Bab 47

4.6K 127 2
                                    

"Hai Zara." Mereka berbalas senyum sebelum Shikin menutup pintu dan duduk di meja Zara.

"Sorang je ke hari ni? Mana partner you?" Tanya Shikin apabila lelaki yang biasa di kaunter tiada hari ini.

"Oh, dia ada meeting sikit hari ni." Zara berdehem sedikit. Berdua seperti ini membuatkan dia gugup sedikit.

"Oklah, tak payah cakap panjang. Macam mana? Cadangan I hari tu, you setuju? Ayu dah teruja sangat bila diberitahu Hafiey akan jadi papa baru dia." Serta-merta gugup Zara hilang bila mendengar ayat terakhir Shikin.

"Oh...you beritahu Ayu?" Dengan yakin Shikin tersenyum.

"Ofkos. Lagipun, takde sebab kenapa you takkan setuju kan? I dah beritahu you, bila Hafiey kawin dengan I, I akan pastikan dia lebihkan you. I...janji." Zara menyatukan jari jemarinya dan memandang Shikin sebelum turut tersenyum.

"Baguslah kalau macam tu. I suka. Tapi, sayangnya. I tak setuju Hafiey kawin dengan perempuan lain, lagi-lagi you." Berubah muka Shikin. Tapi dia cuba tenang.

"Kenapa? I dah bagitahu you, kita akan adil satu sama lain. Apa lagi yang you tak setujunya?" Ada nada marah di suara Shikin.

"I tahu cerita you dengan Hafiey dulu. Kenapa korang boleh tak jadi." Shikin tersenyum.

"So, you tahu. Dia beritahu you ke?" Zara tidak menjawab soalan Shikin yang itu. Memang tak la Hafiey nak bagitahu dia.

"I terfikir, dalam dunia ni ramai lagi lelaki single yang perlukan isteri. Yang masih mencari mrs perfect, kenapa suami I? Dan I dapat jawapannya. Kenapa you nekad nak Hafiey." Mereka berbalas pandangan.

"Sebab apa?"

"Sebab you dengan dia pernah bercinta dulu. So, sekarang bila you single balik, you yakin dia masih tak boleh lupakan you. You harap Hafiey akan terima you balik. Lupakan masa susah yang you buat dulu, dan hidup bahagia dengan dia. Kan?" Shikin mengepal tangannya dalam diam.
Tapi mukanya masih mencuba untuk senyum.

"Sanggup you eh? Jadi hipokrit macam tu. Bila dia busy, you bosan, you cari laki lain, curang. Bila laki lain yang you rasa boleh bahagiakan you tinggal you, dengan anak sorang pulak tu, pandai pulak you cari Hafiey balik. You ingat dia nak ke you? Dah la pernah hancurkan hati dia, sekarang senang-senang nak suruh dia lupakan hal dulu dan terima you sekarang? Kalau I jadi Hafiey pun, I takkan terima you."

Shikin kelihatan menelan liur sebelum mencuba idea baru.

"So what? Sekurang-kurangnya kawin dengan I dia akan dapat anak. You? Apa ada? Bila you kawin? Hampir setahun dah kan? Takkan takde hasil lagi? You dah cek ke peranakan you? Mana tau kut-kut.....mandul ke?"

Dia ketawa sinis. Zara bangun dari kerusinya dan mendekati Shikin. Baru Shikin mengangkat mukanya, pipinya sudah terteleng akibat ditampar Zara. Berbekas tapak tangan di wajah Shikin.

"Apa you buat ni?" Suara Shikin dingin. Sakit di pipinya tidak terperi. Giliran Zara ketawa sinis.

"Opps, sori. I cuba kawal tangan I, tapi sampai kat situ pulak. Sori. By the way, you tahu apa pandangan I bila you kata nak kawan dengan I? I rasa gembira. Tak sangka, yang walaupun you buat macam tu pada Hafiey I, you masih seorang yang baik. Tapi, betul la. Firasat I tak salah kali ni. You memang ada maksud sendiri bila you datang sini."

Pandangan tajam dilemparkan kepada Zara tapi sedikit pun tidak dihiraukan. Zara kembali duduk di kerusinya.

"Sorang perempuan takkan pernah doakan perempuan lain mandul. Melainkan.... dia you. You apa tahu I mengandung ke tak? You boleh tahu ke perempuan mengandung macam mana? Well, I sadly told you, I am pregnant right now. Kecewa kan?" Tiada jawapan dari Shikin. Dia masih lagi memegang pipinya.

"You rasa sakit hati I tampar you? Baguslah. Cuba you bayangkan you di tempat I. Bila ada perempuan lain yang cuba rampas suami you.

Kalau you rasa tak puas hati, apakata you pergi cari Hafiey sendiri. Ajak dia nikah. Yelah, memandangkan you nak kawin dengan dia. I cuma tambahan je. You boleh beritahu I tampar you sampai berbekas kat pipi tu. Jangan ingat I diam, you boleh pijak kepala I." Shikin menunduk.

"Perbincangan kita dah selesaikan? I rasa dah takde apa lagi nak cakap. Keputusan semua kat tangan Hafiey. Kalau dia setuju, I on je. Tapi, I yakin, dia takkan terima you balik. Apa lagi? Keluar la. I ada banyak lagi kerja selain nak fikir pasal hal ni." Katanya lalu mengambil fail dan membeleknya. Shikin mengambil handbagnya dan bergegas keluar.

Keluar saja Shikin, Zara melihat tangannya yang terketar. Dia meletakkan kembali fail dan menarik nafas panjang. Nampak je macam berani, tapi dia sebenarnya takut. Macam mana kalau Shikin tampar dia balik tadi? Silap-silap boleh bergaduh mereka di dalam pejabat.

Bunyi tepuk tangan muncul sebaik saja pintu dibuka. Zara melihat ke arah pintu di mana Khai masuk. Khai membawanya segelas air, sesuatu yang dia sangat-sangat perlukan sekarang ni.

"Thanks." Katanya selepas menegup habis air di dalam gelas dengan sekali nafas.

"Wow! Penolong ketua pengawas yang langsung tak berani nak tinggikan suara kat budak-budak lain dah pandai lawan orang. Wow! Macam mana kau jadi berani macam tadi?" Zara tertawa lalu mengangkat kedua bahunya.

"Eh, tapi betul ke kau mengandung? Tak beritahu pun." Zara berdiam seketika.

"Tak, aku tak mengandung pun." Membutang mata Khai.

"Aku acah je." Khai mengeleng dengan alasan Zara.

"Kuat sangat ke aku cakap tadi sampai kat luar pun dengar?" Dia mula risau, jika ada orang mendengar nama Hafiey disebut.

"Takde la. Aku je yang dengar tadi, sebab aku jaga kaunter hari ni." Zara bernafas lega.

"Aku kena guna tandas." Katanya lalu menyeluk handbag.

"Okay. Tapi, kau tak payah beritahu aku kut. Aku tak nak tahu." Katan Khai yang sepertinya ingin keluar.

"Khai, jangan la keluar lagi. Aku nak guna tandas ni." Khai berpaling semula.

"Habis tu? Kau nak aku buat apa? Jagakan pintu tandas untuk kau? Sori la, aku laki kau perempuan. Mati aku kalau Hafiey tahu. Lagipun tu kan tandas special yang untuk kegunaan boss je."

"Stay je la. Aku nak cek aku mengandung ke tak ni. Memandangkan kau salah sorang besfren aku, aku nak kau tahu dulu." Dalam tercengang, Khai mengangguk.

Selang beberapa minit kemudian, Zara keluar dengan muka kosong. Khai dengan rasa berdebar, macam dia pulak laki Zara, berhenti ulang alik dan memandang Zara.

"So?"

"Aku.........."







Hafiey

"Okay, terima kasih encik. Insyaallah, kalau takde aral minggu depan saya masuk." Hafiey dan ejen itu bersalaman sebelum Hafiey bergerak meninggalkan tempat itu. Sebelum itu, dia sempat merenung tempat yang bakal menjadi milik dia dan Zara tidak lama lagi.

Seterusnya, berjumpa dengan kak Mas. Menurut lokasi yang kak Mas bagi ni, diorang akan berjumpa dekat.....restoran Zara?

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now