Bab 3

4.6K 177 1
                                    

Balik saja kerja hari itu, Zara di depan tv bersama Tina menonton drama pukul 7 yang dibintangi hero kesayangan Tina, Hafiey.

"So sweet la dia dengan bini dia. Walaupun tahu bini dia akan hidup tak lama, dia betul-betul manfaatkan masa tu. Kan beb?" Terperanjat Tina apabila melihat Zara menangis dalam diam di sebelahnya. Terus diambilnya remote dan diperlahankan suara.

"Beb, kau kenapa? Sedih sangat ke scene ni sampai dah basah baju kau ni?" Mengangguk Zara.

"First time aku menghayati lakonan dia ni. And kau betul Tina, dia sangat-sangat berbakat. Nampak real giler." Tersengih gembira Tina mendengar ulasan Zara.

"Kau menghayati sangat ni, aku kira masalah kau dengan Adib dah selesai la ye?" Zara memandang Tina cepat. Air mata yang tadi ingin berhenti lebat kembali.

Dia menceritakan apa yang berlaku hari ini di dalam hidupnya. Sesudah bercerita, muka Tina masam.

"Kau tak payah la serius dengan Adib tu. Aku dapat rasa dah masa kau mula-mula cerita first time jumpa mak Adib tu akan jadi macam ni. You know la, pangkat boleh mengubah sifat. Datuk dengan datin je pun, bukan yang mulia ke, bukan orang istana ke." Zara menunduk. Ada betulnya apa yang dikata Tina.

"Aku bukan tak bagi kau dengan Adib tu, kalau kau rasa suka, cinta lagi kat Adib tu go on je la. Tapi! Kau tengok sekarang ni, kau ada pakwe macam takde je. Dia tu lagi suka kerja dari kau. Kalau kau jadi isteri dia, aku takut yang kau akan terbiar macam ni la." Panik wajah Zara. Sekali lagi ada betulnya apa yang dikata Tina.

"Okay..... Apa-apa pun aku cuba cakap dulu. Esok, restoran aku jadi lokasi pengambaran tau!" Ceritanya teruja.

"Cerita apa pulak yang nak buat kat situ?" Zara berhenti sekejap.

"Cerita apa ya? Entah la?" Mengeleng Tina dengan info tidak lengkap Zara.

"Siapa yang berlakon?" Sekali lagi Zara berhenti untuk mengingat.

"Entah la. Rasanya diorang ada beritahu dalam meeting, tapi sebab aku ni suka berangan, so aku tak dengar." Tina mengeluh sedikit.

"Kau ni Zara. Baik takyah cerita kalau tu je yang kau ingat. Pape pun, roger aku tau. Kut-kut aku boleh join sekali." Zara mengangguk.








Keesokan harinya, dengan muka sembap Zara menghampiri Adib yang berada di kaunter.

"Can we talk? Sekejap je please?" Dia bertanya perlahan-lahan, melihatkan Adib yang agak sibuk.

"Tak boleh Zara, kejap lagi pengambaran dah nak mula ni. Tunggu artis datang je ni." Perlahan-lahan juga Zara mengangguk. Mungkin lain kali. Dia akhirnya ke dapur untuk mengambil segelas air. Kebetulan Khai berada di dapur bersiap untuk pihak produksi.

"Zara, aku nampak tau." Zara melihat Khai yang membersihkan sisi pinggan yang terkena kuah.

"Apa dia?" Khai melihat dia sekilas sebelum mengambil pinggan lain pula.

"Apa yang kau nak cerita kat Adib tu benda serius kan? Kalau tak, takkan kau kacau dia hari-hari. Dengan puan boss datang kelmarin cakap macam tu, lagi la. Kan?" Zara bahagia berbual dengan Khai. Lelaki itu sepertinya memahami dia. Dia mengangguk.

"Sebenarnya, parents aku dah start tanya aku serius ke tak dengan Adib tu? Yelah, umur semakin meningkat, tapi takde rancang pun nak ikat ke apa ke. Takkan selamanya nak macam ni kan?" Adib mengangguk-angguk mendengar cerita Zara.

"Aku minta maaf bagi pihak Adib. As bff dia, aku sepatutnya nasihat dia. Dia tu workaholic sangat, sampai tak sempat korang nak luangkan masa bersama-sama kan?" Zara menghabiskan minumannya dan berfikir.

"Khai, makanan semua dah siap belum? Aku bawak keluar eh, diorang dah nak mula tu." Sampuk Tia, salah seorang pekerja restoran. Khai mengangguk dan melihat Tia membawa makanan keluar.

"Jom, kau tak nak tengok diorang berlakon ke?" Tanya Khai.

"Siapa pelakon dia?" Khai memandang wajah Zara.

"Kau kat mana masa kita meeting? Tu lah, berangan lagi. Hafiey, pelakon popular tu. Dengan sorang lagi heroin, popular jugak, Anna." Zara mengangguk saja kurang berminat dengan semua itu.

"Wow, kau orang pertama yang aku jumpa tak teruja dengar nama Hafiey tu. Perempuan lain, tak payah cakap. Suka la, nak ambik gambar la. Lagi-lagi kalau diorang tahu Hafiey dengan diorang ada dalam satu bangunan." Zara ketawa mendengarnya.

"Aku suka, tapi tak fanatik macam diorang okay. Dah jom." Mereka keluar dari dapur dan bersedia untuk melihat lakonan.










Hafiey

"Sayang, please. I mohon dengan you. Jangan tinggalkan I. I sayang you, cinta you." Dia mengambil tangan Arin dan mengenggamnya seerat mungkin. Arin di depannya mengesat sedikit air mata yang hampir mengalir.

"Kalau you cintakan I, kenapa you sanggup keluar dengan dia? You tahukan dia tak suka I? Dia cuba nak pisahkan kita. Dah, I nak balik. Kita cukup sampai kat sini." Arin bangun dari kerusinya dan bergerak meninggalkan Danny.

"Arin! Please, I salah. Maafkan I." Danny mengekori Arin dan memeluknya dari belakang. Tidak dipedulikan apa fikiran orang yang melihat mereka berdua.

"Bagi I peluang sekali lagi. Please sayang, you tahu macam mana perasaan I pada you." Arin menarik nafas perlahan.

"Please, jangan sakitkan hati I lagi. I tak suka you keluar dengan dia." Katanya lalu berpaling melihat Danny. Danny mengangguk dan tersenyum. Syukurlah Arin mahu menerimanya kembali.

"And Cut!!!" Kata direktor menamatkan lakonan mereka.

"Good job Hafiey, Anna." Hafiey dan Anna tersenyum berpuas hati dengan lakonan mereka.

"Hafiey, Anna, nak ambik gambar boleh?" Hafiey melihat kepada suara yang menegur. Beberapa orang wanita yang juga pekerja di restoran ini. Dengan senyuman dia mengizinkan mereka.

Selesai sesi mengambil gambar dengan semua pekerja wanita, kru-kru produksi dan pelakon-pelakon terlibat memilih untuk terus makan di situ.

"Alamak, I biasa makan guna sudu la." Keluh Anna tiba-tiba.

"Takpe, biar I ambilkan." Tersengih Anna mengucapkan terima kasih kepada Hafiey. Hafiey berjalan ke kaunter dan melihat seorang budak perempuan berdiri di situ, termenung.

"Adik, sudu ada tak? Boleh tolong ambilkan satu?" Perempuan itu mengangkat muka dan melihatnya. Dan di situ Hafiey tercengang melihat budak tadi. Kerja kat sini ke dia?

Mukanya yang kebudak-budakan menyebabkan Hafiey hairan adakah dia salah seorang pekerja di sini? Mungkin dalam kurungan umur 17-19 tahun? Dia ingin bertanya tapi risau apabila melihat wajah budak itu kelihatan agak masam. Mungkin marah apabila sesi termenungnya diganggu.

"Sudu? Kejap ye." Hafiey nekad, dia ingin bertanya umur budak tadi.

"Baru habis SPM ye dik? Part time kat sini ke?" Terpaku adik itu mendengar soalannya. Kawannya di sebelah menutup mulut menahan ketawa. Hafiey bingung, adakah soalannya lucu? Adik itu tidak menjawab, sebaliknya merenung dia membuatkan dia merasa cemas seketika.

"Maaf ye Hafiey, mood boss saya tak berapa elok hari ni." Kawannya yang menahan ketawa tadi menjawab bagi pihak adik tadi. Kejap, boss?

"Zara, pergi masuk. Muka kau menakutkan dia je." Dengan jelingan, perempuan bernama Zara itu masuk ke dalam.

"Aah, boss kitorang. Umur 25, dan pastinya bukan budak SPM yang buat part time kat sini." Hafiey tercengang, soalannya amat salah di sini. Dan dia merasa serba-salah. Dia memandang ke pintu yang dimasuki perempuan tadi dengan harapan dia akan keluar kembali supaya dia boleh meminta maaf.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن