Bab 30

4.2K 132 2
                                    

Sebelum start story, sy nk tanya pendapat korang semua. Korang okay ke kalau cerita bab dia lebih 40? 40 ke atas maksud saya. Bukan apa, sy takut korang bosan je kalau banyak2. Korang setuju tak?  Kalau tak, saya pendekkan je cerita ni. Komen korang saya tunggu. 😻

Zara menapak ke dapur dengan hati yang berat. Dari dia kecil lagi, antara ummi dan abahnya, ummi adalah orang yang paling ditakutinya. Dan takutnya ini telah membawa kepada dia menjadi seorang yang berdisiplin.

Dia membuat air secepat yang mungkin dan berhati-hati mengangkat air ke depan. Sambil Zara bersimpuh menuang air, dia melihat muka-muka ummi abah dan Hafiey. Neutral. Soal jawab tak mula lagi ke? Ke dah habis?

"Duduk Zara." Zara duduk di sebelah Hafiey yang kelihatan tenang.

"Abah nak tanya. Korang berdua bergaduh ke?" Zara mengeleng laju dan mendapat jelingan ummi. Sementara Hafiey menjawab tidak.

"Kalau tak, kenapa dah seminggu Zara duduk sini? Kenapa hari ni baru kamu datang? Tinggal asing-asing?" Zara mengeleng sekali lagi. Tapi dia memandang juga Hafiey. Tidak tahu hendak mereka cerita bagaimana.

"Tak abah, kitorang okay je, takde masalah. Zara balik sini sebabnya seminggu lebih ni angah selalu takde kat rumah. Sibuk shooting sana sini. Angah kesiankan Zara duk rumah sorang-sorang, so angah suruh la Zara pilih nak tinggal mana, dia cakap datang sini."

Zara menunduk mendengar penjelasan Hafiey. Dia tak sibuk sana sini, dia ada kat rumah. Dan Zara sendiri masih belum memberitahu Hafiey yang dia ke sini.

"Ok, minum air tu. Nanti lambat pulak nak balik ke sana." Perlahan suara ummi berbunyi. Sepertinya mengalah. Habis saja minum, mereka ke kereta. Tapi sebelum masuk, dia ke pintu semula. Di luar rumah, dia mendengar perbualan ummi dan abahnya.

"See? Diorang okay, takde masalah. Tak payah nak fikir buruk sangat la Zah. Tahu la diorang nak uruskan perkahwinan diorang. Masing-masing dah besar panjang."

"Tapi, abang dengarkan kat tv. Apa diorang kata pasal angah dengan sorang artis tu. Ke hulu ke hilir sama-sama. Saya kesiankan Zara, bang. Dia kat rumah sendiri. Nak beritahu dia isteri Hafiey memang tak boleh. Hafiey tu pulak dengan siapa-siapa pun boleh. Saya takut"

"Haak, jangan sambung ayat tu. Apa fikir macam tu. Tu la awak, dengar sangat berita khabar angin macam tu. Takkan jadi yang bukan-bukan, cuba fikir yang baik-baik sikit. Lagipun, kita dulu setuju cara ni, so macam ni la. Saya tahu Zara kuat, dan dia percayakan angah. Kalau dia boleh percayakan angah, mengapa tak kita?" 

Sedih Zara mendengar isi perbualan ummi dan abahnya. Tidak menyangka dia pula yang menjadi topik perbualan mereka. Dari hendak masuk, dia berpaling semula ke kereta dan berlalu.






"Kenapa datang rumah ummi tak bagitahu dulu?" Zara berpaling apabila terkesan dengan perubahan suara suaminya.

"Kenapa? Saya dah tak boleh dah ke balik rumah ummi sendiri?" Kini giliran Hafiey pula berpaling.

"Tak, abang tanya je. Takde call ke apa ke, tiba-tiba dah ada kat sini. Apa ummi dengan abah kata sayang datang sorang. Duduk sini lama pulak tu." Zara ketawa sinis.

"Tak call? Tak call? Saya tak call ke abang yang tak jawab?" Hafiey tidak suka dengan suara sinis Zara bercakap dengannya.

"Okay, abang tanya je, elok-elok. Kenapa sayang nak melenting macam ni?" Zara menarik nafas panjang. Dia tak boleh macam ni. Lama tak jumpa rindu. Bila dah jumpa bertekak pulak.

"Ok, I need rest. Kita dah lama tak jumpa, jumpa pun dah lewat macam ni. Saya biasanya dah tidur dah masa ni. So, sorry kay." Hafiey mengangguk walaupun dia masih berasa tidak puas hati.








Hafiey

"Makin banyak papa mama dengar pasal angah kat luar. Pasal angah dengan pelakon baru tu." Hafiey mengeluh dan meraup mukanya.

"Pasal ni je ke mama panggil angah balik? Sebab nak bincang hal ni? Kamon la ma, pa, benda kecik"

"Benda kecik angah kata? Mama nak tanya ni, benda kecik ni ada tak pengaruh hubungan angah dengan Zara?" Hafiey mengingat kembali perbualannya dengan Zara di dalam kereta tadi. Mungkin....ada kut.

"Hah kenapa diam? Tak tahu perangai isteri sendiri ke? Diam ni maknanya korang ada masalah la ni kan?" Hafiey mengangkat bahunya. Naik angin mamanya melihat.

"Abang, tengok la angah ni. Ya Allah, malunya saya pada Zah dengan abang Yusof. Kita mintak anak diorang untuk anak kita, tapi dia tak pandai jaga pulak." Hafiey termenung mendengar luahan mamanya.

"Angah dengar tak mama kata tu? Dah kawin buat cara dah kawin. Jangan bagi harapan palsu pada mana-mana perempuan, termasuk la pelakon yang kamu rapat sangat tu. Cuba fikir kalau angah ada di tempat Zara, apa yang angah akan buat kalau Zara tu ada someone special?"

"Pa...." Dia tidak suka membuat contoh seperti itu. Memandangkan memang ada orang yang suka Zara macam dia suka.

"Angah takde hubungan okay dengan Anne tu, mama tak payah sibuk nak dengar sangat kata tv tu semua. Pa, papa kena percayakan angah. Angah takkan sanggup nak lukakan hati sapa-sapa dan ni termasuk Zara. So, chill kay." Ketiga-tiga mereka mengeluh perlahan.

"Dah takde pape kan nak bincang, angah masuk tidur dulu. Jangan fikir sangat, benda gosip ni sekejap je. Goodnight mama, papa." Hafiey berlalu ke biliknya selepas itu.

Dia membuka pintu perlahan-lahan, bimbang jika Zara sudah pun tidur. Tapi dia tersenyum senang apabila melihat Zara sudah pun berbaring, cuma matanya saja masih celik bermain telefon.

"Sayang jaga lagi?" Zara merendahkan sedikit telefonnya dan melihat Hafiey yang mula masuk dan berbaring di sebelahnya.

"Mama papa cakap apa? Kenapa cakap dengan abang je? Komplen pasal sayang eh?"  Hafiey ketawa dengan andaian isterinya.

"No la, apa pulak nak komplen sayang. Sayang jadi manantu mama ni, tip top! Papa suka, mama suka, abang lagi suka!" Pandangan Zara bertukar sinis melihat Hafiey. Dah kenapa dia ni?

"Well, okaylah macam tu. Goodnight." Dia meletakkan telefon di bawah bantalnya lalu mengiring membelakangi Hafiey, bersedia untuk menutup mata.

"Ala sayang, nak tidur dah ke?" Dengan tidak berganjak, Zara berbunyi 'apa'.

"Rindu." Zara berpaling semula melihat Hafiey dengan muka kesiannya. Dia mengeluh perlahan dan menarik Hafiey membuatkan suaminya tersenyum panjang.

"Ikhlas kan ni?"

"Yer."

"Tu bunyi macam tak ikhlas je."

"Ye abang sayang, intan payung, sayang ikhlas ni baby, honey, sweetheart. Puas hati?"

"Sangat. Love you sayang."

"......"

"Sayang? Love you."

"Kruh, kruh."

"Sayang jangan nak pura-pura tidur eh. Abang tahu sayang bunyi macam mana kalau tidur."

"What? Nak komplen la ni?"

"Tak komplen sayang. Abang cuma nak dengar love you je dari sayang. Kalau takk..."

"Kalau tak?" Hafiey menggeletek Zara sehingga dia ketawa dan merayu diberhentikan.

"Apa la abang ni. Kalau mama papa dengar macam mana?"

"Biarla. Tu tandanya kita pasangan bahagia."

"Ok fine, kalau adik dengar? Malu la bang."

"Kalau adik dengar, tu namanya bala. Budak sekolah tidur dah masa ni. And sayang pun kena tidur. Esok kerja kan?"

"Ok, goodnight."

"Sayang, love youuuu..."

"......"

"Sayang?!"

"Okay, love you! Now, can I sleep please?"

"Gladly. Love you sayang."

"Abang!"

"Hahaha, ok tidur-tidur. Orang kacau sikit pun tak boleh. Hai, la intan payung abang ni. Love you darling."

"Zzzzz...."

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now