Terima Kasih Tuhan

19 4 0
                                    

Lakaran langit indah sekali petang ini. Tuhan membaca fikiranku tepat sekali kali ini.

Hari ini, dia persembahkan segumpal awan lembut di kaki langitku. Warnanya jingga, biru dan putih. Rasanya pasti hangat kataku dalam hati. 

Suria yang perlahan-lahan tenggelam di ufuk barat menyinari awan itu. Aku tersenyum, lembutnya juga pasti seperti gula-gula kapas untuk anak kecil yang menangis sahaja.

Akhirnya aku memutuskan untuk mengambil awan itu dan lena di atasnya. Aku menulis namaku di atas awan tersebut dan jatuh jauh lena di sana.

Terima kasih Tuhan. Aku kini lena dalam rahmatmu. 

Sejarah Dari Mata PengalahWhere stories live. Discover now