Rumah Sekeping Nama

58 1 0
                                    



Namamu tidak lagi ku sebut melalui bibir ini. Tidak lagi kedengaran pada bualan-bualan bersama temanku menerusi secangkir kopi di petang yang redup. Juga pada bunga matahari kegemaranmu yang kini tidak lagi sebati dengan baja nama itu.


Namamu tidak lagi ku tulis pada puisi yang sering membuatku berjaga hujung malam. Seakan-akan kering seperti padang pasir, namamu kini hanyalah ilusi seorang petualang yang dahagakan seteguk air di arena berdebu ini. Sepoi angin hanya meniupkan kenangan yang tidak lagi berwarna.


Namamu tidak lagi bergema di dalam hati lelaki ini. Huruf demi huruf seperti kehilangan ertinya. Tiada lagi nyanyian yang menyambut fajarku. Tiada lagi siulan yang melabuhkan senjaku. Aku hilang di semesta yang pernah aku bina buat kita.


Namamu perlahan-lahan meresapi ruang baharu ini. Namamu membina lantai dan bumbung di telapak tangan ini. Antara kudrat melepaskan dan bertahan, namamu mendiami garisan jari ini.


Doaku adalah rumahmu. Di situ adanya namamu. 

Sejarah Dari Mata PengalahWo Geschichten leben. Entdecke jetzt