Sejarah Dari Mata Pengalah

304 12 0
                                    

(i) Semalam aku terlihat anak kecil di hadapan cermin. Berbaju putih, ringkas. Rambutnya disisir kanan yang tidak berapa kemas, bercelana panjang. Dia duduk seorang diri, mencuri nafas yang tidak lengkap. Berombak nafas di dadanya, bergelora rasa ingin tahuku. Lantas aku mendekatkan diri untuk bertanya. Tidak ada kata-kata yang bisa ku lontarkan, terkunci misteri. Aku menemukan anak kecil itu di pandangan mata. Merah matanya. Berkaca. Berdebu. Bersembap kelabu.

Hanya kesepian yang menyambut pertemuan ini. Lalu perlahan-lahan dia melangkah. Dia pergi dengan tangisannya yang juga perlahan-lahan reda di ruang udara ini. Aku tidak bisa melakukan apa-apa. Dia hilang di daerah yang tidak ku kenal. Itulah kali terakhir aku melihat anak kecil yang tidak ku tahu namanya itu. Bisakah aku bertemu kembali sama anak kecil itu?

Fajar dan senja bersilih ganti. Nasib hari esok sering aku gambarkan di celahan mimpiku.

(ii) Apakah aku bisa lagi menikmati secangkir kopi panas di pagi hari? Adakah aku bisa lagi mengunjungi jalan-jalan kenangan lama? Siapakah yang bakal melukai hatiku lagi? Atau, adakah sungai ini bisa lagi mengalir untuk kita? Persoalan ini ku tiupkan di kaki langit. Aku tidak mahu menggelarkan hal-hal seperti ini harapan; kerana bagiku harapan adalah penipu terbesar dunia. Gambar ini juga aku selitkan di celahan doaku, menuju alamat abadi yang setia menunggu ku di sana.

Hari esok kedengaran terlalu jauh buatku, apatalah lagi untuk kita. Nafasku dipenuhi dengan persoalan yang entah di mana jawapannya. Adakah aku perlu mencarinya? Atau menipu diri sendiri bahawa tidak wujud sekali pun kehidupan ini? Terhenti langkahku seketika. Nafasku sekali lagi tersandar di hujung hari.

Hari ini aku menulis dengan sebatang pena berdarah.

(iii) Sejarah ini aku tulis; dari mata seorang pengalah. 

Sejarah Dari Mata PengalahWhere stories live. Discover now