Bab 5

4.5K 156 1
                                    

"Zara....busy ke?" Zara ketika itu sibuk memeriksa stok barangan dapur bersama Khai. Dia tidak menyedari ada yang memanggilnya. Sehinggalah bila Khai menepuk perlahan bahunya barulah dia menyahut.

"Apa? Aku tengah kira ni. Nanti aku salah kira, kau marah aku." Dia berhenti membebel kepada Khai apabila menyedari lelaki itu telah keluar dari bilik stok. Yang ada dengannya kini cuma Adib. 

"Ya, kenapa?" Tanya Zara lalu menyambung kiraannya. Deheman Adib menghentikan tugas Zara.

"Saya nak cakap pasal kita." Zara keras sebentar sebelum berpaling melihat Adib. Dia mengajak Adib masuk ke pejabat supaya tidak dilihat pekerja-pekerja mereka.

"Saya rasa.....saya perlukan waktu." Zara mengeluh perlahan. Jawapan Adib tidak mengejutkan dia.

"Okay, take your time. Walaupun saya rasa dua minggu dah cukup lama untuk awak cakap benda ni je." Zara berpeluk tubuh.

"No Zara. Maksud saya, saya perlukan waktu untuk kita ke peringkat seterusnya dalam hubungan ni." Zara agak sentap sedikit, tapi tetap jawapan Adib ini tidak mengejutkan dia.

"So, maksud sebenar awak, kita putus?" Adib teragak-agak pada mulanya, kemudian dia mengangkat bahu. 

"Atas alasan apa? Boleh saya tahu?" Giliran Adib pula yang mengeluh.

"I don't know. Mungkin saya belum bersedia nak kawin, kita muda lagi. Saya nak usahakan perniagaan ni dulu, baru nak fikir tanggungjawab lain. Tapi saya tak kisah kalau awak nak tunggu." Zara mengeluarkan ketawa yang sinis mendengarnya.

"Saya boleh tunggu, tapi ummi abah saya takkan biarkan saya tunggu. Dan sekarang ni pun, saya rasa malas nak tunggu. So we are over. Terima kasih cakap ni awal-awal, memudahkan urusan saya kenal bakal suami saya nanti." Zara bergerak untuk keluar dari pejabat tapi Adib memanggilnya.

"Bisnes kita?" Zara menarik nafas. Dalam hal ini pun dia masih lagi memikirkan bisnes lagi, fikir Zara.

"Jangan risau. Kita tetap bisnes partner walaupun antara kita dah takde pape. Saya takkan merasa akward tu sebab sepanjang kita couple pun, saya tak merasa pun macam mana jadi kekasih kepada Adib. You treat me as friend. So, kita kawan je lah walaupun pernah jadi ex. Deal?" Perlahan-lahan Adib mengangguk.

"Sori Zara." Zara cuma tersenyum dan keluar dari pejabat. Entah kenapa dia tidak berasa terlalu sedih, yang menguasainya sekarang cuma perasaan marah. Sedihnya ada, cuma sedikit.

"Zara, peminat popular kau datang weh." Tegur Khai apabila dia baru masuk ke ruang stok.

"Hah, sape?" Jelas dia masih lagi bengang dengan hal tadi, oleh keran itu suaranya agak kasar sedikit.

"Kau okay ke? Kau cakap apa dengan Adib tadi?" Dengan senyuman sinis dia melihat Khai.

"Kitorang breakup. Alasan dia, tak bersedia nak kawin lagi. Muda lagi katanya. 25 tahun bagi lelaki mudalah. Perempuan ni?" Khai memandang Zara yang nampak geram ketika menguruskan barang-barang.

"Dah-dah, tak payah buat kerja la kau. Rosak nanti barang-barang dapur kau kerjakan. Kau pegang je board ni, biar aku kira." Dia mengambil board dan bersandar di dinding, termenung.

"Aku nak nangis boleh tak? Tapi kau jangan ejek aku lepas ni. Aku nangis kejap je. Jangan tegur aku pun, buat je kerja tu." Khai dengan senyuman mengiyakan saja permintaan Zara. 

Dengan suara yang perlahan, Zara mengeluarkan air matanya. Dia berasa kecewa dengan Adib mendengar keputusannya untuk berpisah. Jauh di sudut hatinya, dia dapat mengagak punca sebenar Adib tidak mahu berkahwin dengannya. Tapi dia mendiamkan saja bimbang hubungan bisnes mereka tak menjadi seperti biasa.

"Dah?" Tanya Khai apabila 15 minit berlalu. Zara mengesat sisa air mata dan mengangguk. Dia berdehem sedikit untuk menghilangkan suara seraknya.

"Thanks Khai. Kau selalu faham aku. Kau selalu dengar masalah aku, nasihat aku, terima kasih." Kata Zara sambil tangannya masih mencuba mengesat air mata yang cuba keluar.

"Ye, ye. Tapi kau jangan ingat servis aku percuma." Zara melihat Khai. Apa maksudnya?

"Aku nak nombor Tina please?" Zara terus teringat akan teman serumahnya, Tina.

"Kau berkenan kat Tina ke selama ni?" Malu-malu Khai mengangguk.

"Nantilah aku tanya dia. Dia izinkan ke tak aku bagi nombor dia dekat engkau." Khai tersengih berpuas hati.

Keluar saja ke kaunter Tia menyerahkan Zara sekeping kertas. Ditanya apa, Tia memberitahu ianya dari peminat popular Zara. Zara bingung, tadi Khai sekarang Tia. Siapa peminat popular dia? Dia membuka kertas tadi dan berasa jengkel. Di dalam kertas itu terdapat autograf Hafiey bersama nota kaki di bawahnya.

Hai adik manis! Suka tak abang Hafiey bagi autograf? Saya bagi ni sebab hari tu saya teringat awak sorang je yang tak ambik gambar atau mintak autograf saya. Nak ambik gambar lain kali lah ya. Adik jangan rindu abang sangat tau, nanti abang datang lagi melawat adik.

Zara berasa amat geram dengan lelaki itu. Apa lelaki tu ingat dia teringin sangat ke nak autograf dia ataupun ambik gambar dia? Tak hingin. Ingin saja dia merenyukkan kertas itu dan membalingnya ke dalam tong sampah. Satu lagi, kenapa dengan panggilan adik tu? Tak suka!!

"Boss, autograf Hafiey ke tu? Nak!!!" Tia mencuri pandang nota di tangan Zara. Zara memandang kertas tadi dan muka kesian Tia. Dia akhirnya membuang bahagian nota kaki tadi dan menyerahkan kepada Tia. Nasib ada yang mahu, jika tidak tong sampah la jawabnya.     





"Hello akak? Zara dah takde apa-apa dengan Adib. Ya, hujung minggu ni Zara balik rumah. Okay, kirim salam ummi abah." Zara mengeluh perlahan. Dia berasa sia-sia bercinta dengan lelaki yang tidak menghargainya. Tapi dia akui dia juga yang bodoh jatuh cinta dengan lelaki workaholic seperti Adib.

"Bila kau nak beritahu aku?" Zara berpaling ke pintu bilik dan melihat Tina memandangnya.

"Aku terlupa." Tina menarik Zara ke depan tv dan menyuruhnya menceritakan kejadian hari ini. Sesudah itu, tidak habis dengan 'aku dah kata' keluar dari mulut Tina tentang Adib.

"Aku agak mami dia la yang banyak pengaruh dia pasal ni." Zara cuma mendiamkan diri mendengar bebelan Tina.

"Ah, dah sampai masa. Heartbroken kau tu kena ubat dengan tengok lelaki hensem macam Hafiey aku." Tanpa perasaan dia melihat drama di televisyen. Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang penting apabila melihat drama itu.

"Ya Allah Tina, aku terlupa! Khai mintak nombor kau." Tina mengeluh.

"Apa la kau ni. Ingat apa la tadi. Cakap kat dia, usaha sendiri nak dapatkan nombor aku." Mereka kembali melihat drama di tv. Senyuman sinis Hafiey mengingatkan Zara sekali lagi. Lelaki ni la yang selalu ganggu aku kat kedai.

"Weh, scene romantik macam ni patutnya senyum. Yang kau buat muka macam tak puas hati tu kenapa?" Zara berpaling melihat Tina.

"Kau ingat tak aku cakap ada shooting kat restoran?" Tina mengangguk.

"Dia, Hafiey datang ke restoran aku." Zara melihat wajah Hafiey yang kekal dengan senyuman sinisnya. Bagaikan mengejek dirinya. Aku benci dia! 

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now