Bab 6

4.5K 154 0
                                    

"So? Adib cakap apa dengan Zara? Kenapa nak putus tiba-tiba?" Berdebar Zara bila berdepan dengan uminya yang terkenal dengan sikap tegas. Sesuai dengan kerjayanya, cikgu kaunseling pencen.

"Kitorang tak bersedia lagi ummi. Dia pun nak fokus dengan bisnes dulu." Zara tidak mahu umminya menyalahkan Adib walaupun jelas lelaki itu bersalah.

"Yelah tu. Ummi tak percaya apa yang Zara cakap. Nak fokus kerjaya lepas kawin pun boleh." Diam Zara apabila mendengar umminya membebel. Sementara abahnya juga diam, memberi peluang kepada ummi melepaskan amarahnya.

"Tapi ummi dengan abah setuju sangat kamu putus dengan Adib tu." Zara memgangkat muka kedua orang tuanya.

"Kamu tengok je la mak ayah Adib tu. Ummi tengok pun dah tahu dia tak suka orang berpangkat rendah." Zara teringat kembali sewaktu ummi dan abahnya bertemu Datin Ida dan Datuk Eizlan di hari graduasi dia dan Adib. Mereka melayan ummi dan abahnya ala kadar saja.

"Kamu dah takde kawan ni, boleh la abah perkenalkan anak kawan abah ye?" Tanya abahnya apabila umminya selesai bercakap.

"Tapi abah, tak ke cepat sangat?" Zara cuba berdalih. Lagipun, zaman sekarang sudah tidak ada lagi perkahwinan yang diatur keluarga.

"Nur Zara! Apa yang cepatnya? Kamu tu dah umur 25. Melainkan kamu ada calon lain?" Cepat Zara mengeleng. Selama ini dia tidak memandang lelaki lain melainkan Adib. Lelaki yang cuba mendekat dengan dia juga dipandang biasa.

"Baguslah macam tu. Abah dah call diorang untuk datang petang nanti." Zara terpinga-pinga. Tak mungkin secepat itu? Tapi melihatkan abahnya yang serius, dia tahu ini bukan gurauan.

"Akak kenapa tak cakap yang petang ni abah jemput diorang?" Dia bertanya Zaila apabila petang itu mereka sedang menyediakan makanan.

"Akak pun tak tahu kay. Ummi cuma call akak suruh datang rumah tengahari ni. Sampai tadi baru ummi beritahu. Zara dah sedia ke nak jumpa bakal suami?" Zara mencebik apabila melihat kakaknya pula yang terlebih gembira darinya.

"Sayang, tolong buatkan susu Anis kejap. Dia dah menangis dah tu, tak cukup tidur agaknya." Zara melihat suami Zaila, Abang Syed. Kakaknya pastilah gembira kerana dia mengahwini orang yang dia cinta. Ummi dan abah tidak masuk campur dalam hubungan mereka.

"Akak kenal ke kawan ummi dengan abah ni?" Sambung Zara apabila abang iparnya keluar dari dapur.

"Apa tak ingatnya. Uncle Irham dengan auntie Sal. Diorang kan selalu datang sini masa kita kecik-kecik." Zara tidak ingat langsung apa yang diberitahu Zaila.

"Jadi akak tahu la siapa anak dia yang ummi nak kenenkan dengan Zara ni?" Zaila membulat melihat Zara.

"Zara siyes tak ingat? Anak dia selalu main dengan kita masa kita kecik dulu. Tak, selalu main dengan Zara je, dengan akak kurang." Zara bingung. Siapa?

"Tak ingat la tu. Yelah kut, masa tu Zara 4-5 tahun je. Akak ingat lagi korang selalu main kawin-kawin, akak selalu jadi pengapit korang." Zara jadi tertanya-tanya. Siapa ni?

"Kalau akak kenal, nama dia apa?" Zaila sepertinya berfikir sejenak.

"Entah la, yang akak ingat kita cuma panggil dia Angah je. Uncle dengan auntie pun panggil dia angah. Nama dia akak tak tahu." Zara bingung, kenapa dia langsung tidak mengingati orang ini.






"Assalamualaikum! Assalamualaikummmm!" Zahrah melihat orang yang memberi salam dari tingkap.

"Sal! Masuk-masuk. Abang Am, masuk. Kitorang duk tunggu mana la, tak datang." Zahrah dan Sal bersalam sementara mulutnya becok memanggil suaminya yang masih di dalam bilik. Keluar saja suaminya, Zahrah becok pula memanggil anak-anaknya keluar untuk bersalam dengan Sal.

"Ni la Zara Sal. Zara, ingat tak auntie Sal?" Zara tersenyum, tapi dengan lembutnya mengeleng.

"Mana nak ingat Zah, budak-budak ni kecik lagi masa diorang kenal." Zara tersenyum melihat kedua wanita itu berbual.

"Angah tak datang ke Am? Korang berdua je ke?" Tanya abah kepada uncle Irham. Zara mencuri dengar, teruja dia untuk melihat siapakah angah yang diceritakan ini.

"Ha, angah mintak maaf banyak-banyak dekat semua. Dia kata, kerja dia tak dapat nak habis petang ni. Tapi dia kata lain kali boleh." Kecewa sedikit Zara mendengarnya. Dia tiba-tiba pelik kenapa pula hendak kecewa, orangnya pun tak kenal.

"Takpelah, angah tu pun entah ingat tak pada Zara ni." Abah berkata separuh bergurau.

"Uncle auntie, makan jom." Ajak Zaila yang tiba-tiba muncul dari dapur.

Sepanjang makan sehinggalah ke habis, mereka berbual sesama sendiri. Berkaitan kerja ataupun keluarga mereka. Kadang-kadang ada juga diselitkan zaman Zara dan Zaila ketika kecil, tapi masih lagi sukar diingati oleh Zara.

"Takpelah Zah. Sal balik dulu lah ya. Risau pulak tinggal yang bongsu tu kat rumah sorang-sorang. Angah tu tak tahu la bila nak sampai rumah. Lagi-lagi pulak bila dia baru beli rumah. Lagi la nak duduk rumah sendiri." Zara terfikir sendiri, kerja apakah angah ni sehinggakan boleh memiliki rumah sendiri, padahal dia diberitahu tadi mereka berdua cuma berbeza setahun dari umur.

"Kitorang balik dulu ya Zara. Lain kali ajak ummi dengan abah datang rumah uncle auntie. Angah pun pasti rugi tak dapat datang sini. Dia pasti tergamam tengok Zara dah makin cantik sekarang." Zara memerah muka dengan semua pujian yang diberikan auntie Sal kepadanya.

"Hah, panjang umur angah. Kita cakap, dia dah call ni." Kata uncle Irham apabila telefonnya berbunyi. Berdebar Zara mendengar.

"Waalaikummussalam. Angah lambat sangat, mama papa dah nak balik ni. Ha, okay. Iye, elok-elok bawak kereta tu. Assalamualaikum." Zara melihat uncle Irham, menantikan jika ada apa-apa mesej dari orang bernama angah.

"Dia cakap mintak maaf. Kerja dia baru siap. Dia ingatkan ada kat sini lagi, nak datang katanya. Tapi kitorang dah nak balik ni, lain kali je lah." Zara berasa agak kecewa. Dia berasa sangat keliru dan ingin mengenali siapa orang yang pernah bermain dengannya ini.

"Lain kali lah. Cakap kat angah, datang je bila-bila free. Rumah ni selalu terbuka untuk dia. Kalau dah sejak dari kecik selalu main kat sini, kenapa dah besar tak kan?" Ketawa abah dan uncle Irham.






Malam itu, Zaila dan suaminya tidur rumah ummi dan abah. Dengan Zara, Zaila mengajak mereka untuk menonton drama pukul 9 di tv3. Zara mengeluh membuatkan Zaila berpaling.

"Kenapa Zara? Mengeluh nampak?" Zara mencebik.

"Tak la akak. Asyik-asyik dia ni berlakon. Orang lain takde ke? Rasanya drama pukul 7 pun dia. Habis la artis lain takde job sebab dia." Zaila tertawa mendengar keluhan Zara.

"Dah dia berlakon best, rupa pun ada. Ramai la yang nak dia berlakon. Zara tiba-tiba tak suka dia ni kenapa?" Zara mengepal tangannya.

Ini kerana lelaki ini selalu menganggunya. Dia berasa tenang di hari cuti begini. Sekurng-kurangnya dia tidak berjumpa lelaki ini lagi. Dia berharap lelaki ini tidak lagi datang ke restorannya lagi selepas ini.

Stop!!! Pelakon itu suami aku! (Complete)Where stories live. Discover now