Selangkah Menuju Syurga

30 3 0
                                    

(Buat teman yang bakal mengikat talian cinta)

Melihat matamu menggetarkan seluruh taman naluriku. Pandanganmu bukanlah sekadar pandangan. Bundar mata coklatmu menerangi segenap ruang yang sekian lama digelap dengan sengaja.

Kata-katamu mendarat tepat ke landasan sanubari ini. Engkau bukanlah seorang yang sering berkata-kata, namun gerak tubuhmu terlihat melirik pesona. Gerak tubuhmu melakar senyum saat fajar mahupun senja di wajahku.

Hari ini, kita akan bersatu atas nama cinta. Perbezaan ini menyatukan, kasih ini kita raikan. Hati ini aku serahkan untukmu. Kerana engkau adalah cahayaku, demi selangkah menuju syurga.

Sejarah Dari Mata PengalahWhere stories live. Discover now