Bab 31

4K 119 0
                                    

"Sayang, ambik la cuti, please. Please, please." Zara mengeluh perlahan. Sepanjang dia bersiap untuk ke restoran, dia sudah hilang bilangan berapa kali Hafiey mengucapkan ayat ini kepadanya.

"Abang dah lama tak spent masa dengan sayang. Ni pun kat rumah mama, bukan rumah sendiri. Eh, eh, eh." Dia berpaling menghadap Hafiey di belakangnya apabila sudah selesai memakai.

"Sayang dah siap dah pun ni abang. Sorry." Hafiey menarik muka masam. Tangannya dilipat ke dada.

"Sayang memang selalu macam ni. Pentingkan restoran daripada abang. Sayang memang tak sayang abang." Zara keliru, Hafiey merajuk? Siapa suami siapa isteri ni? Bila mengingatkan Hafiey datang mengambilnya semalam dan dia terpaksa menumpang suaminya, dia mengalah.

"Ok, macam ni la. Sayang memang tak boleh nak cuti straight macam tu je, apa kata sayang cuti separuh hari je? Okay?" Cepat Hafiey berpaling menghadapnya.

"Separuh hari je? Cuti penuh la. Hah! Memandangkan sayang tumpang abang, jangan harap abang nak hantar sayang. Kereta kat rumah sewa lagi kan? Hah!" Dengan cebikan, Zara bangun mencapai handbagnya.

"Okay fine, Zara call Adib datang ambik. Senang cerita. Bye abang, assalamualaikum." Cepat suaminya menghalang.

"Sayang ni, asyik nak menang je. Baru abang nak try skill pujuk sayang." Zara ketawa nakal melihat Hafiey yang akhirnya mengaku kekalahan.

Selesai breakfast apa semua, Hafiey memandu Zara ke restorannya. Mereka duduk sebentar di dalam kereta apabila melihat masa masih lagi awal.

"Sayang balik, call abang. Abang datang ambik sayang. Okay?" Zara mengherotkan bibirnya. Boleh percaya ke laki aku ni? Hari tu macam ni jugak, last-last balik dengan orang lain jugak.

"Hah, jangan nak buat muka macam tu. Abang datang ambik sayang. Call je." Zara tersenyum manis lalu bersalam dengan Hafiey sebelum keluar kereta.

"Oooo, laki datang ambik. Suke la tuuu." Gurau Khai yang melepasi Zara yang masih melambai kepada Hafiey.

"Diam la kau. Orang tak kawin tak tahu macam mana rasa." Khai berpeluk tubuh.

"Hamboi mulut. Kau, nanti aku kawin, aku nak eksyen lebih-lebih macam ni jugak. Tunggu la bila aku dah kawin nanti." Zara menjelirkan lidahnya lalu masuk ke pejabat.

Masuk sahaja waktu tengahari, dia dan Khai keluar untuk membeli stok-stok baru restoran mereka. On the way balik, dia mula menelefon suaminya supaya datang mengambilnya. Dan seperti hari itu, tidak berjawab.

"Hish, nak kena ni. Dia yang suruh orang call sangat. Bila kita callkan, tak angkat pulak." Zara mula membebel membuatkan Khai ketawa kecil.

"Dah, dah, kau nak pergi mana? Meh aku hantar kau alang-alang kita dah ada dalam kereta ni." Zara berfikir seketika.

"Boleh ni? Tak menyusahkan kau?" Khai memandang jelik Zara di sebelahnya.

"Kau ni macam la kita baru kenal semalam nak susah-susah pulak. Nak pergi mana? Rumah mak mertua kau?" Zara mengeleng.

"Hantar aku ke rumah sewa." Alang-alang dia di jalan, lebih baik dia ke rumah sewa mengambil keretanya dan balik ke rumah mama. Biar suprise teruk Hafiey dengan kehadirannya.









Masuk sahaja kereta Zara di perkarangan rumah mentuanya, dia melihat ada sebuah lagi kereta yang tidak dikenalinya. Ada orang datang ke? Dia keluar dari kereta dan memberi salam apabila tiba di muka pintu. Tiada jawapan. Mungkin ke semua kat dapur?

Tiba-tiba muncul seorang budak perempuan berlari ke pintu lalu melanggarnya. Mainan di tangannya terburai jatuh ke lantai. Zara tunduk mengutip mainan budak itu. Anak siapa pulak ni? Cantiknya lah dia.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now