Bab 44

4.1K 114 2
                                    

Zara menahan diri dari terus-terusan menguap. Tanpa disedari, perbuatannya itu diperhati Tina.

"Ni kali ke lima belas kau dah menguap atau cuba tahan mengantuk tu. Kau fikir apa? Tidur je la. Lambat lagi kut kita nak sampai." Zara mengangguk-ngangguk. Tapi dia langsung tidak dapat lelapkan matanya kerana masalah yang menganggu fikirannya sekarang.

1.Walaupun mereka bahagia je semalam, pagi ni Hafiey buat hal. Alang-alang dia tahu Adib tahu dia ada di sini, dia mengajak Zara pulang bersamanya memandangkan mereka akan pulang ke tempat yang sama. Tapi Zara menolak, baginya tidak elok tak bersama pekerjanya sehingga balik memandangkan mereka datang sekali. Dah suaminya merajuk pulak. Zara mengeluh, dah macam budak kecik.

2.Dia rasa bersalah kepada Adib. Sejak Adib tahu yang Hafiey ada di percutian mereka, dia telah menjauhkan diri dari Zara. Balik ini pun, dia duduk di sebelah Khai. Bukan seperti mereka datang dulu.

3.Walau seronok macam mana pun shortvacay dia dan Hafiey, fikirannya masih tidak berhenti memikir kemungkinan penyebab lain kepada periodnya lewat. Stress? Ada jugak, fikir pasal restoran dan jugak pasal scandal suaminya yang sepeti tidak pernah habis. Kemungkinan kepada mengandung? Dia tidak mahu terjun ke keputusan itu.

4.Cara pujuk Hafiey, pujuk Adib dan beli pregnancy test.

Dia mengerling Adib dan Adib sepertinya turut memandangnya. Bila nampak Zara melihatnya, Adib segera mengalihkan perhatiannya ke luar tingkap. Zara mengeluh perlahan.





Sampai saja di restoran mereka, Zara terkocoh-kocoh mengejar anak langkah Adib yang menguruskan barang dan beg pekerja-pekerjanya.

"Adib! I'm sorry!" Katanya walaupun tahu Adib sibuk dengan beg dan barang-barang. Adib tidak mempedulikan dia dan masih menyibukkan diri.

"Saya tak tahu pun dia akan ikut sekali. Percutian ni memang sepenuhnya untuk restoran kita." Adib berhenti memunggah barang dan berpaling.

"Kalau betul la cuti ni sebab nak bersama dengan pekerja-pekerja kita, awak takkan curi-curi keluar sebab nak spent time dengan dia." Zara tunduk.

"Balik je la, lagipun saya yakin dia pun dah lama tunggu tu. Siap jeling-jeling kat sini lagi." Zara melihat arah pandangan Adib. Di belakang bas, terdapat kereta Hafiey. Pastinya menunggu dia.

"Zara mintak maaf." Katanya perlahan, tapi Adib telah pun menyambung kerjanya.

"Balik la, tak dengar ke apa yang Ad kata?" Tiba-tiba Dahlia menyampuk perbualan mereka.

"I'm sorry." Katanya sekali lagi. Zara kemudian mengambil begnya dan berlalu ke kereta Hafiey dengan wajah menunduk. Dia sedih kerana gagal memujuk Adib. Walaupun mereka sudah tiada apa-apa, Adib masih lagi penting kepadanya. Kerana dia dan Adib boleh dikata membesar bersama-sama. Walaupun semua cuma bermula di sekolah rendah.

"Borak apa tadi lama sangat?" Zara mendiamkan diri, dia tidak mahu mood tak baiknya mempengaruhi komunikasi mereka.

"Hmm?" Zara bermain dengan jari-jemarinya sebelum menjawab.

"Something." Hafiey akhirnya faham yang Zara malas bercakap. Dia akhirnya memandu pulang.

Sampai di rumah mereka, Zara berehat di atas sofa mereka. Perjalanan balik dan juga perjalanan ke tingkat rumah mereka sangat memenatkan.

Dia ingin duduk, dan mungkin jugak bersenang-senang dengan Hafiey. Dah tiba perang dingin yang dia buat dihentikan. Rasa bersalah pula buat suaminya seperti itu. Tapi, dia hairan apabila Hafiey tiba-tiba menukar pakaian, sepertinya bersiap nak ke tempat lain.

"Abang nak ke mana?" Hafiey yang memakai stokin berpaling melihatnya dan datang mendekat.

"Abang kena keluar kejap sayang. Ada perubahan tempat dalam drama yang perlu semua pelakon ada kat sana." Muncung mulutnya.

"Kaki sayang cramp. Sayang penat sangat. Sayang nak rehat dengan abang." Katanya dengan nada yang sebak. Terasa seperti Hafiey mahu meninggalkannya.

"Laa, kenapa mata sayang berair pulak ni? Abang keluar kejap. Petang nanti abang balik. Sayang nak kirim apa-apa call abang eh. Kaki sayang ni, sapu minyak urut sikit tau. Abang pergi dulu, assalamualaikum." Zara melihat Hafiey berlalu memakai kasut dan melambainya.

Dia mengesat air yang masih bertakung di pelupuk matanya. Ya Allah, kau ni Zara, macam tak biasa je Hafiey pergi. Sebelum ni dia pergi pagi balik pagi pun takde kau macam ni. Astaghfirullah. Zara meraup mukanya dan masuk mengambil air wuduk.



Hafiey

"Hafiey, lamanya tak jumpa. You bercuti kat mana? Tak beritahu I pun, kalau tak boleh kita bercuti sama-sama. Kan?" Hafiey tersenyum hambar. Terima kasih je la, aku tak nak bercuti dengan kau. Bisik Hafiey.

"Eh, lepas ni jom lunch sama-sama. Boleh practise terus benda ni." Anne mengenggam skrip di tangannya.

"Sori la Anne, I ada hal la lepas ni. Lain kali eh." Wajah Anne muram apabila Hafiey menolaknya.

"Hal apa? I ikut boleh? I boleh tumpang you balik sekali." Hafiey mengeleng perlahan.

"Hal ni, hal yang takde siapa boleh I bawak. Sorry eh. Balik tu, you balik dengan manager you la. You datang dengan dia kan tadi? Akak!" Cepat-cepat Hafiey melarikan diri dari Anne dengan mendekati Kak Mas. Kak Mas ketawa melihat dia kalut seperti itu.

"Kenapa takut sangat? Anne tu tak makan orang la. Dia makan daging, nasi je." Hafiey menjeling.

"Creepy la dia tu kak. Lepas ni, tak payah la akak set up apa-apa drama dengan dia." Kak Mas ketawa lagi. Hafiey bersyukur, akhirnya kak Mas nampak yang dia tidak suka Anne.

"Hal satu tu, akak dah dapat cari ke?" Kak Mas teringat tentang keperluan baru Hafiey. Lalu dia menyeluk handbagnya dan mengeluarkan sekeping kad.

"Hafiey call je agent ni. Akak dah beritahu dia yang Hafiey nak call dia. Ni, mama papa tahu dah ke ni? Tu, Zara tahu ke?" Hafiey mengeleng.

"Biarlah semua dah settle dulu. Dah siap, bawak je la. Thanks akak." Kak Mas memeluk tubuhnya.

"Hmm, sama-sama. So, lepas ni tolong la. No scandal, no urgent news apa la. Yang terbaik je pasni akak mintak." Hafiey mengangguk-angguk.





Zara

Zara keluar sekali lagi keluar dari rumahnya untuk ke farmasi. Bila saja dia meminta pregnancy test kepada pekerja farmasi itu, mereka memandangnya pelik. Zara tersenyum sinis.

"Saya dah kawin okay, dan umur saya 26." Mereka meminta maaf dan beredar mengambil barang yang diminta. Zara mengeluh, mempunyai muka budak ni kadang-kadang membuatkan dia mendapat reaksi negatif dari orang lain.

Selesai urusannya, dia masuk ke dalam kereta. Zara memegang perutnya dan berfikir. Kalau betul dia berisi, apa akan jadi lepas ni? Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Segera Zara menyelongkar begnya bimbang itu Hafiey. Tapi rupanya nombor yang tak dikenali.

Salam Zara. Ni nombor Shikin ni. Restoran Zara dah bukak ke hari ni? Rasa nak lunch kat sana hari ni.

Dengan malas dia menaip tidak kepada Shikin. Dia seterusnya memikir ke mana arah dia sebelum balik hari ini. Telefonnya mesej masuk lagi. Dan masih lagi Shikin.

Oh ye ke? Takpelah. Ekceli, Zara. I sebenarnya nak lunch dengan you. Ada something nak bincang. Boleh kita jumpa? Ke you busy?

Oleh kerana dia tiada perancangan lagi selepas ke farmasi, Zara bersetuju. Dia memandu ke tempat yang akan mereka bertemu.



"I sebenarnya nak jumpa you pasal Hafiey ni." Zara melihat wajah Shikin yang separuh gembira separuh risau itu. Kenapa ni.

"I nak Hafiey. I tak kisah kalau kita bermadu pun. Bagi I peluang, I yakin yang I mampu jadi terbaik untuk Hafiey, dan juga untuk you."

Zara berhenti menyedut air dan matanya membulat. Dia tak salah dengarkan?


Hafiey

Ping!

Hafiey, I dah mula plan nombor satu I. Dan ia dimulakan dengan jumpa dengan Zara. Wish me luck, darling.

"What?!!"

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now