerhatikan mereka. Memandangkan mereka sepatutnya rahsia, terpaksalah dia dan Hafiey berpura-pura tidak kenal satu sama lain.

Sebaik saja Hafiey menghulurkan duit kepadanya, Zara menarik wang kertas itu. Tapi ianya gagal apabila Hafiey masih tidak melepaskan pegangannya. Cepat mata Zara melihat Hafiey.

"Saya tunggu awak habis kerja." Barulah dia melepaskan duit itu kepada Zara. Zara melihat lelaki itu beredar dari kedainya.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now