Bab 7

4.5K 167 1
                                    

"Am, kat sini kotor lagi ni. Tolong lap sikit." Zara menunjukkan meja yang disebutnya. Dia mengambil buku rekod dan membawanya ke meja luar restoran dan duduk membuat kerjanya di situ. Tidak lama kemudian, ada pelanggan yang datang duduk di mejanya.

"Maaf cik, restoran bukak pukul.... Apa awak buat kat sini?" Zara mula berasa tidak senang apabila melihat muka Hafiey tersenyum kepadanya.

"Awak ni, semenjak kita jumpa tak pernah nak senyum. Saya tak pernah tengok awak happy. Asyik masam je kenapa?" Zara memberi Hafiey senyuman paksa membuatkan lelaki itu tergelak kecil.

"See, senyum paksa pun lawa awak ni. Belum lagi gelak guling-guling. Tapi untunglah, muka budak." Zara kini berasa pedih.

"Budak, budak! Macam budak sangat ke saya ni? Awak panggil saya budak, tua sangat ke awak tu?" Merah muka putih Zara.

"Tua....setahun dari awak. Awak comel la bila marah, macam tomato." Zara memegang pipinya, menghalang mukanya dari terus merah.

"Awak la perempuan pertama yang jumpa saya tak happy. Perempuan lain kalau jumpa saya, face to face macam ni menjerit sampai habis suara tau. Senyum sampai telinga tapi awak ni tak. Kenapa awak tak suka saya eh?" Zara mencebik.

"Kenapa saya nak kena suka awak? Sebab awak popular? Sebab awak agak hensem? Sebab awak pencinta wanita?" Hafiey mengangguk di atas semua yang dikata Zara. Lagi bertambah cebikan Zara.

"Saya tak suka awak. Sebabnya, awak selalu ganggu saya. Lagi-lagi time kerja macam ni. Saya balik rumah bukak tv muka awak. Saya datang kerja muka awak jugak yang selalu datang sini kacau saya. Ejek saya ni macam budak SPM. So, saya tak suka awak."

Hafiey kagum, ini perempuan pertama yang tidak menyukai dia. Dia melihat cermin restoran yang sudah dipenuhi pekerja wanita yang mencuri pandang ke arahnya. Dia tersenyum lalu mengalihkan pandangan kepada perempuan di depannya ini yang menyambung kerjanya.

"Saya nak kawan dengan awak boleh?" Zara tidak mempedulikan keinginan Hafiey dan sibuk menulis. Sehinggakan Hafiey merampas pen di tangannya barulah dia melihat muka pelakon itu.

"Please kawan dengan saya. Saya janji awak takkan bosan kalau saya jadi kawan awak." Zara mengeluh.

"Saya tak nak. Tak jadi kawan lagi pun saya dah bosan dengan awak. Sekarang, bagi saya pen tu. Saya nak buat kerja." Dia cuba merebut, tapi makin galak pula Hafiey melarikannya.

"Ada masalah ke Zara?" Keluar Adib melihat mereka berdua yang berebut pen.

"Adib....takde. Pelakon ni datang kedai sebab ingatkan dah bukak. Since kita masih lagi tak open, dia dah nak balik. Kan?" Hafiey memandang kedua boss di depannya ini. Dia akhirnya mengangguk dan menyerahkan perlahan-lahan pen itu kepada Zara.

"Ok, saya balik. Tapi jangan lupa lunch date kita nanti. Lunch nanti saya datang ambik awak. Bye, jangan over rindu." Zara geram. Apa benda lunch datenya? Dia tidak ada berkata setuju pun kepada Hafiey. Mereka berdua melihat Hafiey yang berlalu dengan keretanya.

"Cepat betul Zara cari pengganti. Kita break tak sampai seminggu." Geram kepada Hafiey tadi beralih kepada Adib. Dia tidak ada hak untuk bertanya tentang pengganti sedangkan dia yang memilih untuk berpisah.

"Whatever. Oh, untuk pengetahuan awak, ummi abah saya dah start perkenalkan saya dengan bakal keluarga baru saya. So, jangan terkejut bila saya edar kad kawin nanti." Puas hatinya bila muka Adib kelihatan disentap. Tapi dia juga terkejut akan diri sendiri. Identiti angah pun belum dikenali, inikan pula nak cakap pasal kad kawin. Berani kau Zara.







"Terima kasih, datang lagi." Zara tersenyum kepada pelanggan yang datang untuk membayar.

"Boss, ada customer cari." Pekerjanya menunjukkan meja yang diduduki seseorang. Zara melihat Hafiey di sana dan dia melambai ceria. Serta-merta Zara masam. Tak sangka dia betul-betul datang.

"Nak makan apa?!" Serius suara Zara bertanya. Itu cuma membuatkanHafiey ketawa.

"Bila lah awak nak senyum kat saya macam awak senyum kat last customer awak tadi." Zara mencebik.

"Nak makan apa? Saya banyak kerja lagi kat kaunter." Hafiey berpura-pura melihat menu untuk masa yang lama.

"Apa yang best kat sini?" Zara geram. Ingatkan tengok menu lama dah tahu apa nak makan.

"Semua best. Sekarang ni apa nak makan?" Hafiey tersenyum dengan layanan Zara yang teruk.

"Yang special kat sini la." Zara mengeluh kecil dan menuju ke dapur, memesan menu makanan. Dia kembali ke kaunter.

"Boss, meja empat nak jumpa boss." Pekerjanya sekali lagi memanggilnya untuk ke meja Hafiey. Dengan malasnya, dia menapak sekali lagi ke sana.

"Maaf ye bang, makanan abang tak sampai lagi. So, harap sabar sikit. Takde layanan special walaupun abang pelakon popular bertaraf dunia." Dengan senyuman paksa dia berkata-kata. Ayatnya tadi juga dibalas dengan senyum oleh Hafiey. Tak penat ke asyik senyum dia ni?

"Duduk la sini kejap, teman saya." Zara berpura melihat jam di tangannya.

"Maaf ya, permintaan ni takde dalam menu. Lagipun, ni waktu kerja saya." Hafiey melihat beberapa meja mencuri ambil gambar mereka berdua. Zara juga perasan benda yang sama.

"Boleh saya beredar sekarang? Saya tak nak esok muka saya masuk paper, scandal dengan awak." Hafiey tergelak kecil.

"Scandal dengan awak? Menarik tu, apa salahnya. Kan?" Berkerut muka Zara. Menganggap lelaki itu cuba membuang masanya, dia mengundur untuk masuk ke dalam.

"Saya nak kenal dengan awak. Boleh kita berkenalan?" Zara kaku di tempatnya.

"Awak dah takde job sangat ke sampai cari orang biasa macam saya nak berkenalan?" Hafiey mengangkat bahu.

"Job saya banyak, tapi semua saya dah settlekan sebab saya nak datang jumpa awak hari ni." Zara mencebik. Ye lah tu, ayat gula-gula je semua tu.

"Ayat awak takkan menjadi pada saya. Cari perempuan lain awak nak ayat." Hafiey menepuk tangannya sekali.

"Awak memang menarik. Awak perempuan pertama yang langsung tak minat saya walaupun saya sanggup ambik masa saya yang sibuk ni nak kenal dengan awak." Zara tidak suka perangai berlagak lelaki ini.

"Jangan nak perasan sangat. Awak ingat semua perempuan minat awak ke? Saya beruntung sebab jadi satu-satunya pembangkang awak." Dia mengundur lagi.

"Bagi saya satu sebab kenapa awak tak minat saya." Zara berhenti lagi.

"Saya tak perlu bagi sebab kenapa saya tak suka awak. Dan awak tak mungkin buat saya suka awak." Hafiey tersenyum sinis.

"Awak belum kenal siapa saya. Try me. Bagi saya tempoh masa, saya akan pastikan awak jatuh cinta dengan saya dalam satu minggu je." Zara merenung Hafiey yang dirasakan berlagak.

"Awak takkan dapat. Sebab saya bakal berkahwin tak lama lagi." Hafiey terdiam. Apabila mereka lama merenung, Zara mengundur diri ke pejabatnya, tidak mahu lagi berdiri di kaunter.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now