Bab 17

3.9K 141 1
                                    

Sedang Zara bersiap-siap untuk ke tempat kerja, muncul sebuah kereta di luar rumah sewanya. Lebih tepat lagi, kereta Hafiey.

"Good morning sayang!" Terkejut Zara apabila Hafiey keluar dan berada di pagarnya. Dia melihat sekeliling untuk memastikan tiada siapa yang melihat Hafiey, kemudian barulah dia mendekati pagar.

"Awak buat apa kat sini? Macam mana awak tahu rumah saya?" Hafiey tersenyum lebar.

"Saya tanya umi." Berfikir sekejap siapa umi yang disebut Hafiey. Rasanya dia takde kawan bernama Umi.

"Umi as in my future mother in law la sayang." Zara terpana sekali lagi. Tidak menyangka Hafiey sudah memanggil uminya umi.

"Okay, tapi apa awak buat kat sini? Macam mana kalau orang nampak awak?" Zara sekali lagi melihat sekeliling. Biasanya awal pagi seperti ini jiran-jirannya sudah keluar untuk ke tempat kerja.

"Saya datang nak jemput awak pergi kerja la sayang. Kita tak lama lagi dah nak kawin, so daripada sekarang saya saya nak practise menjadi suami mithali." Zara ingin tersenyum. Suka dia mendengar impian Hafiey itu.

"Oh, My, God!!! Hafiey? Hafiey kan ni?" Muncul Tina di belakangnya. Zara menepuk dahinya. Dah muncul dah drama queen, yakni peminat nombor satu Hafiey.
Hafiey mengangguk sahaja melihat Tina mendekatinya.

"Hafiey!!! Saya peminat nombor satu awak. Saya minat giler semua drama awak, semua rancangan tv awak, semua photoshoot awak, semua saya tengok, semua saya baca. Setiap hari, kitorang tak pernah miss tengok drama awak. Awak best sangat berlakon, mantap, menjadi, kebaboom!" Hafiey tersengih mendengar pujian melampau Tina. Naik muak pula Zara mendengarnya.

"Eh apa kita buat kat luar ni, jom la masuk dulu, minum air, makan-makan ke dulu. Saya buat air sedap tau, lagi-lagi kalau Hafiey yang jadi tetamu. Lagi la." Zara mengeluarkan batuknya yang tahap kritikal dan akhirnya Tina berhenti mengajak Hafiey masuk ke dalam.

"Tina, aku nak ke tempat kerja ni. Aku yakin kau pun nak pergi kerja kan? Cuba kau tengok jam tu pukul berapa sampai kau nak jemput TUNANG aku masuk dalam? Siap pegang-pegang lengan dia, tarik dia kenapa?" Muka Zara masih tersenyum tapi Tina tahu ia bermaksud sebaliknya. Terus dia melepaskan lengan Hafiey dan melihat jam di tangannya.

"Ooh, dah lewat. Saya....aku pergi kerja dulu. Walaupun saya nak sangat bergambar dengan awak, tapi saya yakin lain kali mestj dapat. Kan Zara? Okay, babai." Tina segera masuk ke dalam kereta dan mengundur lalu pergi.

"Wow. Minat betul dia dekat saya." Zara menjeling Hafiey, tidak suka dengan ayatnya.

"Tapi saya tak sangka awak pun peminat saya." Zara bingung dengan apa yang dikata Hafiey.

"Well, tadi dia kata korang tak pernah miss drama saya setiap malam?" Zara mengangguk.

"Oh, tu Tina je. Saya tak tengok pun." Menunduk Hafiey. Zara tertawa sedikit.

"Saya pun kena pergi ni. Saya...pergi dulu ya." Tiba-tiba Hafiey memanggilnya semula.

"Saya datang ni sebab nak hantarkan awak, bukan nak tengok awak pergi. Dah, masuk kereta saya." Zara teragak-agak pada mulanya, tapi setelah Hafiey kelihatannya teruja sangat, dia mengambil barang-barangnya dan berpindah ke kereta Hafiey.

"Macam mana awak boleh terfikir nak panggil saya sayang?" Soalan itu terluah dari mulut Zara tiba-tiba.

"Tak suka? Fine, saya panggil awak B, singkatan dari baby. Okay?" Zara mendiamkan diri. Tak tahu macam mana hendak menjawabnya.






Hafiey

"Cut!!" Hafiey tersenyum apabila babak lakonannya berjalan dengan lancar hari ini. Tinggal satu babak saja lagi. Kemudian dia boleh mengambil Zara pulang.

"Nice Hafiey." Anne menegurnya dari belakang. Dia membalas dengan ayat yang sama.

"Hafiey, you busy ke lepas habis shooting ni?" Hafiey mengelap sedikit peluh yang berjujuran di dahi.

"Kenapa?" Anne tersenyum lebar.

"I sebenarnya rancang nak dinner sekali tapi tu kalau you tak busy la." Hafiey memandang Anne.

"Kita...dua je ke?" Dia menunjuk kepada dia dan Anne. Anne mengangguk dengan penuh harapan.

"Ekceli Anne, I rasa macam dah ada plan je la lepas ni. So, I rasa tak boleh kut. Sorry." Anne agak kecewa tapi dia segera menghalang Hafiey dari pergi.

"Okay, bukan kita dua je. Manager I, manager you ikut sekali. So, you ikut kan?" Anne mengerdipkan matanya beberapa kali berharap pelakon hensem itu bersetuju. Tidak sampai hati pula Hafiey hendak menolaknya.

"I tak tahu la. I takut tak sempat." Dengan pantas Anne mengambil kedua tangan Hafiey dan mengenggamnya.

"Please. Kita dah lama tak dinner berdua. Maksud I sekali dengan manager kita sekali. Please please please. Kalau you rasa tak sempat, it's okay kita dinner sekejap je. So?" Hafiey melihat tangannya yang masih digenggam Anne.

"Okay la, tapi sekejap je tau." Anne mengangguk laju. Dia kini teruja. Yang amat.

"Ok, scene 23, sedia, action!" Hafiey membaca bismillah apabila tiba scene ini. Kerana ianya agak merisaukan.







Zara

"Zara tunggu sape?" Adib menegur Zara yang sedari tadi kelihatan keluh kesah. Dia dari petang tadi memandang ke luar kedai.

"Sebenarnya Zara tunggu Hafiey." Adib mengangguk lalu turut memandang ke luar.

"Kenapa? Dia cakap nak datang ke hari ni?" Zara mengeleng.

"Tak, Zara sebenarnya datang dengan dia hari ni. Tadi dah cakap dah balik pukul berapa, tapi tak sampai-sampai lagi ni." Adib melihat Zara yang masih menjenguk ke luar.

"Jom, saya hantar awak balik la." Zara berpaling, terkejut dengan cadangan tiba-tiba Adib.

"Takpelah Adib. Saya dah beritahu Hafiey datang ambik pukul 6. Kalau dia sampai saya takde macam mana." Adib melihat pula jam di tangannya. Sudah pukul 7.30.

"Zara call je la dia, cakap balik dengan saya. Dah lambat sangat ni, nanti lama tunggu, lewat pulak sampai rumah. Dia pun dah sejam lewat ni." Sakit hati pula Adib melihat Hafiey yang lambat.

"Tak susahkan awak ke? Kita lain-lain jalan, right?" Adib ketawa mendengar soalan Zara.

"Kamon la Zara. Kita bukan baru kenal sehari dua. Kenal sejak zaman sekolah lagi. Setakat tolong macam ni, takde hal la. Awak layan saya macam orang luar. Kita kan dah pernah lebih dari tu." Zara tersenyum. Ada betulnya apa yang dikata Adib. Dia segera bersetuju.

"Beruntung saya kalau awak macam ni sebelum kita putus dulu. Sweet." Zara menutup mulutnya apabila menyedari dia terlepas cakap.

"Sorry." Adib cuma mengeleng sambil ketawa.

"Takpe. Saya jugak yang rugi sebab terlalu pentingkan kerja dulu. Kalau saya layan awak baik-baik, takdenya kita putus."






Hafiey

"Aduh, lambat sangat dah ni. Kenapa la aku tak sedar yang dia dah call aku banyak kali tadi." Sampai saja di kawasan restoran, ianya telah ditutup rapi.

Jelas tidak mungkin Zara menunggunya lagi. Dia segera ke rumah sewa Zara. Untuk meminta maaf. Tidak menyangka dinner sekejap Anne boleh menjadi lama. Bila di rumah Zara pula, darahnya tiba mendidih.

Ini kerana dia melihat Adib dan Zara berada di depan pagar rumah Zara. Sepertinya baru sampai ke rumah. Mereka kelihatan berbual mesra bercampur gelak ketawa. Hafiey mengenggam kemas stereng keretanya.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Onde histórias criam vida. Descubra agora