Bab 39

3.8K 120 0
                                    

Zara menarik nafas lega apabila waktu bekerjanya akhirnya tamat. Baru saja dia keluar dari lif dan berjalan ke rumahnya, cepat-cepat Zara berpatah semula dan melihat dari bucu dinding. Kelihatan Anne berdiri di depan pintu rumahnya. Zara memerhati saja apa pulak perempuan itu buat di depan rumahnya.

Sekali Anne menekan loceng, menunggu, tapi tidak terbuka. Sekali lagi loceng ditekan, menunggu dan pintu masih tidak dibuka. Kali ini Anne menyeluk pula telefon dari poketnya. Zara merasa mungkin Anne sedang menelefon Hafiey sekarang ini.

Ke mana suaminya? Darah Zara menyirap melihat pelakon yang dirasakan tidak tahu malu itu. Dia sudah la penat sekarang ini, dan pelakon itu yang tak habis-habis mencari Hafieu di rumah mereka. Tak malu ke bila perempuan tak kira siang malam menekan loceng rumah lelaki?

Beberapa minit kemudian, Anne mula berputus asa. Dia mula berjalan ke lif dan Zara terburu-buru mencari tempat persembunyian. Kebetulan ada satu rumah yang terbuka pagarnya. Zara masuk ke dalam dan mengambil kunci rumahnya dan berpura-pura membuka pintu.

"Oh, kat sini rumah you rupanya eh." Zara mengeluh perlahan dan berpaling. Tidak disangka Anne mengenalnya dari satu kali berjumpa.

"You siapa eh?" Anne tersentak tapi masih memberi senyum sinis kepada Zara.

"I tak tahu you ni memang ketinggalan ke atau nyanyuk. I, Anne, pelakon terkenal yang tegur you hari tu." Zara mengangguk perlahan-lahan. Dia berpura-pura sudah mengingati.

"Buat apa kat sini? Rumah tingkat ni ke?" Anne berpeluk tubuh.

"No, boyfren I rumah tingkat ni. You kenapa tak masuk lagi?" Zara mengeleng mencari alasan.

"I nak ke kedai sekejap, baru nak keluar." Anne bermuka biasa, memerhati Zara.

"Kalau macam tu, jom la. I pun nak turun ni." Zara mengeluh sekali lagi.

"Eh takpe, you pergi je dulu. I turun ikut tangga je. Lagi sihat dari naik lif." Anne menjeling dan berlalu dari situ. Melihat Anne sudah ke tingkat bawah, Zara menyandar lega.

Baru dia nak keluar dari rumah tersebut, Zara melepasi lelaki yang berpakaian hitam yang memegang kamera menuju ke lif. Dia berhenti untuk berpaling tapi lif sudah pun tertutup.

Siapa tu? Paparazzi? Dia teragak-agak untuk menuju ke pintu. Dengan beberapa kali meninjau kawasan sekitar, dan sudah pasti selamat dia membuka pintu dan menutupnya cepat-cepat.

"Kenapa yang?" Terkejut Zara bila tidak menyedari Hafiey yang berada diruang tamu melihatnya masuk. Dia menapak dan bersalam dengan Hafiey.

"Abang, sayang rasa rumah kita ni ada orang perhati la." Hafiey ketawa dengan kegusaran Zara.

"Apa sayang cakap ni? Kitakan tinggal dekat kondo yang memang terjamin keselamatannya. Tak mungkin la ada sapa-sapa cuba perhati rumah kita ni." Zara memeluk tubuh merajuk dengan Hafiey yang tidak percaya dengan kata-katanya.

"Abang seronok la gelakkan sayang. Yang duduk rumah ni sorang-sorang, sayang bukannya abang. Kalau jadi apa-apa kat sayang macam mana? Sayang cakap venda yang sayang nampak je."

Serba salah pula Hafiey dibuatnya. Dia memegang bahu Zara dan menariknya supaya berpalung tapi Zara tidak mahu. Dia mencuba memusing Zara sekali lagi dan kli ini isterinya mengalah.

"Ok, abang mintak maaf. Abang tak patut gelakkan sayang. Sorry eh, jangan merajuk. Abang saja je tadi tu. Sayang pun jangan la fikir negatif sangat. Of course la abang risau kalau apa-apa jadi kat sayang. Cuba sayang bagitahu abang, apa yang sayang nampak sampai sayang rasa rumah kita diperhati?" Zara menarik nafasnya seketika.

"Sayang nampak lelaki pakai hitam dengan kamera sekali dia bawak. Dia pergi lepas je Anne pergi. Macam tunggu peluang je." Hafiey terdiam sambil fikirannya ligat berpusing.

"Ok, takpe. Nanti abang bincang dengan kak Mas hal ni. Sayang jangan risau eh." Zara mengangguk dengan harapan kata-kata Hafiey itu dapat dipegangnya.

"So, sekarang beritahu abang pasal trip tu. And I mean detailssss."






Zara mengelap rambutnya yang basah dan baru selesai disyampu. Hafiey yang berada di katil bersama telefonnya datang mendekat.

"Ha, abang jangan nak dekat. Kalau tak, sayang libas rambut ni biar terpecik air kena abang. Abang tu dah la belum mandi lagi." Ketawa Hafiey dengan ugutan kecil Zara.

"Sayang, jangan la pergi trip tu. Kalau sayang pergi, abang nak tinggal dekat rumah ni dengan siapa?" Zara menjeling saja melihat perangai mengada-ngada Hafiey.

"Abang, kita dah bincang pasal hal ni. Sayang akan tetap pergi trip tu. Tak kira apa pun. Dan abang, tak dibenarkan ikut. Abang takkan boleh ikut sebab semua shooting drama tu. Okay?" Hafiey memeluk Zara memaksa Zara berhenti daripada mengelap rambutnya.

"Abang! Sayang nak keringkan rambut ni." Hafiey mengeleng.

"No, selagi sayang kata tak pergi, abang takkan lepaskan sayang." Zara tergelak sedikit dengan perangai Hafiey. Baru saja mereka berdua nak bermesra-mesra, loceng rumah berbunyi. Mereka berdua berpaling.

"Siapa tu?" Tanya Zara curiga, kerana jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

"Entah, lantaklah. Entah-entah Anne tu lagi. Biarlah sayang." Mereka berdua membiarkan loceng itu dan Hafiey mengambil sikat lalu menyikat rambit isterinya. Tak lama kemudian, loceng berbunyi lagi.

"Abang.." Zara pelik dengan tekanan loceng tersebut. Jika itu Anne, pasti loceng takkan berhenti seminit dua, biasanya setiap beberapa saat. Kalau kak Mas, dia akan telefon sebelum datang. Kalau mama papa pun sama, telefon dulu baru datang.

"Yelah, yelah, abang tengok sekarang. Tapi, kalau Anne yang depan pintu tu, abang tak nak buka. Nah, sayang sikat dulu rambut tu." Zara tersenyum melihat Hafiey dengan malas berjalan keluar dari bilik tidur mereka. Dia menyambung menyikat rambutnya.





Hafiey

Dia menekan kamera dan melihat beberapa orang lelaki di depan pintunya. Hatinya terdetik, siapa pulak ni ramai-ramai. Loceng sekali lagi kedengaran. Tanpa berlengah lagi, dia membuka pintu.

"Assalamualaikum, rumah 410, Encik Hafiey kan?" Hafiey menjawab salam dan mengangguk.

"Ada apa ya ramai-ramai macam ni?" Riak wajahnya jelas keliru apabila ramai yang tidak dikenali berkumpul di depan rumahnya.

"Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami ada terima aduan yang mengatakan encik sekarang tinggal dengan seorang wanita yang bukan muhrim. Boleh kami cek rumah encik?"

Bam! Tersentak Hafiey seketika. Tapi dia cuba bermuka biasa. Dia berdehem sebelum memula cakap.

"Ada surat ke? Saya tak boleh benarkan encik-encik semua cek rumah saya tanpa kebenaran." Kata-katanya disangkal bila seorang daripada mereka menjawab.

"Kami cuma nak elakkan maksiat. Encik ada cara ke nak buktikan yang encik sekarang ni duduk seorang je kat rumah?" Hafiey mengalah. Dia membenarkan mereka masuk dengan harapan Zara masih di bilik.

"Siapa bang?" Zara dengan lengkap bertudung keluar dari bilik sambil membawa dulang berisi air.

"Astaghfirullah!" Beberapa lelaki yang masuk ke rumah mereka tersentak apabila ternyata memang ada perempuan tinggal bersama Hafiey di dalam rumah itu.

"Sayang...." Bisik Hafiey perlahan. Dia kaget, apa dah berlaku ni? Rahsia mereka terbongkar ke?

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن