Bab 45

4.4K 121 0
                                    

"Kau tak penat ke?" Dengan diam Zara mengeleng. Matanya di tv, fikirannya di lain.

"Ok la kalau kau tak penat, aku penat. Aku masuk tidur kejap eh?" Zara mengangguk dan masih tanpa suara.

Sebaik mendapat respon Zara, Tina bangun masuk ke bilik tidurnya. Tak lama kemudian, dia datang kembali dengan membawa dua biji bantal. Zara melihatnya dengan tanda tanya. Tadi kata nak tidur. Tapi, ayat itu tidak keluar, sebaliknya cuma mengikut mata saja.

"Ok, aku tahu kau ada something sebenarnya duk fikir. And aku tahu benda yang kau fikir tu berat. Kan?" Zara tersenyum. Tina memang mengetahuinya.

"Macam mana kau tahu?" Giliran Tina pula tersenyum.

"Alah, macam tak kenal kau. Kita tidur sebantal dari masa uni lagi tau. Aku kenal la besfren aku. Kau ada masalah kat rumah ke?" Zara sekali lagi memandang Tina.

"Tak payah pelik. Aku kenal kau, aku kenal kau. Kalau tak, takkan la tak sampai dua jam kita balik holiday, kau tiba-tiba datang sini. Biasanya kita mesti rasa penat, nak tidur je especially perjalanan dengan bas. Tapi, kau datang sini, senyap je. Tengok-tengok bukak tv." Senyuman hambar di bibir Zara kerana otaknya melayar lagi peristiwa tadi.

"Weeeh, kau beli pregnancy test? Weeewh, aku bakal jadi auntie ke?" Cepat Zara berpaling melihat Tina menyelongkar plastik farmasinya.

"Tak tahu lagi la. Aku saja je beli kut-kut ada tanda." Kecewa Tina.

"Lah, ingat beli sebab nak cek. Rupa-rupanya saja beli untuk persediaan masa depan. Kau ni, buat suspen jek. Dah ar, aku nak tidur. Gudnite, ni bantal kau. Lebih baik kau tidur sebelum balik. Badan kau tu nak rehat." Pesan Tina sebelum dia terlena.

Dari duduk kepada berbaring. Fikiran Zara terus bermain-main saat dia berjumpa Shikin tadi. Telefonnya bergetar, entah berapa kali. Saja dia menukar kepada mood vibrate untuk mengelak daripada berbunyi. Tidak perlu dia melihat skrin, kerana dia tahu siapa pemanggilnya.

Perlahan, Zara membuka pintu rumahnya. Tidak disedari, dia keluar beli itu ini sudah dua jam, dia balik ke rumah sewa, tidur, bangun, borak-borak, dah tiga jam, sengaja mengambil jalan jauh untuk balik, satu jam. Sedar-sedar, hari sudah pun malam.

"Malam baru tahu nak balik?" Zara terasa seperti dimarahi umminya pula. Dia mengangkat muka melihat Hafiey menatap tv di ruang tamu. Tak usah dikata, dia tahu Hafiey menahan sabar.

"Sorry. Jalan jam tadi. Zara masuk bilik dulu eh, nak mandi. Berlengas sangat ni." Katanya bergegas terus ke bilik tidur.

"Tunggu dulu, abang tak habis cakap lagi." Dengan kerutan, dia berpaling semula.

"Ye? Ada apa-apa lagi ke?" Suaranya diceriakan supaya Hafiey tidak tahu ada masalah di fikirannya kini.

"Sayang pergi mana tadi?" Dengan senyuman, dia mengangkat plastik di tangannya.

"Shopping sikit tadi."

"Ada jumpa sesiapa ke? ...... Kalau tak, takkan macam ni lewat balik. Kenapa tak bagitahu abang nak keluar?" Zara mendekati Hafiey lalu mencapai tangannya.

"Zara minta maaf ye bang sebab keluar tak bagitahu abang. Cumanya tadi tak plan pun nak keluar. Lagipun, Zara ingat keluar kejap je. Tak sangka jalan jam." Dia mencium tangan Hafiey sebagai tanda meminta maaf.

"Betul sayang pergi shopping je tadi? Takde benda lain dah?" Teragak-agak Zara mengangguk. Sebelum Hafiey bertanya lebih lanjut, lebih baik dia masuk mandi dahulu.

Hafiey melihat Zara yang terburu-buru masuk ke bilik, lari daripada soalan-soalannya. Yang pasti dia tahu isterinya menipu. Kerana, Zara takkan guna 'Zara' kalau bercakap dengannya, dia akan guna 'sayang'. Yang kedua, dia nampak senyum Zara tidak ikhlas. Macam terpaksa.








Sekejap dia ke kiri, sekejap dia ke kanan. Tidurnya tidak lena malam itu. Zara cemburu dengan Hafiey yang tidur lena di sebelahnya. Dia melihat siling biliknya.
Dia sedang berdebat dengan diri sendiri ketika ini.

Apa kau nak runsing Zara? Hafiey cuma sayang kau sorang je. Dia takkan pilih perempuan lain walaupun ex dia. Ex dia yang hampir nak nikah tapi tak jadi. Ayat last itu tidak membuat dia rasa selamat. No, dia tak boleh macam ni.

Zara bangun dari katilnya dan masuk mencuci muka di bilik air kemudian keluar semula. Tudung express dicapainya kemudian dia membimbit beg duit dan telefonnya. Selesai membelek wajah di cermin dia berpaling. Terkejut Zara bila Hafiey bangun dari katil dan memandangnya.

"B..bila abang bangun?" Hafiey tidak senyum kepadanya seperti biasa.

"Sayang nak pergi mana? Pukul....3 pagi macam ni? Kalau abang tak bangun tadi, dah tentu sayang keluar tak bagitahu abang lagi kan?" Zara mengeleng dan mendekati suaminya di katil.

"Tak, Zara nak kejut abang la tadi. Tapi, tak sangka abang dah bangun. Zara nak keluar kejap bang." Hafiey memandangnya dengan muka serius. Gaya Zara meminta izinnya macam dia nak keluar hari-hari macam biasa. Tapi ni 3 pagi kut.

"Abang ikut." Zara mendiamkan diri dan melihat Hafiey bersiap.

"Sayang nak ke mana masa macam ni?" Tanya Hafiey apabila perjalanan keluar mereka senyap.

"Zara nak ke Mc Donald je. Teringin nak makan aiskrim dia." Membulat mata Hafiey.

"Sebab aiskrim je sayang keluar 3 pagi? Tak boleh tunggu esok ke? Nasib baik abang bangun tadi." Zara diam di tempat duduknya. Rasanya Hafiey memarahi dia. Hafiey berpaling sekali dua bila isterinya diam seperti tadi.

"Sayang nak aiskrim apa? Kita makan kat sana lah senang." Zara berpaling melihat Hafiey.

"Abang tak kerja ke esok?"

"Habis tu, sayang tak kerja ke esok?"

"Sori, sebab Zara abang keluar pagi-pagi macam ni. Kalau abang mengantuk esok macam mana?" Hafiey tersenyum sedikit.

"Kalau macam tu, esok kita mengantuk sama-sama la." Zara ketawa kecil dengan cadangan Hafiey.








Hafiey

"Sayang, bangun solat."

"Nnnmm." Hafiey ketawa perlahan. Tu la, padahnya keluar 3 pagi sebab nak beli aiskrim.

"Bangun cepat, subuh nak habis dah ni." Setelah beberapa kali dikejut dan rengek kemudian, Zara kemudian bangun perlahan-lahan ke bilik air. Yakin Zara tidak kembali berbaring di katil, Hafiey keluar ke ruang tamu menonton tv.

Dia berharap yang Zara akan menyertainya. Tapi bila 20 minit tak keluar dari bilik lagi, dia menjenguk ke bilik. Hafiey ketawa lagi bila Zara tertidur di dalam kain sembahyangnya. Masih di atas sejadah.

"Haish, sayang ni macam-macam la." Dia mencabut baju sembahyang Zara dan memimpin isterinya kembali ke katil semula. Sejurus selepas itu, dia ke luar kembali. Ada urusan yang perlu diselesainya. Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor Kak Mas.

"Akak, Hafiey ni. Rasanya nak jumpa orang tu hari ni la. Akak boleb set up temu janji dengan dia tak?.... Lepas habis shooting la. Sekejap je kan hari ni?.... Apasal pulak dengan Anne? Lunch? Saya busy la kak..... Malas la..... Banyak masalah ni....... Tak, bukan Anne dah. Kali ni si Shikin pulak yang buat pasal... Shikin mana lagi kak? Yang tu la..... Ha, okay. Kat set saya cerita kat akak balik. Ye, assalamualaikum."

Hafiey meletak telefonnya di meja tv. Dia kembali melihat skrin tv. Tiba-tiba plastik di meja makan menarik perhatiannya. Plastik shopping Zara semalam.

"Apa benda la yang dibelinya sampai tak sempat tunggu aku balik. Farmasi?" Hatinya curiga. Apa benda yang dibeli di farmasi? Ubat? Supplement? Plastik dibuka dan matanya membulat.

"Ni....ni...ni..."

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now